by syaisya | Nov 8, 2013 | Contest, Ephyra, Review Produk
Ephyra oh Ephyra… idaman saya. Ops! Aku bukan lesbian ya. Aku perempuan tulen. Hehe… Nama macam nama perempuan dah kan, Ephyra ni. Tapi Ephyra ni bukan seorang perempuan, tetapi sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet. Dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato). Bahan-bahan ini tugasnya merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi seri dan kesihatan dalaman dan luaran.
First time aku tahu pasal Ephyra ni ketika blogwalking ke blog salah seorang sifu aku dalam dunia blogging ni. Siapa lagi kalau bukan GTO. Entri bertajuk Apa Itu Ephyra menggamit rasa ingin tahu aku. Paling aku teruja nak baca sebab Bro Eyriqazz ni lelaki. Hik hik… selalu baca review perempuan je kan, kali ni baca review lelaki pula. Lelaki pun nak muka bersih dan awet muda juga tau. Ingat perempuan je ke nak cantik?.
Produk-produk kecantikan dan juga pelangsingan memang laris di pasaran tak kiralah untuk lelaki ke atau untuk perempuan. Ephyra ni, lelaki dan perempuan pun boleh minum. Itu antara keistimewaan Ephyra.
Paket Ephyra. Hanya tuangkan dalam shaker, campur dengan air dan minum. Mudah je!
Banyak sangat produk kolagen di pasaran sekarang ni, kan?. Jadi, apa beza Ephyra dengan kolagen yang lain?
Apa beza EPHYRA dengan collagen lain?:
- EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis “white fish” yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran.
(Bukan sebarangan ikan yang mudah didapati di pasar seperti ikan tilapia, ikan keli , atau ikan siakap tauuuu…)
- EPHYRA menggunakan kolagen yang terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yang kecil, yang mudah diserap oleh badan.
- Kolagen dalam Ephyra mudah diserap – part ni yang paling penting. Tau tak kenapa ramai ambil kolagen tapi lambat nampak kesan? Sebab berat molekul kolagen yang tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul kolagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da). Ia bukanlah tentang berapa banyak kandungan kolagen, tetapi saiz protein tersebut. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan pada badan.
- Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton (sangat mudah diserap oleh badan). Sebab itu dengan minum EPHYRA kita dah boleh nampak kesan seawal 7 hari. Most kolagen di pasaran sekarang 3-4 kotak pengambilan baru nampak kesan.
- Kandungan kolagen EPHYRA cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti kolagen yang banyak untuk sekali ambil tetapi amount yang sedikit dan berterusan. Hati-hati ya kawan-kawan, Lebihan kolagen yang diambil boleh membebankan buah pinggang! Akibatnya, boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi.
- Rasa EPHYRA paling sedap di pasaran, diakui ribuan pengguna EPHYRA.
- Rasa Ephyra memang sedap. Kredit : http://nafnaf9091.blogspot.com
selalunya supplement-supplement ni tak berapa nak sedap. pahit la, payau la, hanyir la tapiiiii seriussss, ephyra sedap gileeee. nak cakap rasa macam air oren twisster pon ada, macam chewing gum pon ada, macam ubat gigi kanak-kanak pon ada. yang pasti sedapppp okkk. gerentiii tekak korang boleh terima sebab aku rasa, tekak aku paaaling teruk kalau makanan atau minuman tu pahit macam sayurrr :p semua jenis sayur tekak aku memang tak boleh telan. 🙂 ~ NadiaFarahida.com
Jom, kita tengok video ni dulu… Apa kata mereka tentang keistimewaan Ephyra:
Kenapa aku teringin untuk mencuba Ephyra?
Apabila aku tengok hasil selepas Eyriqazz meminum Ephyra, memang ada rasa teruja juga lah nak mendapatkan produk ni. Muka aku ni pun masih ada bekas-bekas jerawat lagi cuma tak terlalu ketara. Tepek dengan bedak arab, mak cik aku kata kulit aku putih mulus… Auwww! Hakikatnya tak ada lah mulus nya pun. Lubang-lubang sikit kesan jajahan jerawat yang bermaharajalela satu ketika dulu.
Sebelum dan selepas minum Ephyra
Ok, ni muka Eyriqazz. Jelas nampak ketara sebelum dan selepas minum Ephyra ni, kan?. Kata Eyriqazz lagi,
Alhamdulillah, masalah jerawat lama dan bintik-bintik hitam semakin berkurangan. Muka pun rasa lebih tegang. Rasa macam 2-3 tahun lebih muda.
Blogger lelaki popular ni pula cakap :
Secara jujur aku cakap .. perubahan ketara pada wajah .. Bukanlah jadi ‘ kacak tak hengat punya ‘ tapi terasa tegang dan lembut jer .. Parut jerawat dan bintik hitam pun hilang .
Mestilah aku nak cuba Ephyra ni juga kan. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu nanti hasilnya positif. ^_^ Hilang semua kesan parut jerawat kat muka aku ni.
Kelebihan lain Ephyra
Kelebihan Ephyra
Ephyra ni bukan sahaja untuk mencantikkan lagi kulit wajah, tetapi mempunyai banyak lagi kelebihan lain. Antaranya :
✔Energy booster ~ Ramai yg beritahu, lepas minum EPHYRA kurang sangat2 rasa penat.
Rambut kurang gugur.~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Mmg betul pun sebab collagen kan stimulate hair growth.
✔Sistem pembuangan jadi lawas.~ bantu utk kawal berat badan. Ramai pengguna yang turun berat badan selepas minum EPHYRA
✔Kuku jadi cantik dan bersinar. ~rawat masalah kuku mudah patah
✔Cracked heel berkurang.~ tiada lagi masalah tumit merekah & kering
✔Lingkaran hitam bawah mata berkurang. ~ lebih sekata tona kulit
✔Mengurangkan sakit radang & sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju & tunaikan solat dgn mudah.
Tak percaya? Cer baca ni :
Selain itu, apa yang saya perasan selama sebulan menggunakan Ephyra ini :
1) Lebih bertenaga – Pagi-pagi kadang2 terlupa breakfast. Dengan ephyra ni, minum dan masih boleh bertahan until lunch. Aksi di “Malam” hari pun lebih bertenaga. Hehehe….
2) Lebih Mudah Buat Air Besar – Lawas dan memang selesa
3) Muka semakin kurang berminyak
4) Rasa makin sihat. Lepasni dah boleh dah start balik kembali ke “gym” dan cuba untuk kurangkan berat badan. ~Eyriqazz.com
Apa lagi kelebihan Ephyra?
EPHYRA ialah skin supplement, (minuman tambahan utk kecantikan kulit), tetapi bukan kulit sahaja yang akan dapat manfaat. Bahagian yang lain pun dapat manfaatnya. Antara lain manfaat yang menarik perhatian aku ialah Ephyra ni boleh mengurangkan rambut gugur.
Kesan Ephyra terhadap Puan Shila >> http://shilashower.blogspot.com/2012/08/ephyra-in-house.html
Selamat ke minum Ephyra ni?. Tak bahaya ke?
Ok, yang paling penting, Ephyra ni HALAL dan selamat untuk diminum. Meh tengok sijil KKM dan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Holaa… Ephyra ni baik untuk kesihatan dan juga untuk menambahkan tenaga!. Must try ni. Aku ada masalah rambut gugur yang kronik… Oh oh oh… Tak sanggup tengok rambut-rambut yang keguguran layu tak bermaya. Sedih betul. Lama-lama nanti botak pula aku. 🙁
Ok, aku nak dapatkan Ephyra ni. Kalau dapat FREE lagi best, kan ^_^.
Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :
1) Website official – www.oceanlife2u.com
2) Facebook- www.facebook.com/oceanlife2u
3) Instagram- ephyra2u
4) Meh tengok apa kata mereka yang dah minum Ephyra ni – Youtube Ephyra
” Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com dan ditaja oleh OceanLife2u.com ”
by syaisya | Oct 15, 2013 | Buat duit, Buat Duit Dengan Blog, Buat Duit Dengan Internet, Contest
Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Sejak berblogging 3 tahun yang lalu, banyak yang telah aku belajar tentang buat duit dengan blogging. Walaupun tujuan asal aku buat blog bukanlah untuk buat duit dengan blog, tetapi setelah 5 bulan aku berblogging, aku mula belajar cara-cara untuk buat duit dengan blogging.
Buat Duit Dengan Nuffnang
Ya. Benda pertama yang aku belajar buat duit dengan blog ialah buat duit dengan Nuffnang. Tapi pada masa tu, target aku bukannya nak dapat duit dengan iklan yang ada di Nuffnang. Fokus aku masa tu ialah untuk dapatkan duit RM 30 untuk setiap entri yang dihasilkan. Ketika itu, ada projek Alpha Nuffnang. 30 orang pertama yang berjaya submit entri blog berdasarkan tajuk yang diberi akan dapat RM30.
Masa tu tengok blogger-blogger dapat duit dari projek tu, best je. Aku pun nak lah, tapi tak pernah dapat. Sebab tajuk entri selalu keluar masa aku tengah kerja. Bila aku balik kerja, cek kat website Nuffnang, dah ramai dah hantar. Huhu… habis quota sudah. Jadi, tak dapatlah aku merasa duit Nuffnang dari Projek Alpha tu sampai ke sudah. Huhuu… Sedih juga lah, sebab memang aku nak duit tu kan. Tak lama lepas aku join Nuffnang tu, projek Alpha tu pun tamat.
Tapi, walaupun aku tak dapat sesen pun dari Projek Alpha tu, aku dapat duit dari iklan Nuffnang yang tersiar di blog. Masa tu rasa memang best juga lah. Walaupun baru 5 hari join Nuffnang, aku dah dapat duit dari Nuffnang. Itulah duit dari blog yang pertama yang aku dapat, iaitu 50 sen. ^_^ Of course aku rasa happy sebab aku ada terbaca yang ada blogger yang dah setahun pasang iklan Nuffnang pun masih lagi tak dapat duit dari Nuffnang.
Apa rahsia untuk dapat iklan Nuffnang?. Owh, itu aku pun tak tahu kenapa aku pasang je iklan Nuffnang, dapat duit terus pada minggu pertama usia akaun Nuffnang aku. Mungkin sebab trafik juga kot. Aku ada juga terbaca blogger lain bagi tips. Walaupun Nuffnang tak kenakan syarat trafik, tapi lebih baik bila trafik blog dah cecah 100 UV (unique visitor) sehari, barulah apply Nuffnang. Wallahualam. Sejauh mana betul tip ni aku pun tak tahu. Kena test lah.
Kemudian, lepas satu-satu iklan Nuffnang muncul di blog aku ni sehingga aku dapat BE (buffered earning). Yang ni lagi best lah, sebab Nuffnang beli trafik kita. Tak lah harapkan orang klik iklan baru dapat duit. Orang masuk je dalam blog kita, dah dapat duit terus. Cuma, berapa banyak trafik yang Nuffnang beli tu, memang tak tahu.
Ada BE yang nilainya besar, ada juga yang nilainya kecil. Mula-mula memang dapat BE yang ciput-ciput je. Dapatlah RM 1+, RM 3+, RM 6+ untuk 1 BE. Tapi lama-lama, boleh dapat sehingga berpuluh-puluh ringgit untuk 1 BE.
Best?. Memang best lah. Sehinggalah satu kejadian di mana earning ku dipotong separuh sebab yang aku sendiri pun tak tahu. Aku hantar tiket pada Nuffnang, Nuffnang kata sebab aku ada tukar template. Erk… aku rasa konfius dan kecewa.
Disebabkan kekecawaan ini (bukan kekecewaan yang pertama sebenarnya aku dan Nuffnang),sebab dah beberapa kali kena potong earning tak pasal-pasal, maka aku mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan duit dengan blogging.
Ya, memang aku buat blog bukan semata-mata untuk dapat duit. Cuma, bila aku dah dapat, Nuffnang dah beri, tapi dipotong separuh earning tu, aku jadi rasa sakit hati. Dah dah diberi lepas tu tarik balik. Lain lah kalau memang tak diberi terus. Aku ok je, tak meminta pun.
Frust punya pasal. aku pun cari jalan lain. Yang mana aku nampak, yang ni lagi masyuk Apa dia?. Affiliate lah. Promote ebook je. Aku mengkaji dan belajar buat duit dengan affiliate dari seorang blogger tauke cendol banting ni. Dia juga penulis ebook buat duit dengan affiliate menggunakan teknik SEO yang sangat istimewa.
Buat Duit Dengan Affiliate
Buat duit dengan affiliate bukanlah perkara yang mudah bagi aku. Tapi memang boleh dapat duit dengan mudah melalui program affiliate ni. Apa perkara pun yang kita nak buat, perlu ada ilmu dulu. Kena belajar. Banyak yang aku pelajari melalu program cabaran-cabaran affiliate yang aku sertai. Dari situ, aku mula berfikir dan mengkaji bagaimana caranya otai-otai affiliate berjaya buat duit sehingga 30 ribu dalam hanya seminggu je. Waduh, masyuk sungguh.
Buat duit dengan affiliate menggunakan blog memang ada cabarannya yang tersendiri. Mula-mula tu, memang sampai nak menangis aku, tengok penat-penat buat entri tapi tak ada 1 sales pun yang masuk.
Aku ubah-ubah entri, aku belajar macam mana nak buat entri yang boleh menjual sehingga lah pecah telur. Maksudnya, sehingga lah sales terhasil. PEcah angka kosong di dashboard affiliate tu. Masa tu rasa gembira tak terkata. Sales pertama yang kemudiannya menghasilkan jualan yang berikutnya.
Bahagia, gembira, bila dapat RM 1k lebih dalam masa seminggu je. Ya, sebab tu aku kata lebih masyuk buat duit dengan affiliate. Nuffnang, 2 tahu baru aku boleh dapat RM 1k +. Sebab aku tak pernah dapat Sponsored Post dari Nuffnang. Kalau nak buat duit masyuk dengan Nuffnang, kena dapatkan sponsored post lah. 🙂
Apapun, walaupun aku mengajuk dengan Nuffnang, aku tak terfikir lagi untuk menceraikan Nuffnang. Sehingga ke hari ni pun, aku masih lagi dapat duit dari Nuffnang. Walaupun tak banyak, tapi Alhamdulillah. Boleh lah buat bayar hosting setiap tahun. Memang rasa berterima kasih sangat dengan Nuffnang. Sebab kejadian-kejadian tu lah. aku buka mata untuk mencari peluang lain.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, kan ^_^. Pengalaman buat duit dengan blog memang best!
by syaisya | Sep 30, 2013 | Segmen
Weehuu… sempat lagi aku nak join Segmen Aku Mahu Ditegur ni walaupun last minit. Aku rasa tu memang kepakaran aku. Buat kerja last minit.
Kenapa aku mahu ditegur?
1. Untuk meningkatkan mutu blog ni.
2. Aku nak jadi blogger yang lebih high class 😀
3. Aku memang suka je kalau orang tegur untuk kebaikan.
4. Sebab aku nak orang lain tegur aku. Kalau tak korang tak nak tegur.
5. Sebab aku nak ditegur lah. Boleh gitu?. Hehehe… jangan marah. Ni lah gaya penulisan aku bila dah penat. huhu..sob sob.
Ok, sekarang boleh lah tegur blog aku ni diruangan komen. Anyway, memang aku tengah nak repair blog ni pun. Bila dah lama ditinggalkan, macam-macam berlaku kat blog ni. Kerja-kerja membaik pulih masih belum complete. Meh tegur meh.
p/s : Gambar cilok dari Eyriqazz.
by syaisya | Jul 19, 2013 | Giveaway
Semalam selamat join GA ke-5.
So, now GA ke-6 pula.
Penutup. Cukuplah ni 6 GA. Lepas ni siapkan entri contest pula. 😀
Hadiah untuk pemenang:
Pemenang Pertama: Baju Muslimah (RM55-RM60)
Pemenang Kedua: Tudung Awning (RM45-RM50)
Pemenang Ketiga: Shawl atau Tudung Bawal (RM35-RM40)
Pemenang Keempat: Shawl atau Tudung Bawal (RM25-RM30)
Pemenang Kelima: Shawl atau Tudung Bawal (RM15-RM20)
5 pemenang saguhati: Topup bernilai RM10
PEMENANG DIPILIH SECARA RANDOM.ORG.
*Giveaway ini akan terbatal sekiranya peserta kurang dari 100*
So, taglah ramai rakan anda.
Giveaway ini berlangsung dari 12 Julai 2013 sehingga 30 Julai 2013
Pemenang akan diumumkan pada 31 Julai.
Ramai dah join. Don’t worry.
Nak join? Klik je banner tu. Macam biasalah kan ^_^
by syaisya | Jul 18, 2013 | Giveaway
Ok, GA ke-4 settled.
Now join GA ke-5:
GA yang ni senang je. Takde kena like dan follow banyak-banyak blog or page macam GA lain yang aku join.
MULA : 12 Julai 2013 (00:00AM)
TAMAT : 30 Julai 2013 (00:00PM)
Pemenang akan di umumkan pada 2 Ogos 2013
Nak join?. Macam biasa klik je banner di atas tu.
by syaisya | Jul 17, 2013 | Giveaway
Yeay. GA ke-3 settle join semalam.
Masa untuk join GA ke-4 ni pula.
Amboi! Banyaknya join GA. Biasalah aku, bila tiba angin monsun GA melanda, memang banyak lah aku join.
Double Trouble Giveaway 2013 by Syan Punya Belog & SyahirahFS.
Di Sponsor oleh :
Liz Amon Collection ,
Abylla Studio ,
Saljiah Craft,
Dressuana ,
Pen drive Comel ,
Hijab Pilihan,
Legasi Niaga Anak Bajau ,
Тυ ʇɥǝ sɥod , butikpinkku , Kain Pasang Online Shop, Handmade bag/ Craft CT n Honey , Sya’s Craft , Kedai Cetak Cenderahati , ShawlToLove , Its Meyous, My Bawal Project, Insyiraah Collection , Nur Be’lla Collection, Hijab Hanan Humairah , Anis Shahira, Cap Ayam Brand- Janji ORI , Nadratul Syazwana , Shadira , Nadira Kushari , Nasuha , Geekin’ Beat , Azwar Syuhada, Thianis Fashion Lab , Be.You.tiful .
++100 HADIAH UNTUK DIMENANGI!!
Banyak hadiah ok! 100 ok! Jom join. Klik je banner.
Tarikh tutup : 22 Julai 2013.
Masih ada masa untuk join!