Sinopsis, Tonton Online, Download Eksperimen Cinta Tv3

Sinopsis, Tonton Online, Download Eksperimen Cinta Tv3

Eksperimen Cinta – Tonton Online, Download Percuma, Sinopsis dan Pelakon

tonton-online-download-dan-sinopsis-eksperimen-cinta-tv3

Ohoi… Sekarang ni aku dah terlayan Drama Eksperimen Cinta ni pula. Bukan apa, sejak tamat drama Suamiku Encik Sotong, Menantu 10 Ribu dan Maid, aku dan mak dah tak nak terjebak lagi dengan drama-drama bersiri ni.

Tapi, nak dijadikan cerita, masa raya rumah sepupu aku hari tu, dia buka Drama Eksperimen Cinta ni pula. Bila tengok tu, cerita ni kelakar lah pula. So, aku tertengok, terlayan, dan mulalah aku tonton online dan download Eksperimen Cinta ni. Sebab masa aku start tengok tu dah episod 17. Dah jauh sangat, dah nak dekat habis dah pun. Haha!

Tapi takpe, zaman sekarang ni mudah. Tak boleh tengok live dekat tv, kita tonton online dekat laptop je. Kalau download, siap boleh maarathon lagi. Gitu!

Aku terpaksa download dulu Eksperimen Cinta ni, sebab internet ni agak slow. Kalau tonton online, sangkut-sangkut, sangat tak best!

Ok, bagi yang baru je nak berkenalan dengan drama Eksperimen Cinta yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam di Slot Dahlia tv3 ni, boleh lah baca Sinopsis Eksperimen Cinta di bawah ni, ye 🙂

SINOPSIS EKSPERIMEN CINTA

Kali pertama bertentang mata, Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yangg lain daripada perempuan lain di sekelilingnya. Sangat tak terduga sikapnya. Tengku Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, semata-mata hanya untuk bereksperimen cinta.

Hakikatnya, perkahwinan itu adalah untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.

Kehidupan mereka berubah apabila duduk serumah. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu. Kehadiran Salmi yangg cuba menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Damia selagi lafaz talaq tidak terucap, selagi itu maruah Aaron akan dijaga.

PELAKON ESPERIMEN CINTA

Fahrin Ahmad sebagai Tengku Aaron

Izreen Azminda sebagai Damia Farisha

Ammar Alfian Aziz sebagai Adam Haris

Mira Filzah sebagai Suraya

Faye Kusairi sebagai Salmi

Mimi Lana sebagai Mellisa

Ryiena Ismail sebagai Nana

Sherry Ibrahim sebagai Seri

Mei Fenlim sebagai Lucy

Mas Khan sebagai Marcelo

LAGU TEMA / OST EKSPERIMEN CINTA

Tajuk Lagu : Mungkin Kamu
Artis : Sissy Iman

TONTON ONLINE & DOWNLOAD ESPERIMEN CINTA

Klik link di bawah untuk download atau tonton online drama Eksperimen Cinta mengikut episod yang anda mahu tonton 🙂

Episod 1 : Tonton | Download

Episod 2 : Tonton | Download

Episod 3 : Tonton | Download

Episod 4 : Tonton | Download

Episod 5 : Tonton | Download

Episod 6 : Tonton | Download

Episod 7 : Tonton | Download

Episod 8 : Tonton | Download

Episod 9 : Tonton atau Download

Episod 10 : Tonton atau Download

Episod 11 : Tonton atau Download

Episod 12 : Tonton atau Download

Episod 13 : Tonton atau Download

Episod 14 : Tonton atau Download

Episod 15 : Tonton atau Download

Episod 16 : Tonton atau Download

Episod 17 : Tonton atau Download

Episod 18 : Tonton atau Download

Episod 19 : Tonton atau Download

Episod 20 : Tonton atau Download

Episod 21 : Tonton atau Download

Episod 22 : Tonton atau Download

Episod 23 : Tonton atau Download

Episod 24 : Tonton atau Download

LOVE YOU MR. ARROGANT DRAMA AKASIA TV3 BEST JUGA

LOVE YOU MR. ARROGANT DRAMA AKASIA TV3 BEST JUGA

love you mr arrogant drama akasia tv3

Haha… Mula-mula ingat tak nak layan drama Love You Mr. Arrogant ni lepas layan drama Cinta Jannah. Tapi, terdonwload dan tertengok pula drama Akasia ni. Haish2… bila dah tertengok tu faham-faham je lah. Terfollow lah jawabnya.

Memang musim novel dijadikan drama. Sebenarnya Saya Isteri Dia, Suami Ku Ustaz, Jodoh Itu Milik Kita… Owh… memang banyak lah. Anyway, aku tak baca pula novel Love You Mr. Arrogant ni walaupun novel ni memang novel terlaris di MPH. Novel Kampung Girl pun aku tak baca juga. Tapi layan je drama ni.

Sekarang ni tengah download Sebenarnya Saya Isteri Dia pula. Habis lah aku, dok layan drama je lah kerjanya. Dush dush dush!. Anyway, aku suka juga tengok watak heroin drama Lou You Mr. Arrogant. Dia selamber je. Ye lah kan, kalau dah berdepan dengan Mr. Arrogant, haruslah selamber je. Kalau nak sentimental sangat, haru lah tiap hari berendam air mata.

Bila tengok cerita ni, rasa macam nak beli novel dia lak. Nak baca. Hohoho.. Dah lama tak beli novel. Tapi sekarang aku tengah baca novel Sunan Musafir, lepas berjaya khatamkan novel Vernom Suria. 😮

pelakon love you mr arrogant tv3

PELAKON LOVE YOU MR ARROGANT

Zya Zara – Zara

Azlee Khairi – Zaril Irham

Anzalna Nasir – Fiz

Hanis Suraya – Sherry

Norish Karman – Datim Mariam

Mustapha Kamal – Dato’ Zaid

DIANDRA SLOT LESTARY TV3 | PELAKON, SINOPSIS, TONTON ONLINE, DOWNLOAD

DIANDRA SLOT LESTARY TV3 | PELAKON, SINOPSIS, TONTON ONLINE, DOWNLOAD

DIANDRA SLOT LESTARY TV3

 

Drama Diandra menggantikan Drama Kisah Cinta di Slot Lestary TV3 bermula 20 Ogos 2013. Drama sebanyak 13 episod ini ditayangkan setiap Selasa jam 9 malam.

diandra lestary tv3 SINOPSIS PELAKON DOWNLOAD TONTON ONLINE

PELAKON DIANDRA

Aiman Hakim Ridza (Adam Fahmy)

Nur Fathia (Puteri Diandra)

Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Fikri – Bapa Diandra)

Nur Risteena

Shawal Ruslan

Qazem Nor

Nizam Zaidie

Amran Ismail

Yaya Maembong

SINOPSIS DIANDRA

Diandra atau nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri merupakan anak  kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang  lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya,  ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya  tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan  ayahnya.

Adam Fahmi pula merupakan seorang aktor yang sangat  terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga  membuatkannya sentiasa popular di kalangan peminatnya. Adam menjadi pujaan ramai  dan apa sahaja drama dan filem yang dia berlakon pasti menjadi ‘box office’. Dek  kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga  dia menerima ugutan bunuh.

Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil  seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan  jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal  mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan  tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama.

Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala  Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang  selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam sehingga suatu hari  mereka bergaduh lagi di lokasi penggambaran, dimana Diandra yang tidak tahan  diperli telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong  kerana sikap ego Adam yang seringkali menyakiti hati orang lain. Akhirnya,  Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan  hampir lemas.

Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima  rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati  Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Adam juga mula berbaik-baik dengan  Diandra dan sudi berkongsi masalah dengannya. Lama-kelamaan, Diandra mula  mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas  kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih.

Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra.  Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar  Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan  untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya.

Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa  kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan  perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta? Semuanya bakal  terjawab dalam DIANDRA.

DOWNLOAD DRAMA DIANDRA TV3

Aku download drama Diandra ni kat nescoo.

TONTON ONLINE DIANDRA SLOT LESTARY TV3

Sambil-sambil download tu, aku tengok drama Diandra ni online di kle-peq.

Sinopsis diambil dari pereka cerita. Kat pereka cerita ni pun ada link download. Boleh lah download dan tengok bila-bila masa free. 🙂

p/s: Dah lama tak layan drama Melayu sejak aku letak semula tv di rumah. Tertengok drama Diandra ni pun masa makan kat kafe. Tengok-tengok, best juga. 😀

BRIDAL MASK CERITA KOREA YANG BEST

BRIDAL MASK CERITA KOREA YANG BEST

Bridal Mask

Baru je habis tengok cerita drama bersiri Korea, Bridal Mask ni. Mula-mula tengok cerita ni ada 28 episod, takut juga nak tengok. Sebab tahu nanti banyak lah masa yang aku akan gunakan untuk tengok cerita ni. Beberapa hari jugalah baru habis tengok. Bridal Mask ni bukan drama baru. Ni drama tahun lepas.

Bridal Mask

Bridal Mask ni cerita pasal balas dendam. Si abang (Kang San) bunuh orang-orang yang bunuh bapanya, yang merupakan satu organisasi yang nak memerintah Korea dan juga negara-negara Asia yang lain. Bila nak bunuh orang je, dia pakai topeng. Si adik (Lee Kang To) pula polis. Sangat bersemangat nak bunuh Bridal Mask ni tanpa tahu yang Bridal Mask ni sebenarnya abang kesayangan dia.

 

Shin Hyun Jun sebagai Lee Kang San Bridal Mask 1

 Shin Hyun Jun sebagai Lee Kang San dan Bridal Mask 1

Kang San ni pura-pura terencat akal untuk meneruskan misi balas dendam ni. Mak dia pun tak tahu yang dia sebenarnya normal.  Tapi satu hari tu dia kantoi juga. Masa mak dia tahu tu juga, Kenji ( abang kepada kawan baik Lee Kang To), juga merupakan seorang polis yang benci Lee Kang To, muncul. Sebab dia dapat agak yang Bridal Mask tu Kang San. Dia suruh Kang San mengaku, dan arahkan pistol ke arah mak dia. Tapi mak berkorban, tak bagi Kang San mengaku. Kenji tak sengaja tertembak mak dia.

Kang San sedih dan marah. Selepas baringkan mayat mak dia, dia cari Kenji dan cuba bunuh Kenji dengan berpakaian Bridal Mask. Tapi Kang To pula tembak dia.  Memang dia nak sangat bunuk Bridal Mask. Bridal Mask melarikan diri dan pulang semula ke rumah. Kang To follow. Baru lah dia tahu Bridal Mask tu abang dia. Bridal Mask mati.

Joo Won sebagai Bridal Mask Lee Kang To

Joo Won sebagai Bridal Mask 2 dan Lee Kang To

Selepas dapat tahu kenapa abang dia jadi Bridal Mask, Kang To pula jadi Bridal Mask untuk balas dendam kematian abang dia dan sambung perjuangan abang dia. Kang To dapat bunuh Kenji, tapi adik Kenji nampak dia. Adik Kenji ni kawan baik Kang To (Shunji). Haaa… Gitu lah ceritanya. Shunji pula balas dendam atas kematian abangnya. Beriya nak bunuh Bridal Mask, tanpa tahu yang Bridal Mask tu kawan baik dia.

Park Ki Woong sebagai Kimura Shunji Bridal Mask 2

Park Ki Woong sebagai Kimura Shunji

Drama ni berlatarbelakangkan Korea pada era 30-an. Era di mana Korea dijajah oleh Jepun. Jadi, selain dari kisah balas dendam, sekali dengan kisah rakyat Korea bangkit memperjuangkan kemerdekaan. Dalam cerita ni juga ada unsur-unsur cinta tiga segi. Bukan antara 3 orang, tapi 3 segi antara Kang To – Shunji – Mok Dan, Rara – Kang To – Katsuyama. Ehehe… Tapi cinta yang berbalas hanyalah antara hero dan heroin iaitu Kang To dan Mok Dan. Mok Dan ni anak pemberontak (Dam Sari), yang memperjuangkan kemerdekaan Korea.

Jin Se Yun sebagai Oh Mok Dan Boon Yi Esther Bridal Mask

Jin Se Yun sebagai Oh Mok Dan Boon Yi Esther

Ok, ni cerita aksi, ditambah unsur percintaan.  Oleh yang demikian, ada banyak scene lawan-lawan. Ok, of course aku skip bila tiba part lawan-lawan. Tengok sikit-sikit je nak tahu siapa yang mati, Bridal Mask cedera tak…. Kalau tak, lambat lah nak habiskan 28 episod. Selalu cerita Korea dalam 24 episod je, atau kurang.

Anyway, cerita ni memang best. Jelas menunjukkan yang balas dendam ni hanya akan menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban. Selain dari tu, cinta tak boleh dipaksa. 😀 Ada banyak part yang touching.

Siapa yang nak tengok boleh lah tengok. Tapi aku bagi amaran awal-awal lah. Cerita ni panjang. 28 episod. Ada banyak pergerakan yang slow juga, macam tenung orang lama-lama sebelum nak mulakan dialog.. Hehe.. Sudah tentulah aku banyak kali skip.

Drama Bridal Mask (juga dikenali sebagai Gaksital) menang Drama of The Year dalam 13th Republic of Korea National Assembly Awards, 2013. Selain dari itu, Hero (Joo Won) dan heroin ( Jin Se-Yeon) banyak juga menang award untuk drama ni.

Bridal Mask cerita korea best

Ok. Kebelakangan ni banyak juga cerita Korea yang aku layan. Lepas satu, satu aku layan. Tengok drama korea ni online je, kat epdrama.com. Sebenarnya, mula-mula aku nak tengok Protect The Boss. Hish……  Lepas ni stop sekejap. Siapkan thesis. Hehe.. Kejar deadline yeop!

AARON AZIZ PENGACARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

AARON AZIZ PENGACARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

fear factor selebriti malaysia

Fear Factor Selebriti Malaysia

Demam  Fear Factor Selebriti Malaysia kini sedang melanda seantero Malaysia. Kalau tengok FB Fear Factor Selebriti Malaysia, setakat hari ini, 16 Januri 2013, ada 15, 662 orang likers. Wow! Memang angka yang besar. Ini jelas menunjukkan bahawa rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia ini mendapat sambutan hangat dari penonton.

Sebenarnya program Fear Factor ini dah pun lama bersiaran di kaca saluran AXN. Konsep Fear Factor memberikan cabaran yang sangat getir untuk para peserta di mana cabaran itu menguji sejauh mana peserta melawan ketakutan seperti takut pada tempat tinggi, takut pada haiwan, takut pada tempat yang sempit dan macam-macam lagi.

Fear Factor Selebriti Malaysia akan disiarkan mulai 29 Disember 2012, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

Aaron Aziz Sebagai Pengacara Fear Factor

aaron aziz fear factor selebriti Malaysia

Aaron Aziz pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia

Aaron Aziz diamanatkan sebagai pengacara program ini. Sebagai pengacara, untuk mempromosikan rancangan ini, Aaron Aziz tidak terlepas daripada melakukan lima (5) cabaran untuk mempromosikan rancangan ini. Antaranya :

  • Melakukan cabaran jatuh daripada banngunan (free fall) setinggi 9 tingkat.
  • Melakukan aksi didalam kereta yang diterbalikkan.
  • Duduk didalam kontena yang dipenuhi dengan ular.
  • Menggantungkan dirinya pada tali helikopter yang sedang bergerak.
  • Melakukan aksi didalam air (atas sebab kesihatan, Aaron Aziz dinasihatkan untuk tidak melakukan aksi tersebut

Disamping mempunyai pakej yang lengkap untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan sebagai pengacara rancangan yang mencabar ini, Aaron Aziz menepati syarat dan kehendak program tersebut bertepatan dengan penampailan dan juga daya ketahanan yang dimilikinya selain pernah mengacarakan beberapa rancangan televisyen di Singapura.

Jom kita tengok dan dengar Aaron Aziz menceritakan pengalamannya bersama Fear Factor.

Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia

Antara peserta Fear Factor Selebriti Malaysia ialah Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin.

Hadiah untuk juara Fear Factor Selebriti Malaysia ini memang tinggi sehingga mencecah RM 200, 000.  Siapa pula yang bakal ditabalkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia?. Siapakah artis pilihan anda?.

Untuk maklumat lanjut, layari website rasmi Fear Factor Selebriti Malaysia.

Entri ini ditulis bagi Projek 10 Bloggers Eyriqazz.Com.

Sumber: Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia, Aaron Aziz di Fear Factor Selebriti Malaysia

error: Content is protected !!