TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA | SALING MENGHARAP REDHA ILAHI

TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA | SALING MENGHARAP REDHA ILAHI

TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA SALING MENGHARAP REDHA ILAHI

Walaupun belum berkahwin lagi, tapi itu tak bermakna aku tak boleh nak buat entri Tips Rumah Tangga Bahagia. Bukan apa, sebelum kahwin lagi pun dah perlu cari ilmu-ilmu rumah tangga. Untuk ilmu rumah tangga ni, aku suka dengar ceramah Ustaz Kazim Elias. Ustaz ni kelakar, dan senario-senario yang beliau sebut bukanlah rekaan semata-mata. Tetapi memang berlaku di dunia nyata ini.

Alam rumah tangga pastinya banyak cabaran. Tidak sentiasa indah. Tapi tidak juga sentiasa suram muram. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk dua jiwa yang mempunyai jasad yang berlainan, tetapi ingin bersatu hati, pastinya kadang-kala tidak menari rentak yang sama. Ketika suami sedang ‘rock’ isteri pula ‘sentimental. Ketiga suami sedang ‘tango’, isteri pula ‘salsa’.

Seperti mana bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga, banyak prosedur yang perlu diikut, banyak borang perlu ditandatangan, begitu juga lah dalam hal mengemudikan hal ehwal rumah tangga. Tolak ansur, sabar, memahami antara satu sama lain, saling memberi dan menerima adalah antara tonggak utama dalam menjamin rumah tangga yang bahagia.

Susah senang bersama, berhujan bersama, melihat pelangi juga bersama-sama. Barulah boleh sehati sejiwa seiya sekata. Kadang-kadang kalau angin kus kus pasangan datang, tu biasalah. Tension kot.

Tapi paling utama ialah kedua-dua suami isteri, perlulah sama-sama mengharapkan keredhaan Allah. Berusaha bersama-sama ke arah itu. InsyaAllah, rumah tangga akan diberkati, dilimpahi dengan rahmat Ilahi. Si isteri bercita-cita untuk menjadi bidadari di syurga untuk suami, suami pula bercita-cita untuk menjadi bidadara di syurga untuk isteri. Alagkah indahnya. ^_^

Sekian sahaja Tips Rumah Tangga Bahagia dari seorang blogger wanita berdasarkan teori dan pemerhatian. Praktikalnya,belum lagi. InsyaAllah, bila tiba saatnya, suatu hari nanti…. 🙂

p/s: Suami isteri bukan untuk dimiliki!

GAMBAR GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN AZZA ELITE & AZLAN ZULAILY

GAMBAR GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN AZZA ELITE & AZLAN ZULAILY

Gambar majlis pernikahan Azza Elite dan Azlan telah dikongsikan sebelum ini. Pada majlis pernikahan tersebut, Azza menerima 9 dulang hantaran berupa sireh junjung, cincin dan seutas rantai, satu set wangian Gucci Guilty, handbag Gucci, senaskhah Al-Quran, manisan coklat, buah-buahan, dan mas kahwin sebanyak RM300.

Manakala pihak lelaki, Azlan Zulaily menerima 11 dulang hantaran berupa Sebentuk cincin, satu persalinan dan wangian Gucci, beg dan tali pinggang kulit Gucci, sejadah, manisan, buah-buahan dan sireh junjung.

gambar hantaran azza elite azlan

Salah faham dengan kekasih?.

 

gubahan hantaran sirih junjung azza elite azlan kahwin

sirih junjung

 

gambar gubahan hantaran cincin perkahwinan azza elite

 

Wow! Rumah atas pokok tertinggi 10 tingkat! Tengok kat SINI.

gubahan hantaran wangian minyak wangi azza elite kahwin

minyak wangi Gucci

 

gambar gubahan hantaran rantai azza elite nikah azlan

Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2012. Kakitangan kerajaan akan dapat 3 bulan tunggakan kenaikan gaji. Download pekeliling SSM Gaji Baru 2012 di SINI.

 

gubahan hantaran sejadah perkahwinan azza elite

sejadah

 

gambar hantaran buah-buahan azza elite kahwin azlan pramugara

buah-buahan

p/s: Simple je gubahan hantaran ni kan. 😀

>> Gambar majlis pernikahan Azza Elite dan Azlan  <<

>> Dapatkan kerja dan dibayar RM500 <<

Sumber dari Oh Bulan

Tekan share agar rakan-rakan anda di FB dapat tengok gambar hantaran Azza Elite dan Azlan ini. Like FB Page syaisya.com untuk mendapatkan update yang akan datang.

GAMBAR GUBAHAN HANTARAN ANA RAFFALI DAN AZNAIM

GAMBAR GUBAHAN HANTARAN ANA RAFFALI DAN AZNAIM

Majlis pernikahan Ana Raffali dan Aznaim telah selamat berlangsung semalam. Berikut adalah koleksi gambar gubahan hantaran perkahwinan Ana Raffali dan Naim.

Pihak lelaki menghantar 7 dulang hantaran (sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan, gelang tangan perak, wang hantaran sebanyak RM11,412).

Ana pula membalas dengan 9 dulang berupa bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin & sirih junjung.

gubahan hantaran sirih junjung ana raffali - aznaim

 

Gubahan hantaran cincin perkahwinan

 Hadiah menarik untuk anda yang memiliki Samsung Galaxy Y 

gubahan hantaran cincin nikah lelaki - Aznaim Ana Raffali

 

Gubahan hantaran coklat

 

gubahan hantaran perfume minyak wangi

 

gubahan hantaran buah-buahan

 

gubahan hantaran bunga rampai ana raffali

 

gubahan hantaran jam tangan ana raffali - naim kahwin

 Sesuatu telah berlaku pada Teddy Bear comel ini.

gubahan hantaran kamera

gubahan hantaran ipad & tab

Gubahan perkahwinan iPad

gubahan hantaran dompet lelaki

 Tahukah anda apa itu Earth Hour?. Klik untuk mengetahuinya

gubahan hantaran pulut

gubahan kek perkahwinan

>> GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN ANA RAFFALI DAN AZNAIM <<

>> KAD KAHWIN ANA RAFFALI <<

>> GAMBAR MAJLIS RESEPSI ANA RAFFFALI <<

Sumber gambar: Oh Bulan dan eszhan studio

Kongsi koleksi gubahan hantaran perkahwinan Ana Raffali dan Aznaim ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

KAHWIN OH!! KAHWIN| CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH

KAHWIN OH!! KAHWIN| CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH

alam perkahwinan

 

KAHWIN OH!! KAHWIN: CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH


Tarikh Mula: 3/5/2011

Tarikh Tamat: 3/8/2011

Tempoh : 3 bulan

PERINGATAN: Anda Yang TidakKahwinPun Boleh Join!! Just Write it out…

5 Kategori Hadiah “Kontest Kahwin Oh!! Kahwin”

  1. Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di + 3 keping !!
  2. Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
  3. Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
  4. Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
  5. Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.

Keseluruhan Hadiah Dianggarkan Bernilai RM700 dan InsyaAllah terus meningkat!! Info lanjut, layari Blog Ar-rifke

********************************************************************************************************************

KAHWIN OH!! KAHWIN| CONTOHI ALAM PERKAHWINAN RASULULLAH


Membina istana cinta tidaklah mudah seperti yang disangka, ibarat langit yang tidak sentiasa cerah, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Setelah hati terpaut dan cinta bersemi, si Adam dan Hawa akan mula bersedia untuk mendirikan masjid indah bersama.

Bagi pasangan yang sedang dalam perjalanan untuk melangkah ke alam perkahwinan, pelbagai persiapan harus dibuat untuk menjayakan majlis perkahwinan, dan pastinya sibuk mencari iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan. Kadang-kala, membuat persiapan majlis perkahwinan akan memberi rasa tertekan kepada bakal pengantin. Yang pastinya, bersederhana dan tidak berlebih-lebihan dalam melangsungkan majlis perkahwinan adalah jauh lebih baik.

Melangsungkan ijab dan kabul adalah sunnah Rasulullah. Alam perkahwinan boleh menjadi indah membahagiakan dan juga boleh menjadi sebaliknya. Dalam sesuatu perkahwinan, tak semuanya manis dan tak semuanya pahit. Pertengkaran dan perselisihan faham adalah asam garam dalam alam perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Dalam menyelusuri alam perkahwinan, suami dan isteri adalah dua insan yang berlainan karektor dan ideologi. Kemesraan adalah antara cara untuk mengekalkan kebahagian dan keharmonian rumahtangga. Pasti ada rahsia dan panduan untuk membina alam perkahwinan yang bahagia. Alam perkahwinan yang indah, pastinya menjadi dambaan setiap insan.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberikan contoh yang terbaik untuk umatnya melayari alam perkahwinan. Baginda terkenal sebagai seorang suami yang santun, penyayang, adil lagi saksama. Berikut adalah perlakuan Rasulullah s.a.w. yang patut dicontohi dalam menjalinkan kemesraan dengan pasanganya dan boleh juga dijadikan ilmu sebagai persediaan perkahwinan oleh bakal pengantin, juga sebagai amalan kepada mereka yang sedang menerokai alam perkahwinan.

TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI

Dari Atha’ bin Yasar:

“Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?”. Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku”. Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda”.

(Hadis Riwayat Sa’id bin Manshur)

MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT

Aisyah berkata, “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

MEMBELAI ISTERI

“Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama, sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya”.

(Hadis Riwayat Ahmad)

MANDI BERSAMA ISTERI

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)”.

(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

DISIKATKAN OLEH ISTERI

Dari Aisyah r.a. beliau berkata. “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu aku sedang haid.”

(Hadis riwayat Ahmad)

MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADAN

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari raya Aidil Adha setelah beliau melakukan jumrah awabah”.

(Hadis riwayat Ibnu ‘Asakir)

MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA

Daripada Aisyah r.a., dia bertkata “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya”.

(Hadis riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

BERBARING DI PANGKUAN ISTERI

Dari Aisyah r.a., beliau berkata: “Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-Quran”.

(Hadis riwayat Abdurrazaq)

MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA

Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira (pipi merah delima).

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA

Nabi s.a.w. biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah menyesatkan”.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu”.

(Hadis riwayat Tirimizi)

Demikianlah contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menempuh alam perkahwinan. Sifat kesabaran yang tinggi dan tidak cepat melatah dalam kehidupan rumahtangga adalah antara aset yang perlu ada pada setiap pasangan demi membina keluarga bahagia dan rasa cinta terhadap pasangan.

“Hai orang-orang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi wanita dengan cara paksaan dan janganlah kamu menyusahkan mereka. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

(An-Nisa Ayat 19)

Hadis-hadis diambil dari Pengantin.

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!