by syaisya | Dec 30, 2014 | Banjir
Air mata mangsa banjir Pantai Timur
Banjir di Kelantan 2014
Sumbangan Bagi Mengumpul Dana Untuk 2000 Periuk Nasi Untuk Warga Pantai Timur dilancarkan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Impak akibat banjir kepada antara mangsa-mangsa banjir bukan seminggu dua sahaja atau sehingga banjir surut, tetapi akan terkesan 5-10 atau lebih tahun akan datang akibat kerosakan harta benda, dan juga kesan psikologi.
Banjir di Kelantan 2014
Kami tahu ramai yang telah menyumbang barang keperluan seperti beras, tetapi tiada gunanya sekiranya peralatan untuk memasak beras tak ada. Anda tahulah habis peralatan elektrik rosak akibat banjir.
Jadi kami wujudkan inisiatif ini bagi membantu meringankan beban kepada mangsa-mangsa banjir. Matlamat kami sekurang-kurangnya kami dapat membantu 2000 keluarga dengan menderma periuk nasi ini.
1 Keluarga = 1 Periuk Nasi = RM100 Sumbangan
Cuba anda bayangkan dengan periuk nasi ini anda dapat membantu sekurang-sekurangnya 4 orang ahli keluarga ini. Jadi dengan 2000 sumbangan periuk nasi ini, kita dapat membantu tidak kurang 8000 orang. Ramai bukan… Dengan sumbangan anda ini akan dapat ganjaran pahala yang besar InsyaAllah.
Projek Bantuan 2000 Periuk Nasi Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur 2014
Untuk sumbangan dan maklumat lanjut, klik sini –> www.2000periuknasi.com
by syaisya | Dec 29, 2014 | Banjir
Bantuan masih diperlukan. Misi dilanjutkan sehingga 2 Januari 2015. Mohon perhatian kepada barang keperluan yang diutamakan. Sukarelawan juga diperlukan, boleh datang terus ke pusat pengumpulan antara jam 10 pagi -10 malam. Pusat pengumpulan beroperasi 24 jam untuk menerima sumbangan. Jazakallah khayran kathira.
Bantuan barang keperluan mangsa banjir Pantai Timur 2014
Dari FB Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani :
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
27 December at 12:04 · Edited ·
(Adminn) PUSAT PENGUMPULAN BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR BEROPERASI 24 JAM SEHINGGA 2 JANUARI 2015. SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA 10PAGI – 10MALAM, TERUS HADIR KE LOKASI. (WAZE http://waze.to/lr/hw281w467x )
Team Laisa Minna, Kompleks Darul Thibbun Nabawi bersama NGO’s Muslim Care Malaysia telah melancarkan Pusat Gerakan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir yang akan merangkumi negeri-negeri yang ditimpa bencana iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.
Pusat gerakan bantuan kecemasan ini akan ditempatkan di Kompleks Darul Thibbun Nabawi, di Seksyen 8, Shah Alam. drive there using Waze: http://waze.to/lr/hw281w467x
Target kami adalah untuk mengumpulkan segala bantuan untuk disampaikan di tempat bencana. Sumbangan mendesak yang diperlukan adalah :
1. Wang Tunai
2. Selimut
3. Lampin Pakai Buang (Pampers)
4. Susu Formula
5. Botol Susu
6. Beras
7. Gula
8. Garam
9. Telekung
10. Makanan dalam Tin (Lauk)
11. Biskut
12. Air Minuman
13. Tuala Wanita
Wang tunai boleh disalurkan kedalam akaun kami seperti berikut:
Atas Nama Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Maybank : 5621-0662-3665
Bank Islam : 1203-8010-1182-03
Pertanyaan lanjut :
Ibnu Hajar : 010-4317054
Ahmad Nadi : 010-2261670
Hafiz Zain : 017-2258041
pusat kumpul barang bantuan mangsa bajir Pantai Timur
p/s: Baju dah banyak. Kalau nak hulurkan bantuan barang, diutamakan barang-barang yang disenaraikan di atas.
Untuk info terkini bantuan banjir, boleh follow FB Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
p/s: Ada banyak NGO dan orang perseorang yang menguruskan projek bantuan mangsa banjir 2014. Ini adalah antaranya yang saya jumpa. Moga Allah redha.
by syaisya | Dec 29, 2014 | Banjir
Menyedari hakikat yang mangsa banjir perlukan pertolongan, ramai yang nak menghulurkan bantuan. Tapi, ada juga yang tak tahu cara mana nak salurkan bantuan. Ada banyak channel untuk menghulurkan bantuan sebenarnya. Pilih sahaja yang mana satu yang dipercayai.
Ini ada 1 peluang baik. Aku kira, ia bukan setakat baik, tapi peluang terbaik!. Sebab, bukan setakat dapat menderma dan meringankan beban mangsa banjir, tapi kita akan dapat ilmu juga!. Yup! Ilmu untuk buat duit untuk tahun 2015. Dalam erti kata lain, berilmu sambil beramal. Niat untuk membantu, InsyaAllah, Allah berkati.
Projek derma mangsa banjir ni menghimpunkan produk-produk internet marketing yang super hebat dari internet marketer yang hebat-hebat belaka!. Dijual dengan harga yang tak masuk akal!. Sebab, tujuannya bukanlah untuk mengaut keuntungan, tapi untuk kumpulkan dana untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri lain yang terlibat.
Segala wang yang terkumpul diserahkan kepada Islamic Aid Malaysia, Aman Palestin dan lain-lain NGO.
sumbangan derma mangsa banjir 2014 – Hari Pertama
Sumbangan derma mangsa banjir 2014 – Hari ke-2
Ok, untuk maklumat lanjut dan untuk menderma kepada mangsa banjir 2014 sambil belajar ilmu buat duit online, layari web ini –> http://rajakamil.biz/bah14/
p/s: Aku tengah cari channel untuk menyumbangkan baju aku yang elok-elok untuk mangsa banjir.
by syaisya | Dec 27, 2014 | Banjir, Ebook Bagus
Banjir yang teruk lagi luar biasa melanda Pantai Timur Malaysia 2014.
Banjir teruk di pantai Timur Disember 2014
Mahukah anda bersama membantu mangsa banjir yang memerlukan sokongan kita?
Tuan Bukhari Ramli, seorang rakyat biasa yang tak berdaya nak membantu banyak mengajak kawan-kawan untuk menyumbang membantu mangsa banjir di sana. Kita buat apa yang terdaya.
Beliau cuma seorang penulis, maka beliau membantu dalam cara yang beliau tahu: menulis kepada anda.
Bantuan yang dihantar dengan bot kepada mangsa banjir yang terkandas dan tak dapat sampai ke pusat pemindahan.
Gambar menunjukkan bantuan yang dihantar dengan bot kepada mangsa di Temangan Lama yang terkandas dan tak dapat sampai ke pusat pemindahan. Ada mangsa yang sudah 2 hari tidak makan.
Perjalanan jalan raya biasa mengambil masa 15 minit. Perjalanan bot ini mengambil masa 4 jam. Arus deras. Hanya orang gila dan tak fikir diri sendiri saja sanggup buat begini.
Boleh percaya ke duit kutipan ni sampai?
Tiada NGO berdaftar, tiada akaun beraudit. Tidak sempat nak berprotokol.
Kami tak sempat siapkan semua itu. Beliau hanya cuma dengar cerita kawan-kawan di medan.
Beliau tak boleh nak hilangkan kerisauan anda.
Tutup mata, berdoa pada Allah dan tanya. Kalau rasa terbuka hati, boleh sertai projek ini.
On the ground contact beliau salah seorangnya Tuan Azman Aziz. Ibu beliau kritikal di Hospital Kuala Krai. Respirator mungkin sudah habis bateri, generator sudah habis minyak, bekalan letrik sudah lama putus. Namun beliau masih gigih membantu orang ramai. Boleh tengok kat FB Azman Aziz di sini >> FB Azman Aziz<<
Update terkini : 27 Dec 2014 : Generator kat ICU dah hidup balik. Alhamdulillah.
Kutipan terkumpul…
Setakat 26 Disember 2014, pukul 10 malam: kutipan terkumpul ialah RM 14,630.
Beliau sudah serahkan RM 5,000 kepada Tuan Azman untuk membeli makanan untuk mangsa banjir yang terperangkap di rumah, tak sempat ke pusat pemindahan.
bantuan untuk mangsa banjir 2014
Bantuan makanan untuk mangsa banjir 2014
Sebahagian bekalan makanan yang dibeli dan diagihkan oleh pasukan Tuan Azman. Bot dalam gambar di atas juga adalah daripada kumpulan ini.
Makanan mangsa banjir
Mereka hanya bersarapan nasi dan kicap. Makan tengah hari bubur nasi air kosong saja.
Teruskan bantuan!
Teruskan menyumbang. Teruskan SHARE page ini (tekan butang di belah kiri).
Apa saja sumbangan yang kita buat. Berapa banyak pun yang kita bagi, sangat sikit dibandingkan dengan apa yang mereka lalui.
Mohon sumbangan minima RM50 dan dapatkan hadiah ini…
Sebagai insentif, beliau hadiahkan pakej ilmu yang beliau keluarkan ini.
Namanya Tawaran Meleleh. Harga biasa RM100. Beliau tidak jual kepada anda.
Ebook Tawaran Meleleh – Ebook yang sangat bagus untuk mereka yang buat bisnes online
Tuan Bukhari Ramli hadiahkan kepada anda atas sumbangan anda. Beliau percaya dengan cara ini lebih ramai akan menyumbang.
Ini bukan produk cikai. Ini produk beliau yang paling disayangi dan telah bantu ramai audiens beliau berjaya jana jualan (boleh baca cerita mereka di bawah).
Walaupun anda bukan orang bisnes atau tak mahu pun buka bisnes, beliau percaya ia boleh bantu anda juga. Ia mengajar psikologi manusia dan bagaimana manusia bertindak.
Beliau gunakan framework yang sama bukan hanya ketika menjual, tetapi juga semasa memohon pekerjaan dan semasa mempengaruhi seseorang.
Ini saja usaha beliau untuk kumpul dana…
SILAKAN jika anda mahu buat sumbangan lebih daripada RM50. Ada hamba Allah budiman hartawan yang sumbangkan hampir seribu. Alhamdulillah.
Maklumat lanjut tentang Tawaran Meleleh…
Apa yang anda akan belajar dalam pakej ilmu Tawaran Meleleh ini?
Produk saya bagus, kenapa tiada orang beli?
Enjin yang menggerakkan dunia bisnes
3 elemen yang membuatkan manusia bertindak: Adakah tawaran anda lengkap dengan 3 elemen ini?
3 kaki marketing: Tanpa salah satu kaki ini, usaha marketing anda akan runtuh
Perkara paling penting yang perlu dibuat untuk membina tawaran meleleh. Banyak bisnes yang melangkau bahagian ini
Perkara LUAR TABI’E yang membuatkan bisnes anda kebal persaingan. Ya, ia macam tak logik! Tapi inilah perkara logik yang anda patut buat
Persamaan penting antara berbisnes dan mencari jodoh
Cara buat copywriting POWER tanpa buat copywriting, tanpa perlu belajar copywriting
Resepi rahsia bisnes-bisnes yang hebat: Bagaimana untuk menang sebelum mula berlumba
4 soalan yang pelanggan tanya semasa membuat pembelian
4 sebab UTAMA mengapa pelanggan tidak membeli
5 pintu yang perlu dibuka sebelum pelanggan bertindak membeli
Lebih berkuasa daripada penyelesaian: Mengapa sekadar memberi penyelesaian kepada pelanggan tidak membuatkan mereka pantas membeli
Bagaimana belajar menarik perhatian pelanggan daripada menonton telenovela dan sinetron
Template mudah menulis headline yang buatkan target pelanggan berhenti buat kerja lain
Pencetus tindakan: Perkara terakhir yang anda perlu buat untuk pastikan pelanggan bertindak membeli
Soalan dan tindakan: Latihan kerja rumah yang memandu anda langkah demi langkah untuk membina tawaran meleleh
…dan banyak lagi! (SURPRISE! 😛 )
Berjaya buat sales RM 7000
Pesakit kritikal di Hospitak Kuala Krai
Pesakit di Hospital Kuala Krai. Bot tak boleh masuk kerana cuaca buruk.
Mereka perlukan helikopter untuk pindahkan mangsa kritikal. Helikopter memerlukan kos minyak dan sewa. Hospital juga telah kehabisan bahan api.
100% hasil kutipan akan didermakan untuk bantuan mangsa banjir.
p/s : Artikel ini adalah 75% daripada artikel asal di http://bukhariramli.com/tm-khas/
p/s/s: Artikel ini ditulis secara ad hoc. Saya sendiri juga sedang dalam keadaan berjaga-jaga kerana paras air sungai di belakang rumah sudah di tahap kritikal juga. Namun, bersyukur kerana masih selamat. Sebagai mangsa banjir sejak kecil lagi, saya sangat memahami keadaan dan hati mangsa banjir. Johor sudah mula banjir. Kluang (tempat saya) paling banyak pusat pemindahan banjir dibuka bermula 26 Disember 2014.
Mohon doa dari kalian untuk semua mangsa-mangsa banjir. Terima kasih.
by syaisya | Dec 12, 2014 | Sukan
Malaysia vs Vietnam. Malaysia menang agregat 5-4
Keputusan Perlawanan Malaysia vs Vietnam semi final Piala Aff Suzuki 2014 memang mengujakan ramai pihak. Di kala Vietnam dan penyokongnya yakin dapat melangkah ke final, Malaysia menang 4-2 pada perlawanan semi final 2nd leg di Hanoi malam tadi bagi menebus kekalahan 2-1 pada perlawanan semi final 1st leg di Shah Alam Ahad lalu.
Misi Mustahil Malaysia ke Final Aff Suzuki Cup 2014
Kedatangan Harimau Malaya ke Hanoi untuk Perlawanan semi final AFF Suzuki Cup 2014 dilihat sebagai misi mustahil bagi sesetengah pihak.
Namun, bagi peminat-peminat sukan bola sepak, ramai yang kata “Bola Itu Bulat, Anything Can Happen”.
Yup, itulah yang terjadi. Harimau Malaya telah mengaum seawal minit ke-3 di Stadium My Dinh malam tadi dan mampu menyebabkan penyokong-penyokong Vietnam terdiam.
Separuh masa pertama menyaksikan 4 gol berjaya disumbat termasuk gol sendiri untuk gol ke-3, berbalas 1.
Penjaring gol Malaysia vs Vietnam 11 Dec 2014
Safiq Rahim – 4″ (Penalti)
Mat Yo – 16″
Dinh Tien Thanh – 30″ (Gol sendiri)
Shukor Adnan – 43″
Separuh masa ke-2, skuad Harimau Malaya lebih banyak bertahan dan terus bertahan. Sehingga akhirnya pada 10 minit terakhir, mereka kelihatan sudah penat. Namun, gawang Malaysia digegarkan oleh jaringan gol oleh Cong Vinh, penjaring gol terbanyak Vietnam.
Selepas gol tersebut, perlawanan menjadi rancak kembali. Vietnam bersungguh-sungguh menyerang, Malaysia pula tak kasi peluang, bersungguh-sungguh mematahkan serangan Vietnam walau sudah penat. Tapi, semangat mempertahankan gawang dan semangat ingin menempah tiket ke final mengalahkan rasa penat.
Perlawanan yang mendebarkan akhirnya menjadi lega setelah pengadil meniupkan wisel penamat. Alhamdulillah. Allah izinkan Malaysia menang dan masuk final Aff Suzuki Cup 2014 untuk kali ke-3. Tahniah, pasukan Malaysia!.
Pengajaran di Sebalik Perlawanan Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki 2014
Sebenarnya, sewaktu menonton perlawanan Malaysia vs Vietnam ini, aku sempat refleksi diri.
Misi mustahil?.
Sebenarnya tak wujud!
Mustahil atau tidak, kita yang kata. Kita yang pilih, nak menang atau kalah. Nak teruskan berjuang atau nak mengaku kalah sebelum berjuang.
Perlawanan malam ni, benar-benar reflek diri sendiri.
Sebab…
Aku teringat…
Beberapa bulan lalu, saat aku dikejar rapat oleh 1 otai dalam 1 cabaran affiliate yang aku sertai, aku terus mengaku kalah. Aku tak teruskan berlawan, pasrah je. Sebab rasa, tak kan lah aku boleh menang dengan otai. Mesti aku kalah.
Walaupun masih ada masa lagi dalam 10 jam untuk berjuang, aku asyik melayan letih. Aku berhenti berusaha. Ibarat mengaku kalah walau wisel penamat masih belum ditiup.
Masih ada masa lagi, tapi asyik melayan letih. Tiada semangat!
Akhirnya, selepas cabaran tamat, aku hanya ketinggalan 1 sales sahaja!
Lalu ranking aku jatuh, dari tempat ke-3, turun 1 anak tangga.
Allah, 1 sales je rupanya dia tinggalkan aku?.
Aku fikirkan aku akan kalah teruk, tapi rupanya kalah tipis.
Itulah, semangat juang Harimau Malaya patut dicontohi.
Nak kalah atau menang, sendiri yang pilih. Mengaku kalah sebelum berjuang, jangan sekali. Penat takkan terasa kalau kita bersemangat untuk capai matlamat kita!. Itu yang dapat aku pelajari dalam perlawanan Malaysia lawan Vietnam malam tadi.
Orang tenang selalu menang!. Jangan cepat melatah walau pesaing sedang follow rapat. Aku ingatkan diri sendiri.
p/s: Cabaran affiliate adalah satu program yang sering dianjurkan oleh pemilik produk. Biasanya produk digital. Dalam cabaran yang aku sertai ini, aku promote ebook. Buat duit dengan affiliate adalah salah satu pendapatan pasif yang aku bina dalam usaha untuk memiliki multiple stream income dan financial freedom sebelum usiaku cecah 35 tahun. Itu target aku. Doakan aku berjaya, ya 😀
by syaisya | Apr 17, 2014 | Baucar Buku 1 Malaysia
2 Idea Bernas Nak Beli Apa Dengan Baucer Buku 1 Malaysia Untuk Yang Tak Tahu Nak Beli Apa
Aku tahu ramai yang blur, tak tahu nak beli apa dengan baucer buku ni.
Ada juga yang rasa macam tah apa-apa je dapat baucer buku ni. Dapat duit lagi best!.
Kan…..
Aku tahu memang ada yang rasa macam ni. Ramai kot yang ada perasaan macam ni.
Kalau tanya aku, aku secara personal, memang suka je baucer buku ni. Boleh aku beli buku tanpa keluarkan duit sendiri. Kalau keluar duit pun, sikit je.
Lagipun memang aku suka membaca. Aku cintakan ilmu. Bagi aku, dengan ilmu yang aku dapat dari buku-buku ni, macam-macam yang aku boleh buat. Tapi, bukan maksud aku yang tak suka membaca ni tak cinta ilmu ya. Jangan salah faham pula. Mencari ilmu ni ada banyak cara, tak semestinya dengan membaca je. Cuma, “Membaca Jambatan Ilmu”. Zaman canggih sekarang ni, video youtube pun ada banyak ilmu yang kita boleh perolehi.
Aku pula, kalau tak ada baucer buku ni pun, aku memang tetap akan beli buku di kedai buku. Sebab, memang suka beli buku. Ngeh ngeh ngeh… 😀
Ok, berbalik kepada topik asal….
2 Idea Bernas Nak Beli Apa Dengan Baucer Buku Untuk Yang Tak Tahu Nak Beli Apa :
1) Beli Al-Quran, kemudian waqafkan Al-Quran ini ke Masjid, Surau atau Maahad Tahfiz. Niatlah Kerana Allah Ta’ala.
2) Beli buku yang bermanfaat, contohnya, buku agama ke, buku motivasi ke… Kemudian, hantarkan buku-buku ini ke perpustakaan universiti masing-masing.
Kalau kat perpustakaan UTM ni, memang ada 1 box disediakan untuk book donation. Student boleh drop buku kat dalam box ni.
Dengan 2 cara ini, setiap kali orang baca Al-Quran dan buku yang disedekahkan ini, anda pun akan dapat pahala juga.
Walaupun anda dah check in 7 kaki bawah tanah pun, selagi buku dan Al-Quran ini orang baca, dan selagi orang-orang yang baca tu amalkan ilmu yang dibaca dari buku dan Al-Quran ini, selagi tu lah, anda juga akan dapat pahala. Nak pahala tak? Nak tak?.
Aku petik sikit ayat yang Prof. Dr. Muhaya selalu cakap – “Pencen Kubur”.
Ok?. Jelas?.
So, pada yang tak tahu nak beli apa dengan Baucer Buku 1 Malaysia ni, boleh lah pertimbangkan idea aku ni. 🙂
Idea ni sebenarnya tercetus masa aku di Masjid kat universiti ni. Aku terpandang sebungkus plastik di atas rak Al-Quran. Aku pun tengoklah apa ada dalam plastik tu. Rupa-rupanya beberapa naskah Al-Quran yang diwakafkan.
Masa tu lah aku dapat idea. Ha…. Boleh guna baucer buku untuk beli Quran dan wakafkan di masjid-masjid, sekolah Tahfiz…
Ok, untuk idea ke-2 tu pula, aku dapat masa survey buku di Kedai Buku Harris Jusco Tebrau, JB.
Begitulah…. Aku cakap kat kawan aku idea ni, dia pun cakap “Tak terfikir pula nak buat macam ni”.
So, ni, aku share kan dengan korang semua, pembaca
syaisya.com.
p/s: Yang ada anak, beli buku anak guna BB1M ni. Yang ada anak saudara, beli buku untuk anak sedara. Ada juga yang beli buku resepi untuk mak.
Begitulah…. Baucer Buku ni boleh juga beli buku untuk orang lain. Tak semestinya buku untuk diri sendiri je. 🙂
Masih tak ada idea nak beli apa guna baucer buku 1 Malaysia ni?
Cer baca artikel – artikel berikut, mana tahu boleh dapat idea nanti :