by syaisya | Mar 29, 2013 | Artis
Irma Hasmie Bersalin – Gambar Anak Irma Hasmie | Irma Hasmie selamat bersalin dan melahirkan anak pertamanya pada jam 8.51 pagi tadi. Kata suaminya, Redza Syah Azmeer yang menyambut kelahiran bayi tersebut, “sayu hati melihat bayi keluar dari perut ibu”.

pengumuman Irma Hasmie selamat melahirkan di twitter Redza
Jom tengok gambar anak Irma Hasmie ni. Agak-agak, ikut muka siapa?

Sama kan, dengan gambar scan ni ;D

Sumber gambar : beutifulnara
by syaisya | Feb 16, 2013 | Artis
Sebenarnya aku pun tak ambil tahu sangat kisah cinta Shila Amzah ni melainkan yang aku tahu, Shila Juara Asean Wave 2012. Suka sangat Shila nyanyi lagu Set Fire To The Rain tu. Bersemangat tengok dia nyanyi. Memang patut jadi johan pun. ^_^
Tapi, 3 hari lalu, tetiba aku terlayan pula kisah cinta Sheila Amzah dan Sharnaaz ni. Tu pun selepas terbaca entri di blog INI. Sampai pukul 2.30 pagi aku duk baca lepas satu, satu entri berkenaan Shila Amzah dan Sharnaaz ni. Hehe…. diambang hujung-hujung perhubungan Shila Amzah dah nak putus dengan Sharnaaz, baru aku ambil port. huhu… Ketinggalan bas sungguh.
Laa ni Shila Amzah dan Sharnaaz betul-betul dah putus cinta. Selepas video Shila menangis nyanyi lagu Ombak Rindu tersebar diyoutube dan video parody Shila menangis dishare dengan galaknya di FB, kini muncul pula lagu Shila cipta untuk Sharnaaz. Lagu bertajuk Masih Aku Cinta. Ternyata, Shila masih menyintai cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad.
Lirik Lagu Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada
Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku
p/s: Banyak juga komen negative aku baca tentang Sharnaaz ni di blog Beautifulnara. Rata-rata sokong Shila untuk cari lain. Apapun, all the best untuk Shila dan juga Sharnaaz. Cinta tak semestinya memiliki. Uhuhu…
Kredit gambar: Murai.com
by syaisya | Feb 13, 2013 | Artis
Ok, malam ni tertarik nak share gambar anak kedua angkasawan Negara Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Harlina yang diberi nama Sophea Natasha.

Gambar anak kedua Sheikh Muszaphar dan Dr Halina bersama Bella
Comel kan. Kecil je Tasha ni. Dah besar pun Bella, anak pertama pasangan angkasawan dan doktor ni. 😀
Gambar ni aku ambil dari Murai di mana gambar-gambar ni ada di blog Dr. Halina >> Barely Supermommy <<
by syaisya | Nov 27, 2012 | Artis
Baru ni berkesempatan tengok gambar anak Nabil Raja Lawak. Nabil kini sudah bergelar bapa :D. Alhamdulillah, tahniah kepada Nabil dan isterinya, Nazirah Ayub. Anak perempuan Nabil ini selamat dilahirkan pada pukul 8.40 pagi 25/11/2012 menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.

gambar anak nabil raja lawak

Nabil dan isteri terkejut kerana kelahiran dijangkakan 3 minggu lagi. hehe.. samalah macam anak sedara aku, lahir 3 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Huuuhhh.. rindu kat Aishah (anak sedara baru ku :D)
Tekan like untuk share gambar anak nabil ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB.
by syaisya | Jul 7, 2012 | Artis
Melayari internet sambil menanti gambar majlis perkahwinan Ella dan Azhar. Ella dan Azhar melangsungkan majlis pernikahan malam ini di rumah kediaman keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang.
Jom layan gambar sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar ni.

Wow! Samsung Galaxy S3 RM999 je!


Ramai yang kata suami Ella macam Rosyam Nor 😀


iPhone 5 pula nak dilancarkan!

hantaran perkahwinan Ella dan Azhar
Tahniah Ella dan Azhar. Dengan sekali lafaz sahaja, Ella selamat bergelar isteri. 😀
Internet problem sikit malam ni. Susah nak upload gambar. Huhu…
>> GAMBAR ELLA BERINAI <<
Sumber gambar: MOM dan Rotikaya
Kongsi gambar Ella kahwin ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang share ini.
by syaisya | Jul 6, 2012 | Alam Perkahwinan, Artis

Esok, 7 Julai, Ella, ratu rock Malaysia akan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Azhar Ghazali yang bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Firefly. Malam ni, Ella sedang berinai.
Majlis pernikahan Ella & Azhar Ghazali bakal berlangsung di rumah keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang atas permintaan ibu Ella, Yang Asmah Yong, 85.
HIP Berita Harian diberitahu, pihak lelaki akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta wang hantaran yang dianggarkan bernilai RM50,000.
Resepsi perkahwinan Ella dan Azhar Ghazali hanya akan berlangsung pada 1 Disember 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).
GAMBAR BAKAL SUAMI ELLA
Inilah dia, gambar bakal suami Ella, empunya nama Azhar Ghazali 😀

Bakal suami Ella (gambar kecil)
BIODATA ELLA
Nama: Norzila Aminuddin
Lahir: 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang
Pendidikan: Sekolah Menengah Perempuan Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
>> GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN ELLA DAN AZHAR <<
Sumber: Berita Harian dan Ministry of Moment
InsyaAllah, gambar pernikahan / perkahwinan Ella akan diupload esok malam.
p/s: Penuhnya jari Ella dengan ukiran inai 😀
Like FB page syaisya.com untuk update yang akan datang.