PROTON PREVE MODEL BARU 2012 | HARGA, GAMBAR, SPEC & KELEBIHAN

PROTON PREVE MODEL BARU 2012 | HARGA, GAMBAR, SPEC & KELEBIHAN

Proton Preve Model Proton baru 2012

Proton Preve merupakan model baru proton 2012. Akhirnya teka-teki mengenai nama sebenar Proton P3-21A sudah terjawab. Sebelum ini, ramai yang meneka Proton P3-21A adalah Proton Tuah, tetapi tekaan meleset. P3-21A adalah Proton Preve.

Gambar Proton Preve model terbaru proton 2012 harga dan spec

Proton Preve model terbaru proton 2012

Ada yang nak bagi tiket VIP percutian percuma ke Italy. Klik kalau nak. 

Harga Proton Preve

RM62,000 – 78,500

Proton Preve Spec

Dimensi (Saiz Proton Preve):

Proton Preve mempunyai panjang 4.543 m, lebar = 1.786 m dan tinggi = 1.524 m. Ini menunjukkan saiz luar keseluruhan kereta Proton Preve (Proton P3-21A) adalah lebih besar dari Honda City, Honda Civic, Vios, Kia Forte & Altis. Pendek kata, memang besar lah kereta Proton Preve ni walaupun ia cuma 1.6.

Chassis Proton Preve

  1. Boot Space: 508 liter (Terbesar jika dibandingkan dengan City, Vios, Forte, Altis & Civic)
  2. Turning Radius: 5.3 meter
  3. Kapasiti tangki penuh : 50 liter
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30  (Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theori, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol. Ini membuktikan bahawa Proton Preve menjimatkan minyak).

POWER-TRAIN

  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat (Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat)

VARIANT

  1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
  2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
  3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

Gambar Proton Preve (Interior)

gambar interior proton preve model baru 201 proton

Layari Arena kereta untuk melihat lebih banyak gambar Proton Preve (interior).

 Warna Proton Preve:

Proton Preve didatangkan dengan 5 warna piliha iaitu Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver, Fire Red dan Blue Lagoon.

Yang ni sesuai untuk anda yang bercitarasa tinggi terhadap fesyen.

Aksesori Proton Preve (P3-21A):

Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri lain dan aksesori model proton terbaru 2012 (Proton Preve) ini.

Proton Preve vs Toyota Vios vs Honda City

perbandingan Proton Preve vs Toyota Vios vs Honda City

Perbandingan Proton Preve vs Toyota Vios vs Honda City

Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2012. Kakitangan kerajaan akan dapat 3 bulan tunggakan kenaikan gaji. Download pekeliling SSM Gaji Baru 2012 di SINI.

Gambar Proton Preve Exterior

Sumber gambar Proton Preve Exterior ini dari Denaihati

Ciri-ciri Keselamatan Proton Preve (P3-21A):

  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG – Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP (markah penuh)
Ujian perlanggaran Proton Preve (Australia NCAP)
Proton Preve telah mendapat markah penuh (5 STAR). Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran Proton Preve ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP.
Video perlanggaran Proton Preve menunjukkan dengan kelajuan 140km/h, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.
Pelancaran Proton Preve model baru proton 2012 ini akan diadakan pada 16 April 2012 dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato’ Seri Najib Razak.
Pendapat Sya Isya: Macam best je Proton Preve ni. Teringin pula aku nak tengok kat show room dan kalau boleh nak test drive sekali. Kalau Proton Preve ni asyik dibandingkan dengan Honda City dan Kia Forte, nak juga aku bandingkan rasa naik dan pandu kereta ni. Lagipun Proton Preve ni jimat minyak.  Penting untuk menggunakan kereta yang jimat minyak ni, sebab harga minyak makin lama makin naik. Adeh!
Oh ya, dah tengok gambar kereta, apa kata tengok gambar rumah atas pokok tertinggi 10 tingkat kat SINI.
Sumber-sumber telah dinyatakan dalam link-link entri 😀
Kongsi info mengenai model baru Proton 2012, Proton Preve ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.
Like FB Page syaisya.com untuk mendapatkan update-update terbaru.
GAMBAR DAN HARGA PERODUA MYVI SE 1.5 DAN MYVI EXTREME 1.5

GAMBAR DAN HARGA PERODUA MYVI SE 1.5 DAN MYVI EXTREME 1.5

gambar myvi se dan extreme 1.5
Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5 telah rasminya dilancarkan hari ini, 15 September 2011. Kedua-dua keluaran terbaru perodua ini menggunakan tagline “Lagi Power, Lagi Best“, dengan enjin berkapasiti 1.5L. Berikut adalah gambar, spesifikasi dan harga Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5:

 

Terdapat tiga versi ditawarkan untuk SE, iaitu manual, automatik dan multimedia.  Perbezaan Myvi SE Multimedia berbanding versi SE manual dan auto ialah bahagian interiornya yang dilengkapi dengan sistem multimedia navigasi skrin sesentuh, sama seperti yang ditawarkan pada varian Extreme. Versi SE Multimedia pula ekslusif didatangkan bersama kotak gear automatik sahaja.

SPESIFIKASI  MYVI SE 1.5 &  MYVI EXTREME 1.5

Enjin 1.5 liter DOHC dan 16V DVVT

Kuasa maksimum 102bhp@6,000rpm

 Tork maksimum 36Nm@4,000rpm

Pecutan dari 0-100 km/j boleh dilakukan dalam tempoh di bawah 10 saat, berbanding varian 1.3 pada catatan 12.5 saat.

 WARNA MYVI SE 1.5

 Kuning (Solid Majestic Yellow) – warna terbaru

Putih (Solid Ivory White)

Hitam (Metallic Ebony Black)

Ungu (Metallic Mystical Purple)

Ungu (Metallic Purple).

 

WARNA MYVI EXTREME 1.5

 Kuning (Solid Majestic Yellow) – warna terbaru

Putih (Solid Ivory White)

Hitam (Metallic Ebony Black)

HARGA MYVI SE 1.5

  • Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Solid) – RM50,900.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Manual (Metalik) – RM51,400.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Solid) – RM53,900.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Automatik (Metalik) – RM54,400.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Solid) – RM56,000.00
  • Perodua Myvi SE 1.5 Multimedia (Automatik) (Metalik) – RM56,500.00
HARGA MYVI EXTREME 1.5
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Solid) – RM58,200.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Manual (Metalik) – RM58,700.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Solid) – RM61,200.00
  • Perodua Myvi Extreme 1.5 Automatik (Metalik) – RM61,700.00

 Sumber gambar dan maklumat: Arenakereta dan Paultan

Kongsi gambar dan harga perodua Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

HARGA, SPEC, GAMBAR PROTON SAGA FLX

HARGA, SPEC, GAMBAR PROTON SAGA FLX

 

harga spec gambar proton saga flxPada 25 Julai 2011, Proton Holdings Berhad telah melancarkan Proton Saga FLX 1.3. Proton Saga FLX menggunakan teknologi terbaru iaitu transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission), menjadikan pemanduan lebih lancar dan prestasi keseluruhan lebih cekap.

Selain pengenalan sistem CVT, Saga FLX Executive dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan. Tetapi untuk varian asas Saga FLX Standard, tiada ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.

PROTON SAGA FLX VS PROTON SAGA FL

CIRI-CIRI PROTON SAGA FLX  PROTON SAGA FL
Kuasa kuda kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum  6,000rpm.
Penggunaan petrol bagi setiap 100 km 5.7 liter (manual 5-kelajuan)  6.0 liter
Penggunaan petrol bagi setiap 100 km 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan)  6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT


 

PROTON SAGA FLX 1.3 MENJIMATKAN PETROL

Proton telah melakukan ujian dan mendapati tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4% (dalam bandar) dan hampir 10% (lebuh raya).

Awal lawan Scha!. Siapa menang?

 

HARGA PROTON SAGA FLX 1.3

(berdasarkan warna metalik)

 

 VARIAN SEMENANJUNG MALAYSIA   SABAH/ SARAWAK  LABUAN  LANGKAWI
Standard MT  RM 38,598  RM41,378 RM 38,298  RM 36,448
Standard CVT  RM 41,598  RM44,378  RM41,298  RM 39,448
Executive MT  RM 42,398  RM45,198  RM41,648  RM 40,098
Executive CVT  RM 44,998  RM47,798  RM44,248  RM 42,698

 

WARNA PROTON SAGA FLX

Elegant Brown (Warna baru)

Tranquility Black

Genetic Silver

Solid White

Blue Rock

GAMBAR PROTON SAGA FLX 1.3 (EXTERIOR)

Sumber gambar dari SINI

GAMBAR PROTON SAGA FLX 1.3 (INTERIOR)

Sumber gambar dari SINI

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Proton Saga FLX ini di SINI.

Sumber maklumat mengenai Proton Saga FLX diambil dari Arena Kereta dan www.epicsaga.com.my

p/s: Proton juga ada membuat promosi Proton Inspira sempena Hari Raya yang bakal menjelang nanti. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Kongsi harga, spec dan gambar Proton Saga FLX ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dan Twitter dengan menekan butang share dan Tweet ini.

GAMBAR, HARGA, SPEC PERODUA MYVI BARU 2011

GAMBAR, HARGA, SPEC PERODUA MYVI BARU 2011

 

Perodua akan melancarkan myvi terbaru secara rasminya di PWTC pada 16 Jun 2011. Harga Perodua Myvi baru 2011 ini akan diumumkan pada majlis pelancaran.

KLIK SINI KALAU ANDA RASA ANDA CUTE.

Kepada yang berminat untuk memiliki Myvi terbaru 2011 ini, bolehlah membuat tempahan dengan hanya RM400 di mana-mana cawangan Perodua mulai 4 Jun 2011. Myvi baru ini didatangkan dengan 6 warna dengan 5 warna metallic (Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White) dan 1 solid (Ivory White).

 

Update terbaru selepas majlis perlancanran di PWTC, 16 Jun 2011, 9 malam:

 

HARGA MYVi BARU D54T 2011

 

 

Gambar exterior Perodua Myvi baru D54T 2011

 

 

 

Bonnet:

 

 

Interior:

 

 

 


SPESIFIKASI

Klik untuk lihat dengan lebih jelas
Sumber gambar dan maklumat di ambil dari SINI. Klik SINI untuk spec, gambar dan segala penerangan dan pengalaman Test Drive Perodua Myvi D54T baru ini.

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

error: Content is protected !!