KURSUS PERCUMA UNTUK MENJADI USAHAWAN EMAS YANG BERJAYA

KURSUS PERCUMA UNTUK MENJADI USAHAWAN EMAS YANG BERJAYA

Satu pengalaman yang mengujakan apabila dapat menghadiri Kursus Professioanl dan Keusahawanan GSR (Gold Silver Resources Sdn Bhd). GSR bukan sekadar membekalkan EMAS pada HARGA BORONG, tetapi menyediakan latihan dan kursus untuk memastikan para pengedarnya berjaya sebagai usahawan emas dengan modal yang kecil sahaja.

Berikut adalah suasana sekitar Kursus Profesional & Keusahawanan GSR Siri 4- 2013 selama 2 hari 1 malam yang diadakan di Grand Ball Room De Palma Shah Alam pada 2-3 Mac 2013. Kursus ini senenarnya bernilai RM1,500 tetapi diberikan secara PERCUMA khas untuk pengedar GSR. Berbaloi–baloi! 😀

 

GSR mempunyai PAKAR dalam pelbagai bidang yang sentiasa sedia membantu dan melatih para pengedarnya untuk berjaya dalam bidang perniagaan EMAS dan PERAK.

KURSUS PROFESSIONAL & KEUSAHAWANAN GSR

 

Kursus keusahawanan ini merangkumi pelbagai topik yang meliputi semua aspek secara menyeluruh dalam usaha mendidik dan menyiap sediakan diri pengedar untuk menjadi usahawan emas dan perak.

Topik : KENALI POTENSI DIRI

Speaker: PUAN HANA….

Seorang yang pakar dalam bidang motivasi di Malaysia. Dibawa khas untuk pengedar GSR untuk mengenali diri lebih mendalam lagi dan pastinya luar biasa akan menanti mereka di luar nanti. Kadang kala kita sendiri tidak tahu potensi yang ada dalam diri kita. Dalam slot ini, peserta bukan sahaja dapat mengenali potensi diri sendiri, malah dapat mengenali karakter prospek dan pelanggan. Ini penting untuk mengetahui cara untuk berhadapan dengan pelanggan, yang pastinya mempunyai karakter yang berlainan dan seterusnya dalam membuat jualan.

Photo: UPDATE KURSUS : Topic - KENALI POTENSI DIRI  - By Speaker PUAN HANA....orang yang pakar dalam bidang motivasi di Malaysia. Di bawa khas untuk PENGEDAR GSR mengenali diri lebih mendalam lagi dan pasti ye luar biasa akan menanti mereka di luar nanti........

 

Topik : SISTEM KEWANGAN & OPERASI PRODUK

Speaker: Tuan Khairul Amree

Pakar dalam bidang kewangan & emas dan perak . Dibawa Khas untuk Membantu pengedar GSR berjaya dalam bidang perniagaan. Tidak dapat dinafikan, pengurusan kewangan adalah penting bagi setiap individu.

Photo: UPDATE KURSUS : Topic - SISTEM KEWANGAN & OPERASI PRODUK - Tuan Khairul Amree - Pakar dalam Bidang Kewangan & Emas Perak . Dibawa Khas untuk Membantu pengedar GSR berjaya dalam bidang perniagaan....

 

Topik: TEKNIK JUALAN DAN KOMUNIKASI

Speaker : Puan Yushida

Pakar dalam Komunikasi dan Sumber Manusia. Teknik komunikasi itu penting bagi menghasilkan komunikasi yang berkesan. Kami diajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Photo: UPDATE KURSUS : 3/3/2013 - TEKNIK JUALAN DAN KOMUNIKASI - Speaker : Puan Yushida  pakar dalam Komunikasi dan Sumber Manusia..dibawa khas untuk Pengedar GSR dengan PERCUMA. Hanya yang terbaik di GSR....kepada mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan emas perak..GSR menyediakan platform untuk anda menjalankan perniagaan dengan modal kecilan dan latihan diberikan secara PERCUMA.

 

Role Play @ Simulasi bagaimana bertemu prospek dan closing deal.

GSR membantu melatih kaedah terbaik dalam closing deals dengan mengenali karakter prospek. Ilmu tanpa diamalkan adalah sia-sia. Maka, setelah mempelajari teknik mengenali karakter prospek serta teknik komunikasi yang berkesan, peserta perlu melakonkan sesi sebenar pertemuan bersama prospek mengikut situasi yang direka oleh kumpulan masing-masing dan perlu melakonkan watak masing-masing di pentas. Para speaker dan juga peserta lain akan memberikan komen dan cadangan terghadap persembahan setiap kumpulan agar kelemahan dapat diperbaiki.

Sekarang adalah contoh famili ini sedang planning untuk mendapatkan barang kemas untuk hantaran kahwin :

Photo: Role Play @ Simulasi bagaimana bertemu prospek dan closing deal. Skrg contoh famili ini sdg planning utk mendapatkan barang kemas utk hantaran kahwin..</p><br /><br /><br /><br /><br /><br /><br /> <p>GSR membantu anda kaedah terbaik dlm closing deals dgn mengenali karakter prospek anda....

 

Setiap kumpulan dinilai dan mereka ini adalah Kumpulan terbaik!

 

 

 

EXAM time.

Dalam GSR ada ujian yang perlu anda lalui untuk berjaya. Kepakaran kami dalam melahirkan usahawan yang berjaya.

 

Photo: EXAM time....dalam GSR ada ujian yg perlu anda lalui untuk berjaya..kepakaran kami dlm melahirkan usahawan yg berjaya....

GSR Menuju Puncak!

Photo: GSR MENUJU KE PUNCAK .........

Diakhir kursus, setiap peserta akan mendapat watikah perlantikan sebagai peniaga emas dan perak GSR.

YESSSSS..Kami sudah KONVO !!! ANDA SEMUA BILA LAGI ???

kursus keusahawanan emas dan perak percuma GSRWajah-wajah ceria peserta Kursus Keusahawanan Emas Perak GSR setelah ditauliahkan

Semuanya dibawa khas untuk Pengedar GSR dengan PERCUMA. Hanya yang terbaik di GSR. Kepada mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan emas dan perak, GSR menyediakan platform untuk anda menjalankan perniagaan dengan modal kecilan dan latihan diberikan secara PERCUMA.

GSR percaya dengan ilmu yang diberikan, dapat melahirkan ramai usahawan emas dan perak yang berjaya. Tanpa ilmu, siapalah kita.

KELEBIHAN PENGEDAR GSR

Anda pasti tertanya-tanya, apa kelebihan menjadi pengedar GSR selain dari diberikan Kursus Keusahawanan dan Professional Emas dan Perak yang bernilai RM1500 secara PERCUMA ini. Klik link ini untuk mengetahui >> KELEBIHAN PENGEDAR GSR <<

Anda juga boleh menjadi usahawan emas dan perak yang berjaya. Hubungi saya, di talian 019-626382o untuk mengetahui caranya. Saya sedia membantu anda yang ingin BERJAYA dengan EMAS dan PERAK 😉

p/s: Dalam usaha untuk memberi ilmu mengenai simpanan emas dan perak kepara orang ramai, kami di GSR turut menyediakan Program Pembangunan Usahawan Emas Perak GSR di serata Malaysia secara PERCUMA. Klik link ini untuk >> SENARAI JADUAL PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN EMAS PERAK GSR <<

ANDA BOLEH, JIKA ANDA MAHU!

 harga emas

Call/SMS/Whatsapp: 019-6263820

FB: Kedai Emas Sya Isya

Webstore : www.emas916.my

email: emasgsr[at]gmail.com

HARGA EMAS 2013: HARGA EMAS DIJANGKA CECAH AS1,800 SEAUN

HARGA EMAS 2013: HARGA EMAS DIJANGKA CECAH AS1,800 SEAUN

Harga emas semasa 2013 ramalan terkini

Harga emas 2013 dijangka naik

Sebab harga emas naik: Didorong permintaan kukuh pasaran terbesar di China, India

Harga emas dijangka meningkat mencecah AS$1,800 seaun tahun ini, naik lapan peratus daripada harga semasanya selepas berlegar dalam paras AS$1,600 hingga AS$1,700 sejak 2011, kata ahli urus niaga emas tempatan.

Unjuran peningkatan itu, kata mereka bersandarkan permintaan kukuh emas sebagai alat pelaburan jangka panjang dan pelindung inflasi, khususnya dari pasaran pengguna terbesar logam berharga itu iaitu di China dan India.

Harga emas meningkat kira-kira tujuh peratus tahun lalu, iaitu kenaikan untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Aliran kenaikan itu antara yang paling lama berlaku bagi harga komoditi.

Emas mencecah rekod tertinggi sekitar AS$1,920 pada September 2011, apabila krisis hutang Eropah yang semakin buruk ketika itu mencetuskan belian besar-besaran.

Pengurus Pemasaran Poh Kong Holdings Bhd, Elizabeth Choon (gambar), berkata emas tetap menjadi antara alat pelaburan diminati dalam kalangan pelabur yang mahukan pulangan jangka panjang.

Pelabur termasuk di Malaysia, katanya, dijangka terus membeli jongkong dan syiling emas sebagai satu bentuk opsyen pelaburan di samping membeli barang kemas untuk mendapatkan pulangan simpanan nilai akan datang.

pix_gal0

Graf pergerakan harga emas

Pelaburan emas: Pelaburan Jangka Panjang

“Pelaburan emas adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Memandangkan permintaan pasaran global terhadap emas lebih tinggi daripada bekalan, harganya dijangka menjadi lebih tinggi pada masa akan datang, termasuk tahun ini,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Poh Kong, peruncit barangan kemas dan produk emas senaraian awam terbesar di negara ini menghasilkan produk jenama sendiri menerusi kilang pengeluaran miliknya.

Antara jenama barangan kemas miliknya ialah Tranz, Anggun, Auspicious, Happy Love. Poh Kong juga mengeluarkan jongkong emas Bunga Raya.

Choon bagaimanapun berkata, pelabur yang berhasrat menjadikan emas sebagai opsyen pelaburan mesti melakukan kajian mendalam terhadap peranan logam berharga itu serta meneliti pergerakan harganya dari semasa ke semasa.

“Jika anda tidak mengetahui bagaimana pelaburan ini boleh menghasilkan pulangan, lebih baik jangan berbuat demikian,” katanya.

risiko pelaburan emas

Kelebihan melabur dalam emas

Pelaburan Emas: Tidak Terlalu Berisiko

Beliau menjelaskan, pelaburan emas adalah sesuai kepada pelabur yang kurang agresif dan tidak terlalu berisiko.

Katanya, emas juga terus kekal menjadi alat pelaburan lindung nilai kepada inflasi.

“Malah, emas yang dijadikan alat pelaburan itu boleh dipindahkan kepada generasi akan datang,” katanya sambil menambah 70 peratus permintaan emas dunia tahun ini dijangka masih lagi datang dari dua pasaran terbesarnya, China dan India.

Sementara itu, Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holdings Bhd, Ng Chze How, berkata harga emas dunia dijangka melepasi paras AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh dua tahun lagi disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan pembeli dari Asia.

Beliau berkata, corak kenaikan harga emas dijangka terus positif untuk jangka masa panjang berdasarkan prestasi konsisten sepanjang dekad ini.

“Saya menjangkakan purata harga emas akan melebihi AS$1,800 (RM5,542) seaun dalam tempoh setahun dan melebihi AS$2,000 (RM6,158) seaun dalam tempoh 24 bulan,” katanya.

Bank pelaburan, HSBC Holdings Plc dalam nota penyelidikannya pula berkata, pasaran emas dijangka mencatat aliran lebih tinggi tahun ini berikutan asas bekalan/permintaan yang lebih positif.

SUMBER : Berita Harian

PELUANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN EMAS HANYA BERMODALKAN RM 1,000 SAHAJA. TAWARAN DIBUKA SEHINGGA 31 MEI 2013. KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR.

GELANG TANGAN BUDAK

GELANG TANGAN BUDAK

Gelang tangan budak untuk dijual 😀

GELANG TANGAN BUDAK EMAS 916

Close up corak :

gelang tangan budak emas 916

GELANG TANGAN BUDAK 

Emas 916

Berat : 3.86 g

Panjang : 12.5 cm

Condition : Baru baru-sebarunya 😀

Harga : RM 687.00

Kos upah : Tiada

Kos penghantaran : RM 6.00

Untuk order : SMS / Whatsapp : <Nak Beli RTK 386> ke  019 – 6263820 (Sya Isya)

Klik link di bawah ini untuk melihat koleksi gelang tangan corak terkini 2013 :-

Koleksi Barang Kemas 2013

MASA TERBAIK UNTUK BELI EMAS

MASA TERBAIK UNTUK BELI EMAS

masa terbaik untuk beli emas harga emas terkini malaysia 2013

Bilakah waktu terbaik untuk beli emas?. Ni lah antara soalan yang pertama muncul dalam fikiran sejak aku mula celik emas bulan Mei yang lalu. Tahun lepas memang aku ada terbaca pasal emas di blog-blog, tapi memang aku tutup mata dan tutup hati ni pasal emas. Dalam erti kata yang lain, memang tak ambil port langsung. Hehe…

Tapi sejak aku menghadiri Seminar Celik Emas dan Perak, aku mula tahu kebaikan menyimpan emas. Walaupun aku perempuan, tapi sebelum ni tak pakai pun barang kemas dan tak minat pun emas ni. Bukan semua perempuan gila emas tau. Mungkin ada lelaki yang fikir, asal perempuan je, emas. Asal emas je, perempuan. Haha… Jika ada yang berfikiran macam tu, tanggapan anda itu salah sama sekali. Bukan aku je tak kisah emas, kawan-kawan aku pun ada yang macam ni juga. Tapi tu dulu lah, sekarang aku suka emas. Hehe…:D

Sebenarnya, orang lelaki lah yang lebih gemarkan emas berbanding perempuan. Cuma bezanya, orang perempuan ni suka beli emas sebab nak pakai. Dalam erti kata lain, orang perempuan lebih sukakan barang kemas. Lelaki pula, mereka prefer gold bar ataupun dinar emas. Orang lelaki juga suka beli emas untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan. Nak buat bisnes dengan emas pun boleh juga. Malah, bisnes emas lebih dimonopoli oleh kaum lelaki.

Jadi, beli bukan sebarang beli, masa bila paling sesuai beli emas?.

MASA YANG SESUAI UNTUK BELI EMAS

1. Masa ada duit.

Ya, masa yang paling sesuai ialah ketika kita ada duit. Takde duit macam mana pula nak beli emas, kan. Duit ni pula ialah:

  • Duit yang kita tak nak gunakan dalam tempoh masa yang dekat.

Jadi, daripada simpan je duit tu yang tak kalis inflasi, malah nilai duit semakin lama jadi semakin kecil, maka adalah lebih baik tukarkannya kepada emas. Kenapa?. Tengok je graf kat bawah ni, kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun (Jan 2002 – Jan 2012) ialah 511%. Sumber graf dari kitco.com.

graf harga emas kenaikan 10 tahun

graf harga emas kenaikan 10 tahun

 

  • Lebihan duit seperti duit bonus, duit dari blog

Bonus?. Ya, best kan dapat bonus. Tak kira lah, pekerja swasta mahupun kerajaan. Hakikatnya, duit bonus ini adalah lebihan duit yang kita dapat pada satu-satu ketika. Maknanya di sini, kita dah biasa dah pun berbelanja sekian banyak mengikut gaji bulanan yang diterima. Maka duit bonus ni duit extra yang kita dapat.

Ada orang tukar sport rim kereta bila dapat bonus atau beli gadget impian. Ada juga yang pergi melancong. Ada juga yang beli emas dengan duit bonus. Buatlah pilihan yang bijak. Tak rugi pun beli emas ni. Satu masa nanti, kalau terdesak pun, boleh gunakan emas yang ada tu, Ar-Rahnu mahupun menjualnya. Pilihan ditangan anda. Duit anda, kan.

 

2. Masa harga emas semasa rendah

Masa yang bagus untuk beli emas ialah ketika harga emas rendah. Bilakah harga emas rendah?. Jawapannya ialah bila-bila. Banyak faktor yang mempengaruhi harga semasa emas. Jadi, macam-macam ramalan ada tentang kenaikan dan penurunan harga emas. Harga emas tidak sentiasa naik. Kadang-kadang dia turun juga. Tahun 2012 ni, emas murah. Cer tengok graf kat bawah ni, harga emas untuk bulan 11 dan bulan 12 tahun 2012 ni:

harga semasa emas malaysia 2012

Harga emas terkini November dan Disember 2012

Ya, harga emas semasa sedang menjunam. Wahh.. best wooo dia turun, boleh lah beli emas dengan harga yang lebih murah jika nak dibandingkan dengan tahun lepas. Tapi kalau nak bandingkan dengan 10 tahun lalu, memang teramat jauh lah beza harga emas.

Dulu, puluh-puluh ringgit je segram. Sekarang, kalau RM 160/g untuk emas 916 pun dah kira murah.Tak caya, pi tanya emak-emak kita. Tak pun, orang yang mendirikan rumah tangga tahun 90-an mesti tahu harga cincin yang dibelikan untuk isterinya. 😀

Jadi, adalah peluang yang baik untuk beli emas masa harga murah. Tapi kalau nak beli masa harga mahal pun boleh je. Takde hal. Suka hati lah. Duit anda, kan  😀

Ada orang dia suka kalau emas naik dan orang ini ialah orang yang beli emas untuk melabur atau untuk peniaga. Dan juga orang yang dah banyak simpan emas. Hehe…. 😀

Aku?. Harga emas terkini naik pun aku suka, turun pun suka juga. Tapi lagi suka bila emas turun a.k.a. emas murah. Muehehe…

3. Masa dah nak kahwin / bertunang

cincin emas belah rotan murah

cincin emas murah


Wahaha.. untuk yang ni, memang emas sinonim dengan perkahwinan. Nak kahwin, paling tak pun, sarung cincin emas 916 kat jari pasangan. Tanda bahawa si polan yang cantik rupa dan akhlaknya ni, dah ada orang cop. Ehehe… Alaa…cincin tu kan, tanda kan. So, orang lain, sila jangan kacau!.

Tak semestinya dah nak kahwin /bertunang baru nak beli cincin. Kalau takde calon lagi pun boleh je beli. Kot nanti 2-3 tahun lagi nak kahwin harga emas melambung naik… haa dah kena beli cincin tu dengan harga yang mahal.

Habis tu, takde calon, mana nak tahu saiz jari?. Alaa…nanti bila dah nak kahwin tu, pi lah trade in. Tak pun jual cincin tu, duit tu beli cincin baru. Apa de hal. Kalau aku lelaki aku buat gini lah. Tapi aku bukan lelaki. 😀

Yang student lagi tu, masa kat U, beli cincin 1gram atau 2gram pun boleh dah. 1gram pun RM100 lebih je. Kot nanti lepas grad je terus nak minang anak dara orang, kan. Muehehe…

Ok, ni pendapat aku je yang juga merupakan seorang student. 😀 1 sem beli 1 gram je pun, ok pe…. Buat simpanan masa hadapan.

 p/s: Cantik tak cincin-cincin dalam gambat kat atas ni?.  Boleh dapatkannya kat SINI. Aku pun dah beli beberapa bentuk cincin guna duit blog. Kenapa cincin? Sebab mampu milik. Hehe…

error: Content is protected !!