UNLOCKED MAXIS BROADBAND MODEM ZTE MF190

UNLOCKED MAXIS BROADBAND MODEM ZTE MF190

Tak tahu hujung pangkal, dengan tak ada ribut, tak ada petir, tiba-tiba rosak pula modem broadband maxis Huawei yang aku dah gunakan 3 tahun ni. Modem ni mula bengong masa aku kat kampung, balik raya haji hari minggu lepas.

Aku cuba lah masukkan sim kad broadband Umobile mak aku dalam modem ni, tengok-tengok ada connection, tapi Internet Explorer, Mozilla Firefox semua kosong je, tak ada apa yang display. Dia loading je tak habis-habis. Boring lah aku macam tu kan. Aku tekan pangkah je lah.

Bila aku masukkan simkad Digi aku dalam modem tu pun, sama juga hasilnya. Masa tu aku ingat sebab quota simkad aku memang dah nak habis, tu yang slow loading. Tapi bila aku dah balik ke universiti, pasang sim kad broadband Digi yang baru aku beli, tak boleh juga loading. Owh, geramnya. Aku pun call lah hotline Digi. Payah juga nak bercakap dengan operator. Busy.

Akhirnya dapat juga cakap dengan operator setelah dail beberapa kali dan menunggu lama juga. Berapa minit tah total aku tunggu, tak timing lah pula. Ding dong ding dong… bla bla bla… operator reset kan no sim aku. Lepas tu still lagi tak boleh. Tapi operator cakap tengok connection ni ada. Sepatutnya boleh. Mungkin modem rosak. Alamak! 🙁

modem broadband huawei E1552

modem broadband Huawei E1552

So, aku cari lah modem baru. Nak beli. Malas nak pi Maxis centre untuk minta technician check modem tu, sebab agak jauh Maxis Centre dari tempat aku. Kat JB ni, Maxis Centre kat Taman Molek. Umobile Centre, Celcom Centre, semua pun kat sana lah.

Dalam pencarian modem ni, memang aku cari modem broadband yang unlocked siap-siap. Senang nanti, semua sim kad pun aku boleh sumbat. Kalau yang lock, macam modem broadband Celcom yang mak aku guna, dah lock, bila aku try unlocked guna no yang aku dapatkan dari software, tak boleh pula. Kena block kot modem tu. Nak kata no IMEI salah, betul dah. Modem yang aku beli ni, nak masukkan Maxis pun boleh, Celcom, Digi, Umobile atau lain-lain sim kad Pre-paid dan Post-paid pun boleh.

So, modem broadband maxis baru yang aku pakai ni memang dah siap-siap unlock. Modem ni Model ZTE MF190.  Speed boleh mencecah sehingga 7.2 Mbps. So far, dah beberapa hari aku pakai modem ni ok, tak ada apa-apa masalah. Siap ada warranty lagi tu, 3 bulan.

kelajuan modem broadband unlocked Maxis ZTE MF190 macam huawei

Ni lah dia modem yang aku gunakan. Menggantikan modem Huawei E1552 Maxis yang aku gunakan sebelum ni, yang sempat berkhidmat dengan aku 3 tahun je. Modem baru yang aku guna ni, ZTE MF190 ni, sama je macam Huawei. Cuma design dia je lain sikit.

modem broadband zte mf190

Unlocked modem broadband ZTE MF190

Modem yang aku beli ni pun tak mahal. Memang aku cari yang murah je. Jenuh juga lah mencari sampai rasa macam nak tension juga lah.

Modem broadband unlocked ni boleh didapati di >> Modem Broadband Unlocked Murah.

Atau boleh SMS / Whatsapp  019 – 6263 820. Harga RM 60 je.

PIZZA HUT PERCUMA

PIZZA HUT PERCUMA

Yeay, hari ni dapat makan pizza hut percuma. Sebenarnya, hari ni pizza hut ada bagi percuma personal pizza kepada 100 orang fan fb pizza hut yang terawal di setiap restoran pizza hut seluruh Malaysia dari 3 petang sampai 6 petang.

Walaupun aku bukan fan pizza hut, tapi aku dapat kupon pizza free dari kawan. Dia print out kupon tu, dan bagi pada aku, kelmarin. Baik kan, member aku ni. Hehe… Kalau tak memang aku tak tahu pun pasal ni. 🙂

Pizza hut pepperoni delight personal

Pilihan aku, pepperoni delight. Cukup lah tu makan untuk seorang. Nyum nyum!. Aku dapat nombor ke 92, masa tu aku ke pizza hut di jusco yang berdekatan jam 4 lebih. Masa tu cuba-cuba je pergi, ada rezeki adalah, kan. Alhamdulillah, rezeki. 🙂

AKU, SYAISYA DAN BLOG

AKU, SYAISYA DAN BLOG

Jam ditangan menunjukkan pukul 5.50 petang. Jari-jemari masih menari-nari di atas keyboard.

“Balik lambat sikit lah. Duduk rumah pun bukannya buat apa sangat” getus hati kecilku. Namun, tak betah juga melakukan kerja lebih masa. 10 minit kemudian, Sya sudah mula menapak pulang ke rumah. Menapak berseorangan, di lorong yang sunyi dari orang luar. Berselisih dengan ramai operator-operator kilang yang lebih dikenali sebagai pemangkin ekonomi negara, Sya jalan sambil mengelakkan air ludah yang merata-rata di sepanjang jalan. Satu yang paling tidak disenanginya dengan perlakuan operator-operator import itu yang suka meludah merata-rata.

Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke rumah sewa. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai. Tidak mudah juga sebenarnya perjalanan pergi dan balik kerja, kerana terpaksa memberanikan diri lalu di lorong yang sunyi dan banyak kes ragut ni. Tapi, dek kerana tiada pilihan, terpaksa juga mengharungi. Maklumlah, tiada kenderaan lagi. Jalan kaki je lah. Antara rumah dan kilang tempat mencari rezeki, cuma dalam 15 minit sahaja berjalan kaki.

Tiba di rumah, seperti biasa, perut rasa lapar. Biasanya, kalau rajin, masak lah. Kalau malas, makan je apa yang ada. Waktu malam pula, tak tahu nak buat apa. Emmm… ni lah kehidupan seorang jurutera kilang wanita yang dirasakan tiada apa yang menarik. “Tak kira. Aku nak beli laptop juga. Tak boleh jadi ni. Bosan yang amat!. Ada laptop, beli broadband, boleh lah surfing”, tekad hati Sya.

Akhirnya sebuah laptop Dell dibeli menggunakan duit pampasan kerana diberhentikan kerja dek kerana kegawatan ekonomi yang melanda dan juga duit hasil gaji pertama di tempat kerja baru. Pakej broadband sungguh mahal ketika itu. RM108 untuk 3Gb, Maxis. Tapi ada rebate RM10 selama setahun jika menggunakan postpaid Maxis. Nak memilih pakej dari syarikat lain pun, sama je. Semuanya pun mahal.

Laptop dah ada. Internet pun ada. Apa lagi. Pulun surfing itu dan ini. Itulah kerjanya setiap malam. Tapi lama-kelamaan, rasa bosan pula. Tak tahu nak surfing apa. “Nak buat apa ni ek? Emm… bosan pula. Ok, belajar pasal cinta lah. Hehe.. “. Itu sahaja lah idea yang terlintas di fikiran Sya.

Surfing dan surfing akhirnya terjumpa satu laman sesawang yang memuatkan pelbagai artikel mengenai cinta. Blog yang dijadikan sebagai buku skrap untuk mengumpulkan artikel mengenai cinta yang dijumpai di majalah dan juga internet. “Bagus juga macam ni, kan. Buat koleksi artikel-artikel yang menarik dalam blog. Buat macam buku skrap je. Emmm.. nak kumpul artikel apa, ya?”, tanya Sya di dalam hati. Setelah berfikir beberapa detik… “Kumpul artikel-artikel yang Islamik bagus juga”, tekad hati Sya.

“Cara buat blog”. Itulah perkataan yang ditaip di Google. Langkah demi langkah dilakukan, mengikut yang tertera di laman blogger.com. Akhirnya terciptalah sebuah blog “akumerpatiputih.blogspot.com”. “Hik..hik.. budget diri ini ibarat burung merpati lah, yang nampak jinak tapi sukar didekati. Ewah!” 😀

Bermula dengan berkongsi artikel islamik, selepas beberapa entri, Sya dah pandai meluahkan perasaan di blognya. Best woohh. “Alah, bukan ada orang baca pun”. 😀 Maka jari  ni laju je lah mengetuk keyboard. Luahkan segala rasa!.

Dari nak kumpul artikel-artikel islamik, dah jadi tempat meluahkan perasaan pula. Lari dari niat asal, betul. Hehe… Akhirnya blog itu jadi blog personal, selain daripada meluahkan perasaan, merakam detik-detik indah bercuti bersama keluarga juga. Best blogging ni rupanya. Sejak dari itu, masa Sya di rumah sudah terisi dengan perkara yang lebih bermanfaat. Daripada duduk melongo, tak tahu nak buat apa. Nak membaca, di pejabat dah terlebih membaca pula. Memang dah kerjanya perlu banyak membaca spek-spek pelanggan. Emmm… 😀

RM100 DARI DENAIHATI.COM

RM100 DARI DENAIHATI.COM

Setelah beberapa hari tak blogging, asyik hadap jurnal je, sikit lagi nak siap tapi aku ala-ala dah tak boleh nak hadap jurnal lagi. Isk isk uwaaa…. Jadi, buat sementara ni, aku nak buat kerja lain dulu. Saja je, alihkan tumpuan sekejap. Supaya otak aku ni boleh refresh balik. Lepas ni boleh lah aku buat kerja dengan lebih efficient lagi. 😀 Hopefully!

Oklah, wahai blog yang dah dibiarkan sepi beberapa hari tanpa sebarang update, last sekali entri Dato’ Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Badminton Men Single. Kalau Ahad lepas, kita tengok Dato’ LCW menangis, malam tadi pula, Azizul Hasni Awang pula tak dapat memberikan kilauan emas kepada Malaysia dalam acara Keirin kegemaran beliau.

azizul hasni awang rocket pocket man

Azizul Hasni Awang The Rocket Pocket Man. Sumber gambar dari Mylaunchpad

Aku tengok kat youtube Olimpik je. Nasib baik wifi uni OK semalam, so dapatlah tengok. Tu pun, masa final Rocket Pocket Man nak start lawan je, ada error pula. So, terpaksa aku tutup semula tetingkap youtube tu, buka balik. Lepas dia habis lawan, baru aku dapat tengok. So, aku replay je lah. Tapi, lepas habis je lawan, mak aku dah mesej dah, bagi tahu yang Azizul dapat tempat terakhir. Takde rezeki Azizul malam tadi walau dia dah beraksi cemerlang berada di hadapan ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, tapi lagi 50 meter menuju ke garisan penamat, beliau dihalang oleh Mulder yang menyebabkan pelumba lain berjaya memintasnya.

Kesian kat Rocket Pocket Man. Memang nampak kesungguhan dia ketika bertanding. Mana ada orang masuk bertanding nak kalah, kan. Even masuk contest kat blog ni pun, kalau boleh nak lah menang juga kan, walau tak mengharap sangat untuk menang dan masuk contest untuk suka-suka je. Tu belum bertanding dengan membawa harapan menggunung orang lain lagi. Baru harapan diri sendiri je. Owh, bukan senang jadi atlit negara, bertanding di arena sukan bertaraf antarabangsa. Dulu-dulu wakil sekolah masuk MSSD je pun, dah nervous dah masa bertanding tu 😀  Takpe, Azizul boleh cuba lagi dalam pertandingan lain.

Ok, cukuplah mukadimah tu. Sebenarnya lama dah nak buat entri ni. Tapi terpaksa ditangguhkan sebab nak siapkan kerja punya pasal. Haruslah aku mengutamakan pelajaran dulu. Cewah, ayat dah macam pelajar cemerlang je. 😛 Padahal sem-sem sebelum ni banyak sangat aku leka dengan internet ni. Bila dah nak final sem ni, mulalah menggagau, jadi macam lipas kudung dah. Padan muka aku!.

3 Ogos lalu, aku ada redeem Punchtab rewards kat Denaihati.com. Setelah beberapa bulan aku kumpul point di Denaihati.com, akhirnya aku berjaya capai jumlah points yang aku kehendaki, iaitu 25,000 points untuk membolehkan aku menebus wang tunai RM100.

Rewards punchtab denaihati

Redeem rewards punchtab @Denaihati.com

 

Lepas tekan button redeem kat punchtab dashboard, akan receive emel seperti dalam gambar di atas. Then emel ni aku forwardkan ke Denaihati di saya(at)denaihati.com. 2 hari kemudian, aku dapat emel dari Denaihati, disertakan screen shot pembayaran telah selesai dilakukan. Cepat je Denaihati bayar. 😀

RM100 dari Denaihati

RM100 dari Denaihati

Terima kasih, saudara Amir Hassan di atas pembayaran yang dilakukan. Moga rezeki bro semakin murah. 😀

Ok, apa aku buat dengan RM100 dari Denaihati.com ni?.

bayar ptptn online

bayar ptptn online

Taraaa! Aku bayar PTPTN secara online je kat laman Anjung melalui FPX. Mudah untuk membayar hutang, semuanya dihujung jari je. Cuma nak bayar atau tak, je. Hehe… 😀 Kalau tengok amount yang aku bayar tu, RM120. Tapi aku dapat RM100 je dari Denaihati ni kan, mana datang lagi RM 20?. Lagi RM 20 tu aku dapat hasil dari menang komen terbaik di Eyriqazz.com dan menang saguhati dari Giveaway pertama Jebeng Otai.

Memang aku ada niat, hasil duit blogging, nak bayar PTPTN. So, bila dah niat tu, kenalah tunaikan, kan. Aku anggap niat ni macam janji dengan Allah dan juga janji pada diri sendiri. 😀 Sebenarnya, ada banyak je lagi duit dari blog yang aku dapat, tapi tak semua disalurkan ke PTPTN. Hehe… biasalah kan, dalam hidup ni ada macam-macam keperluan lain. Kalau aku salurkan semua untuk bayar PTPTN ni, memang dah lama aku habis bayar hutang PTPTN ni. Tinggal seikit je lagi pun, hutang tu. 😀 Kalau tengok kat gambar PTPTN di atas tu, aku ada buat pembayaran RM 80.00 sebelum Ogos. Haaa.. RM 80 tu aku dapat dari pengiklanan Exabytes, masa program 100 Bloggers awal tahun ni.

Memang macam-macam dah aku dapat dari blogging ni. Hasil dari blog memang menggembirakan hati blogger picisan seperti aku ni. Apapun, ini adalah kali ke-2 aku redeem points kat blog Denaihati.com. Cuma ini kali pertama aku redeem cash. Sebelum ni, aku redeem Top Up RM50. Setakat ni, memang DH tak pernah miss berikan ganjaran Punchtab rewards setiap kali aku redeem.

Macam mana nak kumpul points kat Denaihati ni?. Rajin-rajinlah datang ke blog Denaihati.com setiap hari, retweet entri dan tinggalkan komen. Tapi aku selalu tak dapat point lepas tinggalkan komen, tak tahu nape. Tapi aku tak kisah lah. Best tinggalkan komen kat blog DH ni, ada commentluv dan biasanya aku dapat trafik dari DH ni, hasil dari komen yang aku tinggalkan :D. Ganjaran yang diperolehi bukan setakat wang tunai, tapi dari pelbagai aspek lain lagi. Owh, join Denaihati Network, lagi macam-macam event menarik dan macam-macam lagi yang rakan blogger boleh dapat. Enjoy!

p/s: Tinggal RM 1k je lagi hutang PTPTN ni. InsyaAllah, tahun depan habislah aku bayar. Moga aku dipanjangkan umur untuk settlekan hutang dulu sebelum mata terpejam untuk selama-lamanya. 😀

JIMAT BERBELANJA DI JOM HEBOH

JIMAT BERBELANJA DI JOM HEBOH

jom heboh tv3

jom heboh tv3

Semalam, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Jom Heboh. Selama ni, aku tak terasa nak pergi pun Jom Heboh ni. Sebab memang tak suka bersesak-sesak ramai-ramia orang ni, plus, susah nak cari parking. Karang terpaksa parking jauh dan berjalan pun jauh.

Tapi memandangkan Jom Heboh di Johor Bahru kali ni di buat di Plaza Angsana, berbanding dengan di Danga Bay pada tahun-tahun sebelum ini, so aku tergerak hati nak pergi. Tu pun, dengan niat nak cari barang makanan murah. Sebab, kadang-kadang, aku tengok kat TV tu, macam ada diorang lelong or jual murah-murah je kat Jom Heboh, ni kan.

Niat aku ni memang tercapai lah. Plan semalam nak pergi pagi, dalam tengahari balik lah. Sebab nak elak dari bersesak dengan ramai orang. Tapi last-last aku pergi malam. Lepas maghrib baru pergi. Fuuhhh.. memang kereta banyak lah kan. Kena lah pandai mencilok. Kalau tak, tak gerak lah kereta tu jawabnya. Tapi jem takde lah teruk sangat. Jem sikit je. Parking pula, yang dekat memang dah full lah kan, kenalah parking jauh sikit. Tapi Alhamdulillah, aku takde lah parking jauh sangat. Rezeki aku, agaknya 😀

Memandangkan aku pergi malam terakhir, aku tengok ada beberapa gerai yang dah tutup. Dah habis lah tu stok barang yang diorang bawa. Tapi, gerai-gerai yang masih buka, masing-masing lelong barang. Fuuhhh… yang ni best. Hehe.. sebab aku memang nak keep stock makanan pun.

Untuk London, siap lelong 2 beg RM 10 lagi tu. 😀 Aku rasa sebelum ni, mesti diorang jual 1 beg, RM 10. Biasalah, diorang nak habiskan stok, kan. Dah last-last ni. Aku pun tak lepaskan peluang yang ada. Biasanya sebelum membeli, aku tengok dulu, apa barang yang ada kat dalam beg tu, sama ada berbaloi atau tidak untuk beli. Setelah difikirkan berbaloi, barulah aku beli :D. Kenalah jimat duit poket juga, kan.

Semua sekali 5 beg aku beli.  Dalam setiap beg ada macam-macam barang. Tapi, untuk memudahkan aku memegang beg-beg yang banyak ni, barang-barang dari 1 beg, aku agihkan ke dalam beg-beg lain. Terasa berat sikit pegang beg-beg ni. Nasib baik aku tak borong softlan. Kalau tak, lagi lah berat nak mengangkutnya.

jualan lelong di jom heboh

Kesimpulannya, aku rasa memang untung pun beli barang kat Jom Heboh ni. Kalau dikira-kira balik jumlah keseluruhan harga barang per normal price dengan yang aku beli di Jom Heboh ni, memang ada banyak perbezaan. Tapi, aku pilih item yang aku minat je lah. Kalau makanan tu aku tak suka, aku tak beli juga. Buat apa nak beli kalau tak suka walaupun diorang offer murah 😀

Aku cuma keluarkan belanja RM40 je untuk ketiga-tiga beg dalam gambar di atas. Sebenarnya, dalam beg tu ada lagi banyak item kecil-kecil yang tidak kelihatan di dalam gambar 😀 Dan ada beberapa kotak biskut dan cookies yang aku dah bagi kawan-kawan aku. So, berkurang sikitlah item dalam gambar tu. Hehe..

Untuk konsert Jom Heboh, aku tengok dari nun jauh di belakang. Nampak pentas dan artis kecik je. Ye lah, jauh sangat di belakang. Time tu, aku tengok Ramlah Ram feat Sleeq (Sesaat Kau Datang), Juara Mentor 6 – Ella dan Carolyne  dan Jinbara. Tapi frust juga aku, sebab Jinbara nyanyi separuh je lagu Kasihnya Laila dan Farhana. Huhu… Aku suka 2 lagu ni. Nak juga dengar live 🙁 Lepas lagu Farhana ni, aku dah melangkah keluar dari Jom Heboh, sempat singgah gerai Julies, beli biskut kegemaran aku 😀 Malas nak tunggu sampai habis concet. Penat tu nak diri. Tak kuasa! Hehe 😛

Sebelum balik, singgah makan kat restoran di kawasan Uda. Aku tak makan kat Jom Heboh, sebab aku tau mahal!. 😀

p/s: pergi lambat-lambat ni, pro nya mungkin ada offer yang lagi hebat. Jualan penghabisan stok. Tapi, cons nya, ada gerai yang dah sold out. So, mungkin terlepas item yang menarik untuk dibeli.

error: Content is protected !!