BEST KE BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG? BILA BOLEH KAYA?

BEST KE BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG? BILA BOLEH KAYA?

Pernah tak anda ditanya atau terjumpa dengan soalan di atas?. Soalan ni aku jumpa di dalam komen satu blog post tu. Tak ingat blog post kat blog yang mana satu. Tapi, aku sendiri pernah diajukan soalan tentang buat duit dengan blog ni (Nuffnang) oleh bukan blogger (housemate aku).

Masa aku cakap dekat dia dengan muka yang happy sangat dapat duit dari Nuffnang ni, 25 sen untuk 1 iklan selama seminggu, memang dia buat muka je. “Bila boleh kaya macam tu?“. Tu lah soalan yang diajukan semula pada aku.

Erk! Bila boleh kaya?. Aku nak kaya dengan Nuffnang ke?. Aku jawab  “ada je orang yang dapat beribu-ribu setiap bulan dari Nuffnang ni je”. Hakikatnya, aku pun bukannya berniat nak jadi kaya raya hanya dengan Nuffnang ni.

Earning dari Nuffnang ni sebagai duit poket tambahan je lah untuk aku, di samping aku seronok-seronok berblog mengisi masa lapang yang ada. Daripada aku dok surfing yang bukan-bukan tak tentu hala, baik aku buat blog.  Sekurang-kurangnya ada yang dapat manfaat dari blog aku ni. InsyaAllah.

Walaupun aku tahu blog aku ni tak best mana dan tak famous mana pun, tapi bukan glamour yang aku kejar. Blog ni dah jadi sebagai sebahagian dari hidup aku. Itu je.

Berbalik semula kepada soal buat duit dengan Nuffnang, best ke tidak, kalau tanya aku memang aku jawab best ler. Ketuk-ketuk keyboard buat entri pun boleh je dapat duit. Memang aku tak expect nak dapat banyak sangat pun dari blog ni. So, dapat cash out beberapa kali pun kira OK lah kan, siapa nak kasi?. Sekurang-kurangnya tiap-tiap hari ada duit masuk walaupun beberapa ringgit, Alhamdulillah, aku senyum je juga.

Bukannya apa, buat apa aku nak paksa diri sangat kalau nak berhempas pulas pun untuk dapatkan duit banyak-banyak dari Nuffnang. Aku tahu ada banyak cara lagi untuk buat duit dari internet, amnya dan buat duit dari blog, khususnya.

Malas nak mengharap sangat dengan Nuffnang sebenarnya, kalau terlebih mengharap karang frust pula. Silap-silap haribulan, berhenti berblog terus. So, apa yang aku buat sekarang ni, just update je blog ikut suka hati aku. Ada BE Nuffnang nak bagi, Alhamdulillah. Aku terima dengan senyuman manis. Kalau takde pun, takpe, esok lusa adalah tu nanti.

Erm…sekarang ni kalau tengok earning yang tertera, jumlahnya memang dah boleh cash out, tapi kena tunggu BE tu gugur jadi Metered lah. Hehe.. tangan aku ni memang gatal, pantang tengok dah cecah RM50 je, mesti sibuk nak cash out. Tapi of course lah aku tetap suka kalau iklan-iklan BE tu joget lama-lama dalam blog aku. Lagi lama dia joget, lagi banyak lah aku boleh kaching!. 😀

Kalau nak buat duit dari blog memang memerlukan kesabaran. Kalau nak happy berblog,  tak boleh fikirkan sangat pasal duit. Nanti boleh cepat down!. Tapi ramai je orang yang dah berjaya buat duit dengan blog, tu kena banyak belajar dari mereka-mereka yang dah berjayalah. Nothing imposibble. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, tak semestinya kena ikut highway je. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. 😀

p/s: Selain dari Nuffnang, boleh juga buat duit dengan jawab survey. Boleh tambah-tambah lagi duit poket. Dengan Churp Churp pun boleh dapat duit juga.

KALAU OFFICE AKU MACAM NI, AKU TAK BERHENTI KERJA KOT

KALAU OFFICE AKU MACAM NI, AKU TAK BERHENTI KERJA KOT

Hoyeah! Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ni, aku dah berhenti kerja kilang dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Dalam erti kata lain, jadi student balik.

Suasana office lama Nuffnang

Nampak kan, gambar kat atas tu. Tulah suasana pejabat Nuffnang. Kalaulah office aku macam tu, dan suasanya macam gambar kat bawah ni, aku tak berhenti kerja, kot.

Pekerja Nuffnang sedang berbincang

Kat dinding tu bukan white board, tapi dinding di cat dengan cat yang boleh dipadam. Tu diorang conteng guna marker. Best juga kan kalau ada office macam ni.

Tempat untuk Tech Team Nuffnang dan Churp Churp
Tempat untuk Tech Team Nuffnang dan Churp Churp
TV dengan Astro dan XBOX Kinect Nintendo

TV dengan Astro dan XBOX Kinect Nintendo

Siap ada TV, Astro dan boleh main game lagi tu!.

Tiba-tiba aku terfikir, boleh ke office sebuah kilang macam ni?. Hik2..tahu dah jawapannya.  

Nota kaki kecil: Alhamdulillah, aku bahagia dengan kehidupan sekarang walaupun banyak perkara perlu diselesaikan. 🙂 

BERKAT KESABARAN BERSAMA NUFFNANG

BERKAT KESABARAN BERSAMA NUFFNANG

Alhamdulillah, aku terkejut sangat tadi apabila buka website Nuffnang, terpandang Buffered Earning. Eh! Ada buffered?. Seriously, aku terperanjat sebab inilah BE pertama ku untuk tahun 2011 ni. Secara jujurnya, sejak awal tahun ni, 1 BE pun tak lekat kat blog ni. Malah, campaign earning pun cuma ada 4 ketul je iaitu bersamaan dengan RM1.00. Huhu…memang sadis. =(
Perasaan aku memang dah lain macam je dengan Nuffnang ni sejak dia mengetepikan blog aku ni dari sebarang BE. Yelah, mana taknya, tengah sedap-sedap dapat BE, tiba-tiba je, masuk tahun baru, senyap terus BE aku. Adeh!. Merajuk punya pasal, aku cash out kan earning yang ada pada awal bulan lalu. Cek pun dah sampai rumah minggu lepas, dan dah selamat di bankin oleh ibu aku, semalam.  
Rajukku semakin berpanjangan setelah hampir 3 bulan blog ini sepi tanpa BE. Mulalah aku mencuba advertiser yang lain. Tapi aku tak menduakan Nuffnang. Last-last, aku rasa, dengan Nuffnang juga lah rezeki aku. Nampak-nampaknya, pasang kod advertiser lain pun tak membuahkan hasil di blog ni, setakat ni lah. Iyolah kan, trafik pun bukannya beribu pun. Setakat 200 je sehari. Toksah lah aku nak berangan dapat duit banyak sangat dari advertiser. Teringat kata-kata MelRomeo dalam salah satu entrinya, “Kukuhkan blog dulu, baru fikir pasal duit”. Kini, aku benar-benar faham dengan maksud MelRomeo ni, setelah aku mencuba advertiser lain di blog ni.    

Asalkan aku terus update blog walaupun takde BE menari-nari,  InsyaAllah, rezeki tu akan datang juga. Patutlah ramai blogger cakap, “kena banyak bersabar dengan Nuffnang”. Rupanya, memang betul pun. Perlu banyakkan bersabar…..Sabar itu separuh dari iman.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
EH! MANA CEK NUFFNANG AKU?

EH! MANA CEK NUFFNANG AKU?

Dah beberapa hari tak dapat jenguk blog. Sibuk…macam-macam hal perlu diuruskan. Penat! Itu jelah yang boleh diperkatakan. Oleh kerana dah beberapa hari tak ketuk keyboard laptop kesayanganku ini, dengan semangatnya ON laptop dan nak buat 1 entri. Nak join contest sebenarnya. Tarikh tutup dah nak dekat.
Tapi kan, tiba-tiba aku terbaca 1 entri di blog yang aku follow, mengenai income yang dia baru jana dari blog dia. Aku pun dengan serta-merta teringat pada cek Nuffnang yang dah dekat 2 bulan aku simpan. Memang sengaja tak nak bank in, nak tunggu cek ke-2 yang dijangka, InsyaAllah, akan sampai awal bulan depan. Lagi 2 minggu je lah, kan.
Aku pun cek kat beg laptop. Kalau tak silap, aku letak kat situ. Tapi kan, isk isk uwa..takde lah. Mana dia? Huhu…Nangis……Terus terencat nak update blog nak mengarang untuk contest tu… Uwaaa….Bukan senang nak dapat cek tu!. Takkan aku dah terbuang kot?. Uwaaaaa…
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.
NUFFNANG PERKENALKAN JENIS IKLAN BARU (CPA) UNTUK TAMBAH EARNING NUFFNANGERS

NUFFNANG PERKENALKAN JENIS IKLAN BARU (CPA) UNTUK TAMBAH EARNING NUFFNANGERS

Mungkin ramai yang dah tahu pasal ni, tapi aku baru je tahu semalam, sebab baru semalam aku dapat berblog dengan bebasnya tanpa sebarang kekangan. Iya, seperti tajuk di atas, Nuffnang telah pun memperkenalkan jenis iklan baru, yang dipanggil CPA (Cost Per Action). 

CPA? Macam mana tu?
Melalui iklan CPA ini, Nuffnangers berpeluang menjana pendapatan lebih dengan Nuffnang jika pengunjung klik pada iklan, dan melakukan pembelian atau pendaftaran (bergantung pada iklan yang disiarkan). Pembelian atau pendaftaran inilah yang dikenali sebagai ‘action’.

Berapa earning boleh dapat melalui CPA ni?
Duit yang  Nuffnanger leh dapat boleh jadi RM1-RM 2 untuk 1 action yang telah dilakukan, contohnya: sign up (bergantung kepada iklan dan juga pengiklan). 
Kalau ‘action’ lebih mencabar, contohnya seperti peng’klik’ membuat pembelian barang yang lebih mahal, maka, Nuffnanger boleh dapat sehingga RM 50 untuk 1 transaksi (bergantung kepada iklan dan juga pengiklan). 
Best kan!
Bunyinya macam best. Aku pun rasa CPA ni best. Boleh tambah duit dalam tabung. Tapi, kalau kita tengah ada Buffered, tak dapat iklan CPA ni, sebab keutamaan diberikan kepada Buffered (mCPM) . Lagi 1, bukan senang juga orang nak sign-up atau beli barang dari iklan yang ada kat blog kita.
Di bawah ni aku letakkan pengumuman yang Nuffnang buat di website Nuffnang. Aku copy paste je tanpa mengubah sebarang ayat. Bacalah.

Not everyone has a constant stream of ads running all the time so we’ve been experimenting with methods in which to further optimize the ad space from your blogs and increase earnings. After consulting some of our loyal Nuffnangers, we’ve decided to roll out our first Cost Per Action (CPA) ads. With CPA ads, you get rewarded whenever there’s a specified action desired by the advertiser e.g. a product being purchased or, a registration form being submitted as a result from clicking on the ad from your blog etc. The amount earned will range from the transaction involved. The more difficult it is to do the transaction the more you earn. For example, if users who click on a banner are meant to just fill up a form, a blogger can earn say RM1 to RM20 per sign up (depending on the advertiser). However if it’s something more challenging, say if something of high value is bought then the amount rewarded can be even over RM50 being rewarded per transaction.

Please note that mCPM or “buffered earnings” (as some Nuffnangers refer to it as) will always take priority over CPC or CPA ads. Should your blog be selected by an advertiser for an mCPM ad, it will override the CPC and CPA. The CPC and CPA ads will only come on if there are no other ads running.

Kalau tak faham, boleh hantar tiket pada Nuffnang. InsyaAllah, mereka akan jawab soalan anda secepat mungkin. So far, aku dah 2 kali hantar tiket pada Nuffnang. Diorang jawab dalam tempoh 24 jam (tolak hari cuti dan cuti umum).

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

UWAA..NUFFNANG DAH TAK SAYANG AKU

UWAA..NUFFNANG DAH TAK SAYANG AKU

Uwaaa…Isk isk uwaa… Nuffnang dah tak sayang aku lagi. Sekarang ni, takde buffered langsung berlegar-legar dalam blog ni. Semua buffered dah turun jadi metered. Isk isk uwaa…
Sebelum ni, sejak dapat BE, blog ni tak pernah putus dengan Buffered. Hari tu lepas aku cash out, BE putus pun sekejap je, dalam 2 hari. Tapi kali ni lamanya..dah seminggu takde BE. Mentang-mentang lah trafik blog aku  ni tak stabil…Hadoi!.
Tengok bintang tu pun dah turun. Sebelum ni. kat Leaderboard, bintang penuh. Sekarang bintang 3 je. Uwaa… Kecik ati arr ngan Nuffnang..Huhu…Bakal tergugatkah kasih sayangku padamu Nuffnang?. =(


Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan button share ini.

error: Content is protected !!