by syaisya | Dec 11, 2014 | Buat Duit Dengan Blog, Domain Murah

Panduan Cara Beli Domain Murah & Hosting Percuma
Hari ni aku nak share tentang 1 panduan ringkas tapi power yang menerangkan tentang cara untuk beli domain murah dan dapat hosting percuma.
Harga domain di pasaran ada yang mahal dan ada yang murah. Domain yang popular ialah .com. Biasanya harga sekitar RM 33- RM 35. Ada juga RM 49.90.
Tapi, dengan taktik yang ditunjukkan dalam panduan ini, boleh beli domain .com dengan harga serendah RM 3.85 sahaja! Fuuuhh… alangkah jimatnya duit!. Domain berharga RM 35 boleh beli dengan harga 3 ringgit lebih je.

Beli domain .com murah
Semua cara pembelian domain murah ini ditunjukkan step by step. Panduan ni tak lah meleret-leret. Straight to the point je. Ambil masa kurang dari 10 minit je untuk baca dan dah boleh terus beli domain murah dah lepas habis baca tu.
Taktik yang terdapat dalam panduan ini telah dicuba dan diuji berkali-kali. Segala sumber, pengetahuan dan pengalaman yang penulis ada semuanya diceritakan dalam panduan ini. Terbukti, taktik yang digunakan memang menjadi (sehingga ke saat dan ketika ini).
Dalam panduan ini dikongsikan :
–> Langkah demi langkah untuk beli domain pada harga jauh lebih murah dari harga pasaran
–> Pendedahan laman web yang menyediakan hosting PERCUMA (ramai yang tak tahu)
–> Idea untuk buat duit selepas anda baca ebook ini (berdasarkan pengalaman peribadi penulis)
So, dengan memiliki Panduan Beli Domain Murah dan Hosting Percuma ini, lepas ni, tak perlu lagi habiskan duit yang banyak untuk membeli domain. Lebih baik gunakan duit tu untuk sesuatu yang lebih penting, kan. Baik gunakan duit yang ada untuk buat modal mempromosikan bisnes kat FB Ads ke, Google Ads ke… ^_^
Dengan adanya panduan ini, tak perlu menghabiskan masa mencari, mencuba sendiri dan membuat kesalahan demi kesalahan. Sebab boleh gunakan ebook ini sebagai “short cut”. Jimat masa dan kepala pun tak PENING.
Bila ada masalah berkaitan domain je, boleh terus tanya kepada penulis ebook ini (En. Zul Hairi). Group support ada disediakan. So, senang nak tanya je apa yang nak ditanya. 🙂 Jadi, tak lah terkapai-kapai sorang-sorang apabila ada masalah berkaitan domain. Dah tahu kat mana nak tanya dan rujuk.
Memang tidak rugi baca ebook ringkas ini!.
Kat mana nak dapatkan panduan ni?. Klik je gambar di bawah, gambar lelaki comel pakai spek ni :

by syaisya | Nov 14, 2013 | Buat Duit Dari Rumah, Buat Duit Dengan Affiliate, Buat Duit Dengan Blog, Buat Duit Dengan Internet, Sistem Jualan Pro

Sistem Jualan Pro
Pakej Sistem Jualan Pro (SJP) ini mungkin dilihat semata-mata begini “Anda bayar RM247, dan anda boleh promote SJP dan dapat komisyen RM100 bila ada orang join SJP melalui anda. Dan anda akan dapat bonus komisyen RM50 untuk tier-2. Seterusnya ahli di bawah anda akan buat perkara yang sama, dan begitulah seterusnya.”
Bukan begitu sebenarnya.
JIKA inilah yang Sistem Jualan Pro tawarkan, sebenarnya Sistem Jualan Pro tidak ada bezanya dengan program “Money Game” di luar sana. Nauzubillah. Minta dijauhkan.
Ok, saya nak anda faham ini..
1. SJP merupakan satu pakej yang menghimpunkan produk-produk terbaik & berkualiti yang boleh dijadikan rujukan oleh setiap ahli SJP untuk memulakan perniagaan melalui internet. Anda boleh rujuk pakej produk eksklusif, pakej reseller, & pakej SMS yang disediakan di ruangan membership. Jika anda memahami ilmu-ilmu yang ada dalam setiap pakej ini, saya amat yakin anda pastinya boleh menjual dengan cara PRO. Inilah konsep sebenar Sistem Jualan Pro. Anda menjual dengan ilmu & strategi PRO.
Kalau Sistem Jualan Pro bukan Scam, Kenapa Perlu Bayar Untuk Dapatkan dan Promosikan Sistem Jualan Pro?
2. Untuk menjadi ahli SJP, saya perlu letakkan bayaran RM247 sebagai komitmen untuk semua ahli SJP. Kerana saya yakin, orang akan lebih mudah berjaya apabila ada komitmen terhadap diri mereka. Jika ada yang rasakan RM247 tu terlalu mahal, saya minta maaf… Kerana itulah harga yang ‘reasonable’ buat masa ini. Jika anda ada matlamat yang jelas, fokus yang betul, anda boleh cover semula RM247 dalam tempoh yang singkat. Dan ianya terbukti, dah ada ahli SJP yang berjaya mencapai RM5000+ dalam tempoh 2 minggu sahaja. Jika beliau boleh lakukan, takda alasan yang anda juga tidak boleh lakukan, kerana beliau juga mendapat akses yang sama seperti ahli SJP yang lain. Tinggal lagi tindakan bagaimana yang anda perlu lakukan, sama ada tindakan biasa-biasa atau luar biasa.

Kisah benar pelajar berjaya menjana RM 7k dalam masa 3 minggu dengan Sistem Jualan Pro
3. Jika anda lihat keseluruhan pakej yang ada diberikan di dalam membership, anda akan lihat potensi pendapatan anda lebih jauh berbanding apa yang saya nyatakan di dalam website. Anda bukan sahaja boleh capai RM20,000 bahkan jauh daripada itu. Saya telah sediakan pelbagai jenis produk reseller, yang anda boleh jual semula. Inilah antara lubuk pendapatan yang lebih besar yang anda boleh capai. Namun, apa yang penting anda tidak boleh tergesa-gesa & gelojoh. Sebab ini punca ramai yang gagal dalam bisnes.

Video Tutorial Lengkap Kursus Affiliate A-Z diterima sebagai Bonus Istimewa Sistem Jualan Pro
4. Pakej Tutorial SMS. Ini juga salah satu strategi pemasaran terkini yang saya sendiri telah gunakan dan berjaya close ribuan ringgit melaluinya. Ramai orang tanya, macam mana saya automasikan SMS saya? Apa skrip SMS yang boleh menghasilkan jualan? Semuanya saya ada terangkan dalam Pakej tutorial SMS ini. Peserta bengkel saya yang membayar lebih RM500 untuk hadir ke bengkel saya sebelum ini juga terbukti berjaya close sales kurang dalam 24 jam selepas gunakan strategi SMS marketing yang saya dedahkan dalam pakej ini. Jadi, sebagai ahli SJP, ini kelebihan anda, anda dapat tahu strategi pemasaran SMS cara PRO dengan pelaburan RM247 sekali seumur hidup anda.

Sistem SMS Jualan, satu lagi bonus yang terdapat dalam Sistem Jualan Pro
5. Memang Sistem Jualan Pro direka khas untuk memberikan komisyen sehingga 2-tier, namun SJP bukanlah semata-mata “sistem affiliate 2-tier”. Idea asal saya setup sistem ini adalah untuk memudahkan setiap orang baru/lama untuk menjana pendapatan melalui internet. RM1, RM2, RM50, RM100. Ini adalah sebagai starting untuk anda. Di mana, saya tahu ramai orang yang tidak ada pengetahuan tentang perkara teknikal website, sistem follow up, dan seumpamanya. Jadi saya sediakan satu sistem yang menjalankan tugas itu untuk anda. Anda hanya perlu fokus kepada PROMOSI / PEMASARAN sahaja.
6. Persoalannya? Bagaimana untuk lakukan pemasaran?
Jawapannya ada di dalam setiap produk yang saya pakejkan di dalam Sistem Jualan Pro ini.
– Video Kursus Affiliate
– Ebook Split Affiliate
– Video Casestudy
– Video Cara Kumpul List
– FB Marketing
– Email Marketing
Dan banyak lagi… Hampir semuanya ada di dalam pakej produk yang telah saya rangkumkan di dalam Sistem Jualan Pro ini. Jika saya jualkan secara berasingan semuanya, harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Namun, istimewa untuk ahli SJP, anda hanya perlu bayar RM247 sekali seumur hidup dan anda bebas untuk memiliki ilmu tersebut.
Akhir kata, saya mohon maaf atas jika ada kekurangan pada sistem ini, Insyaallah dari semasa ke semasa saya akan lakukan penambahbaikan agar setiap ahli SJP akan mendapat manfaat melaluinya.
Ikhlas,
Rahman Basri
Sahabat Pemasaran Anda
Founder, Sistem Jualan Pro
Itulah dia, penjelasan dari pengasas Sistem Jualan Pro ini.
Pendapat Aku Tentang Sistem Jualan Pro (Review)
Sebenarnya, apa yang beliau terangkan di atas, itulah juga pandangan aku ketika mula-mula aku download satu persatu video tutorial dan ebook yang diberikan sebagai bonus dengan hanya membayar RM 247.
Pada aku, harga yang aku bayar ini sebenarnya tidak mahal. Bukan kerana aku kaya, aku banyak duit. Tetapi, aku nilaikan ilmu-ilmu pemasaran yang ada dalam pakej Sistem Jualan Pro ni, memang lebih dari RM 247. Sebab tu bagi aku ia tidak mahal.
Aku membeli Sistem Jualan Pro ini kerana aku nampak potensi yang ada dalam sistem ini. Kerana sistem ini telah lengkap dengan squeeze page, surat jualan, sistem autoresponder, emel dan sebagainya. Apa yang aku perlu buat hanyalah promosi. Ia jauh lebih menjimatkan masa dan tenaga berbanding dengan nak set up semua sistem satu persatu, kumpul list yang pastinya makan masa sebelum boleh berjaya menghasilkan jualan.
Aku bukan omong kosong. Tetapi aku cakap begini sebab sebelum ni aku pernah cuba untuk buat sistem autoresponder aku sendiri, tapi tersangkut di tengah jalan. Pening juga lah, sebab banyak sangat benda nak kena set up.
Apabila aku tengok semuanya dah tersedia dalam Sistem Jualan Pro ini, tanpa toleh kiri kanan, aku membelinya. Menyesal?. Tidak sama sekali, kerana teknik-teknik yang diajarkan dalam pakej bonus Sistem Jualan Pro ni aku boleh gunakan juga untuk jualan produk fizikal aku yang lain.
Sambil menyelam sambil minum air kerana ilmu pemasaran ini sangat berguna kerana ia bersifat universal. Boleh diguna pakai untuk apa-apa produk pun.
Sistem Jualan Pro (SJP) Money Game?. Tidak sama sekali.
Sistem Jualan Pro Scam? Lagi lah bukan!. Aku sendiri dah berjaya mendapatkan komisen beberapa kali. Boleh baca entri >>> Komisen Pertama dan Kedua Sistem Jualan Pro <<< ini.
Jika anda nak belajar ilmu pemasaran, nak produk anda laris dipasaran, saya amat menggalakkan agar anda dapatkan Sistem Jualan Pro ini kerana ilmu pemasaran yang terkandung dalam Sistem Jualan Pro ini sangat lengkap dan ditunjukkan step by step. Kalau nak beli satu-satu ebook atau video tutorial lagi mahal, tetapi untuk SJP ini, anda hanya perlu laburkan RM 247 sahaja dan anda boleh menggunakan ilmu dan sistem ini seumur hidup.
Money Back Warranty Sistem Jualan Pro
Jika tak puas hati, pengasas Sistem Jualan Pro ini menjaminkan money back warranty selama setahun. Jika selama setahun ini, satu sen pun ada tak dapat hasilkan dari Sistem Jualan Pro ini, anda boleh tuntut refund daripada Rahman Basri.

UPDATE TERKINI : PENDAFTARAN SISTEM JUALAN PRO TELAH DITUTUP.
Jika anda berminat untuk menjana pendapatan melalui internet, saya sangat galakkan anda baca Case Study ini Bagaimana Seorang Newbie Menjana Komisen RM 21 Ribu Dengan Affiliate Dalam Masa 2 Minggu.
by syaisya | Nov 8, 2013 | Buat Duit Dari Rumah, Buat Duit Dengan Affiliate, Buat Duit Dengan Blog, Buat Duit Dengan Internet, Kerja Part Time Di Rumah, Perniagaan Internet, Sistem Jualan Pro
KOMISEN PERTAMA DAN KEDUA SISTEM JUALAN PRO
Sebelum ni aku ada bercerita tentang Sistem Jualan Pro di blog ini. Alhamdulillah, kali pertama membuat promosi dah dapat komisen pertama dan komisen kedua dari Sistem Jualan Pro ini. Hanya dengan menggunakan teknik simple yang diajarkan oleh pemilik produk ini iaitu Tuan Rahman Basri.
Nilainya mungkin kecil tapi ia satu permulaan yang baik untuk aku. Perjalan beribu batu bermula dengan langkah pertama. Maka, komisen yang aku terima ini juga sebagai langkah pertama, pembuka tirai. 🙂

Komisen pertama dan kedua Sistem Jualan Pro Rahman Basri
Melalui Sistem Jualan Pro ini, Rahman Basri bukan hanya menghasilkan produk ini, tetapi beliau juga membantu para affiliaternya dengan mengajar bagaimana untuk menjadi seorang pakar affiliate. Beliau mengajar step by step.
Kelebihan Sistem Jualan Pro ini, bukan sahaja mendapat satu sistem yang lengkap dengan autoresponder, malah terdapat video tutorial Kursus Affiliate yang bernilai RM 100. Tapi aku dapat FREE je. Memang pulun habis lah tengok video ni. Complete set untuk ilmu-ilmu yang perlu ada oleh seorang affiliater. Lain-lain video dan ebook free aku dah pernah ceritakan dalam entri sebelum ini >>> PELUANG BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE KOMISEN 2 LEVEL <<<
Semestinya komisen pertama yang diterima menjadi kenangan manis buat seorang affiliater. Walau ni bukan komisen pertama aku dalam affiliate, tapi ini adalah komisen pertama aku untuk Sistem Jualan Pro ini. Ia bukan program affiliate seperti biasa yang aku join.
Erk.. betul ke ni?. Bukan Scam ???

Jaminan Sistem Jualan Pro
Jaminan 12 bulan diberikan. Jika anda tak puas hati dan rasa pakej Jualan Pro ni hampeh, tak membantu anda menjana pendapatan langsung, anda boleh meminta wang anda dikembalikan semula. Setahun tu warranty yang diberikan. Bersamaan dengan 365 hari!.
p/s: Sistem Jualan Pro bukan penipu, bukan scam, bukan Skim Cepat Kaya dan juga bukan MLM. Ia adalah program affiliate.
UPDATE TERKINI : PENDAFTARAN SISTEM JUALAN PRO TELAH DITUTUP.
Jika anda berminat untuk menjana pendapatan melalui internet, saya sangat galakkan anda baca Case Study ini Bagaimana Seorang Newbie Menjana Komisen RM 21 Ribu Dengan Affiliate Dalam Masa 2 Minggu.
by syaisya | Nov 6, 2013 | Buat Duit Dari Rumah, Buat Duit Dengan Affiliate, Buat Duit Dengan Blog, Buat Duit Dengan Internet, Sistem Jualan Pro
Sistem Jualan Pro – Rahsia Pendapatan RM 100 – RM 500 Sehari
Mahu tak jika RM 100 – RM500 ke akaun anda setiap hari seperti result di bawah:

Komisen yang diterima oleh salah seorang afiliater dalam masa tak sampai seminggu
Untuk mendapatkan pendapatan seperti di atas, ada step yang perlu dilakukan. Bagaimana caranya?. Kita belajar daripada orang yang telah berjaya. Tiru orang yang telah berjaya adalah salah satu cara untuk berjaya dengan cepat.
Untuk itu, saya memilih Rahman Basri untuk menjadi sifu saya dan mendapatkan bimbingan direct dari beliau. Beliau akan ajar anda apa step tersebut melalui group support jika anda take action hari ini.
Jangan risau kali ini anda tidak akan keseorangan jika anda bersama-sama dengan saya dan geng-geng SJP yang lain. Ramai yang newbie di sana dan dah berjaya mendapatkan komisen pertama walaupun tak pernah tahu tentang apa itu affiliate.

Komisen pertama bermula dengan langkah pertama seorang newbie
Ini bukan kata-kata manis dari saya supaya anda join. Saya serius nak beri peluang pada anda bagaimana anda boleh jana pendapatan secara online.
UPDATE TERKINI : PENDAFTARAN SISTEM JUALAN PRO TELAH DITUTUP.
Jika anda berminat untuk menjana pendapatan melalui internet, saya sangat galakkan anda baca Case Study ini Bagaimana Seorang Newbie Menjana Komisen RM 21 Ribu Dengan Affiliate Dalam Masa 2 Minggu.
.
by syaisya | Oct 15, 2013 | Buat duit, Buat Duit Dengan Blog, Buat Duit Dengan Internet, Contest

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Sejak berblogging 3 tahun yang lalu, banyak yang telah aku belajar tentang buat duit dengan blogging. Walaupun tujuan asal aku buat blog bukanlah untuk buat duit dengan blog, tetapi setelah 5 bulan aku berblogging, aku mula belajar cara-cara untuk buat duit dengan blogging.
Buat Duit Dengan Nuffnang
Ya. Benda pertama yang aku belajar buat duit dengan blog ialah buat duit dengan Nuffnang. Tapi pada masa tu, target aku bukannya nak dapat duit dengan iklan yang ada di Nuffnang. Fokus aku masa tu ialah untuk dapatkan duit RM 30 untuk setiap entri yang dihasilkan. Ketika itu, ada projek Alpha Nuffnang. 30 orang pertama yang berjaya submit entri blog berdasarkan tajuk yang diberi akan dapat RM30.
Masa tu tengok blogger-blogger dapat duit dari projek tu, best je. Aku pun nak lah, tapi tak pernah dapat. Sebab tajuk entri selalu keluar masa aku tengah kerja. Bila aku balik kerja, cek kat website Nuffnang, dah ramai dah hantar. Huhu… habis quota sudah. Jadi, tak dapatlah aku merasa duit Nuffnang dari Projek Alpha tu sampai ke sudah. Huhuu… Sedih juga lah, sebab memang aku nak duit tu kan. Tak lama lepas aku join Nuffnang tu, projek Alpha tu pun tamat.
Tapi, walaupun aku tak dapat sesen pun dari Projek Alpha tu, aku dapat duit dari iklan Nuffnang yang tersiar di blog. Masa tu rasa memang best juga lah. Walaupun baru 5 hari join Nuffnang, aku dah dapat duit dari Nuffnang. Itulah duit dari blog yang pertama yang aku dapat, iaitu 50 sen. ^_^ Of course aku rasa happy sebab aku ada terbaca yang ada blogger yang dah setahun pasang iklan Nuffnang pun masih lagi tak dapat duit dari Nuffnang.
Apa rahsia untuk dapat iklan Nuffnang?. Owh, itu aku pun tak tahu kenapa aku pasang je iklan Nuffnang, dapat duit terus pada minggu pertama usia akaun Nuffnang aku. Mungkin sebab trafik juga kot. Aku ada juga terbaca blogger lain bagi tips. Walaupun Nuffnang tak kenakan syarat trafik, tapi lebih baik bila trafik blog dah cecah 100 UV (unique visitor) sehari, barulah apply Nuffnang. Wallahualam. Sejauh mana betul tip ni aku pun tak tahu. Kena test lah.
Kemudian, lepas satu-satu iklan Nuffnang muncul di blog aku ni sehingga aku dapat BE (buffered earning). Yang ni lagi best lah, sebab Nuffnang beli trafik kita. Tak lah harapkan orang klik iklan baru dapat duit. Orang masuk je dalam blog kita, dah dapat duit terus. Cuma, berapa banyak trafik yang Nuffnang beli tu, memang tak tahu.
Ada BE yang nilainya besar, ada juga yang nilainya kecil. Mula-mula memang dapat BE yang ciput-ciput je. Dapatlah RM 1+, RM 3+, RM 6+ untuk 1 BE. Tapi lama-lama, boleh dapat sehingga berpuluh-puluh ringgit untuk 1 BE.
Best?. Memang best lah. Sehinggalah satu kejadian di mana earning ku dipotong separuh sebab yang aku sendiri pun tak tahu. Aku hantar tiket pada Nuffnang, Nuffnang kata sebab aku ada tukar template. Erk… aku rasa konfius dan kecewa.
Disebabkan kekecawaan ini (bukan kekecewaan yang pertama sebenarnya aku dan Nuffnang),sebab dah beberapa kali kena potong earning tak pasal-pasal, maka aku mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan duit dengan blogging.
Ya, memang aku buat blog bukan semata-mata untuk dapat duit. Cuma, bila aku dah dapat, Nuffnang dah beri, tapi dipotong separuh earning tu, aku jadi rasa sakit hati. Dah dah diberi lepas tu tarik balik. Lain lah kalau memang tak diberi terus. Aku ok je, tak meminta pun.
Frust punya pasal. aku pun cari jalan lain. Yang mana aku nampak, yang ni lagi masyuk Apa dia?. Affiliate lah. Promote ebook je. Aku mengkaji dan belajar buat duit dengan affiliate dari seorang blogger tauke cendol banting ni. Dia juga penulis ebook buat duit dengan affiliate menggunakan teknik SEO yang sangat istimewa.
Buat Duit Dengan Affiliate
Buat duit dengan affiliate bukanlah perkara yang mudah bagi aku. Tapi memang boleh dapat duit dengan mudah melalui program affiliate ni. Apa perkara pun yang kita nak buat, perlu ada ilmu dulu. Kena belajar. Banyak yang aku pelajari melalu program cabaran-cabaran affiliate yang aku sertai. Dari situ, aku mula berfikir dan mengkaji bagaimana caranya otai-otai affiliate berjaya buat duit sehingga 30 ribu dalam hanya seminggu je. Waduh, masyuk sungguh.
Buat duit dengan affiliate menggunakan blog memang ada cabarannya yang tersendiri. Mula-mula tu, memang sampai nak menangis aku, tengok penat-penat buat entri tapi tak ada 1 sales pun yang masuk.
Aku ubah-ubah entri, aku belajar macam mana nak buat entri yang boleh menjual sehingga lah pecah telur. Maksudnya, sehingga lah sales terhasil. PEcah angka kosong di dashboard affiliate tu. Masa tu rasa gembira tak terkata. Sales pertama yang kemudiannya menghasilkan jualan yang berikutnya.
Bahagia, gembira, bila dapat RM 1k lebih dalam masa seminggu je. Ya, sebab tu aku kata lebih masyuk buat duit dengan affiliate. Nuffnang, 2 tahu baru aku boleh dapat RM 1k +. Sebab aku tak pernah dapat Sponsored Post dari Nuffnang. Kalau nak buat duit masyuk dengan Nuffnang, kena dapatkan sponsored post lah. 🙂
Apapun, walaupun aku mengajuk dengan Nuffnang, aku tak terfikir lagi untuk menceraikan Nuffnang. Sehingga ke hari ni pun, aku masih lagi dapat duit dari Nuffnang. Walaupun tak banyak, tapi Alhamdulillah. Boleh lah buat bayar hosting setiap tahun. Memang rasa berterima kasih sangat dengan Nuffnang. Sebab kejadian-kejadian tu lah. aku buka mata untuk mencari peluang lain.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, kan ^_^. Pengalaman buat duit dengan blog memang best!
by syaisya | Oct 10, 2013 | Arm Shapper Bengkung Lengan, Buat Duit Dengan Blog, Genie Bra, Job Di Rumah, Kerja Part Time Di Rumah, Perniagaan Internet, Produk, Produk Kecantikan, Slimming Suit, Usahawan
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku set up kedai online e-commerce sendiri dengan PERCUMA menggunakan ecwid. Salah satu target aku tahun ini ialah ada produk sendiri dan online store sendiri. Kini, e-commerce online store aku yang pertama telah pun siap. 🙂
Ya, aku tahu, kalau upah orang lagi senang. Jimat masa dan tenaga. Tapi aku suka buat sendiri. Satu kepuasan bagi aku. Self satisfaction. Dan lagi satu, aku rasa added value pada diri sendiri. Sebab aku dah reti buat 1 lagi benda. Hehe… Skill baru lah ni kiranya. ^_^
Anyway, kedai online ni aku letakkan dalam menu di blog ini. Aku jual genie bra, slimming suit dan arm shapper (bengkung lengan). Simple je kedai ni. Nak setup pun tak susah memandangkan aku pernah set up kedai e-commerce juga sebelum ni di laman web 1nita dengan di guide oleh Noorizam Shah (pakar ebay). Cuma aku kurang berminat dengan kedai online aku yang kat laman web 1nita tu. Tapi ada juga lah sales datang dari laman web tu.

Genie Bra, Slimming Suit dan Arm Shapper
Tak lama pun masa yang diambil untuk set up kedai online ni. Sebab memang simple cara set up e-commerce online store di ecwid ni. Buat malam tadi, memandangkan mata dah mengantuk time tu, so pergerakan pun slow sikit. Kalau tak malam tadi lagi dah siap kedai online ni. Total adalah dalam 6 jam untuk siapkannya.