by syaisya | Oct 10, 2010 | Beijing, Jalan-jalan
Ketika aku ke Beijing April lalu, Beijing sedang mengalami musim bunga. Jadi, tips-tips yang aku berikan ini, berdasarkan pengalaman dan keadaan semasa aku di sana.
1. Sentiasa bawa botol mineral kosong
Ke mana sahaja anda pergi, bawalah bersama botol mineral kosong. Tak lain dan tak bukan, tujuannya adalah untuk beristinjak. Tiada tap air di dalam tandas. Tap air hanya terdapat di sinki luar tandas. Jadi, botol air kosong ini akan digunakan untuk menadah air untuk beristinjak. Begitu juga di hotel. Tap air hanya ada di sinki, di dalam bilik, bukan di dalam bilik air atau tandas. Ni untuk hotel yang aku menginap lah. Hotel lain aku tak tahu (boleh rujuk gambar bilik, tandas dan shower dalam entri ni).Setiap kali aku beli air mineral, botolnya aku simpan. Memang aku simpan banyak-banyak kat hotel, senang nanti nak beristinjak. Tapi bila aku nak keluar berjalan-jalan, aku simpan botol-botol ni dalam beg, takut cleaner buang pula. I tell you what, setiap kali balik dari berjalan-jalan, sampai je bilik hotel, mesti aku nak terkencing, maklumlah cuaca sejuk. Tapi tak boleh nak lepaskan dia terus, sebab kena tadah air dulu dekat sinki. So, berjoget-joget lah aku menahan sementara tunggu air penuh. Uiiii…seksa..So, boleh juga kalau anda siap-siap tadah air banyak-banyak dalam botol dan simpan dalam beg sebelum keluar jalan-jalan. Ianya berguna untuk kes-kes emergency macam ni. Tapi make sure air tu tak tumpah dalam beg. Kang tak pasal-pasal lencun pula beg korang. Good idea juga kalau anda nak bawa paip getah, so boleh sambung direct ke dalam bilik air, tapi nanti pintu toilet tak boleh tutup rapat lah. Hehe =)
2. Rasa dulu air sebelum gunakannya
Maksudnya di sini, rasa dulu air tu dengan tangan, panas or sejuk sebelum gunakannya. Aku pernah merasa beristinjak dan berwudhuk dengan air yang panas sampai berwap-wap toilet tu dan juga dengan air yang sejuk giler, rasa macam pegang ais. Boleh baca entri
Blogger Yang Terdesakuntuk pengalaman aku beristinjak dengan air yang sejuk sangat tu.Aku cadangkan, bila anda dah tahu air tu panas giler, tadah air tu dulu dalam botol, biarkan untuk seketika, bagi dia suam-suam kuku sikit, baru gunakan air tu untuk istinjak. Kalau tak, sendirilah kena tanggung, kalau anda curahkan air yang panas kat ehem-ehem korang tu.Aku ambil wudhuk dengan air tu, macam kena salai je muka aku ni aku rasa. Tapi, ada kelonggaran dalam Islam untuk kes-kes darurat macam ni. Silalah bertanya kepada ustaz-ustaz atau sesiapa yang arif mengenai berwudhuk dan istinjak jika air yang ada terlalu panas atau terlalu sejuk, kerana air yang terlalu panas dan sejuk ini tak elok untuk kulit dan kesihatan kita. Aku dulu masa pergi sana tak budget pun akan berdepan dengan situasi ni, so aku lenjan je guna air tu. Dekat
entri ni, ada komen dari seseorang, tentang cara beristinjak dengan air yang sejuk. Silalah baca, ya.
3. Tidur awal
Ketika musim bunga di Beijing, siangnya memang panjang. Memang puaslah berjalan. Tapi malam sangat pendek. Tak puas tidur. Hik2. Waktu solat mereka, tamat awal lebih sejam dari Malaysia. Kalau di Semenanjung Malaysia, dekat pukul 7 baru Subuh habis, tapi kat sana pukul 6 dah kira Subuh gajah, ya. Jadi, bangunlah awal subuh. Sebab tu, pemandu pelancong nasihatkan kami untuk tidur awal malam tu. Jangan tidur lambat, nanti susah nak bangun subuh. Lepas je subuh, dah kena bersiap-siap untuk sarapan dan aktiviti lawatan akan bermula.
4. Sapu losyen seluruh anggota
Cuaca di sana sejuk dan kering. Sapu losyen di seluruh anggota badan akan memberikan kelembapan pada kulit dan ini dapat mengelakkan dari kulit anda merekah. Hik2..jangan jadi macam aku, ya. Aku tak bawa losyen, habis mengelupas kulit kaki dan tangan aku. Memang lain macam je aku tengok keadaan kulit aku kat sana.
5. Sapu lip balm di bibir
Sebabnya sama juga macam di atas, untuk elakkan bibir dari pecah dan merekah. So, kena bawa lip balm ke mana saja anda berada. Cuaca di sana sejuk, kering dan berangin.
6. Kalau rasa gatal, jangan keruk
Sila jangan keruk anggota badan yang terasa gatal tu ya. Ini akan memudaratkan kulit anda. Memang tangan dan kaki rasa gatal-gatal je bila balik dari jalan-jalan tu.
7. Bersabun hanya sekali sehari
Selalunya kalau kita mandi, kita akan pakai sabun atau body shampoo kan. Tapi bila kat sana, pemandu pelancong nasihatkan agar gunakan body shampoo / sabun sekali je sehari untuk elakkan kulit terlalu kering dan mengelupas.
8. Pakai kasut bertutup
Cuaca sejuk, jadi kena pakai kasut yang bertutup. Juga untuk elakkan kaki krem.
9. Pakai pakaian tebal dan berlapis-lapis
Cantik sweater budak perempuan ni =D
Pakai kot/sweater musim sejuk seperti yang kita tengok orang putih selalu pakai kat TV tu. Kalau takde sweater macam tu, boleh pakai sweater biasa, tapi kenalah pakai berlapis-lapis. Tudung pun aku pakai 2 lapis, sebab leher rasa sejuk, lebih-lebih lagi bila angin tiup. Angin dia memang sejuk menusuk tulang walaupun ada cahaya matahari. Bila angin tiup je, huhu…memang menggigil. Suhu paling rendah ketika aku di sana ialah 0oC. Paling panas pun 17oC. Jika anda pergi pada musim sejuk, suhu boleh cecah -14oC. Walaupun ada cahaya matahari, tapi tak terasa langsung terikan mentari tu. Lebih elok lilit selendang kat leher. Tapi, kalau takde selendang, pakai je tudung 2 lapis.
10. Pakai sarung tangan
Cuaca yang sejuk, kalau tak pakai sarung tangan memang tak boleh tahan. Pakailah sarung tangan yang tebal dan khas untuk cuaca sejuk di oversea, sebab ada juga sarung tangan yang walaupun kita dah pakai, tapi sejuknya masih terasa. Masa aku berjalan di Istana Maharaja, aku tak pakai sarung tangan sebelah, sebab nak ambil gambar susah. Natijahnya, tangan aku berkedut seperti tangan perempuan tua berusia 100 tahun. Lepas tu, cepat-cepat aku pakai glove, hehe…
11. Standby duit untuk penerbangan balik
Jangan habiskan semua duit untuk membeli-belah. Perlu standby duit untuk charge bagasi. Biasanya bagasi akan di charge ikut berat. Aku menaiki Air Asia. Ketika di Lapangan Terbang Tianjin tu, masa nak timbang bagasi, mereka letak bagasi dalam besen kosong dan besen kosong ni beratnya 2 kg. Maknanya, charge bagasi akan dikira untuk berat bagasi + berat besen tu. Boleh check kat website syarikat penerbangan yang anda naik, untuk mengetahui berapa fee yang dikenakan.
Alternatif untuk bagasi terlebih berat:
Boleh share dengan rakan rombongan yang lain. Time aku dulu, pihak urusetia ada tanya sama ada nak join group punya bagasi. Maksudnya, semua bagasi di timbang dan fee yang dikenakan akan dikira untuk total berat bagasi. Kadar bayaran kemudian dibahagikan ikut berapa orang yang join group ni. So, di sini, anda boleh jimat sikit daripada kena bayar fee untuk bagasi anda yang berat tu sendirian.
Alternatif untuk bagasi yang ringan
Tak payah join group yang kat atas tu sebab nanti anda mungkin rugi sebab kena bayar lebih. Check in je baggage untuk diri anda sendiri.
12. Bawa duit lebih
Siap-siaplah tukar duit lebih dari Malaysia lagi. Sebab kalau anda tukar di sana, anda akan dapat amaunt kurang dari jika anda tukar di Malaysia.
Contohnya:
RM 1 = RMB 2 (jika tukar di Malaysia)
RM 1 = RMB 1.80 (jika tukar dengan peniaga di sana).
Biasanya memang pemandu pelancong tak bawa kita ke tempat penukaran mata wang. Di sana, 99% dari tempat yang aku pergi, tak terima RM. Jadi, jika anda tak cukup wang RMB, mungkin ada peniaga yang terima RM, tapi rate dia lebih rendah dari yang sepatutnya (yang ni ikut peniaga tu nak letak rate berapa-berapa pun. Dia tahu kita dah terdesak nak beli barang tu, tapi tak cukup RMB). Kita dah rugi di situ. So, bawalah duit lebih dari Malaysia. Sebab kalau tak habis guna kat sana pun, boleh tukar semula apabila tiba di Malaysia.
Sekian sahaja untuk tips percutian ke Beijing dari aku. InsyaAllah, akan datang aku bagi tips membeli-belah di sana dan barang apa yang sangat berbaloi untuk di beli di sana.
Siri pengalamanku bercuti di Beijing:
Bercuti di Beijing Episod 1
Bercuti di Beijing Episod 2
Bercuti di Beijing Episod 3
Bercuti di Beijing Episod 4
Bercuti di Beijing Episod 5
Bercuti di Beijing Episod 6
Keadaan Terdesak Ketika di Beijing
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.
by syaisya | Aug 17, 2010 | Beijing, Ceritera Aku, Dunia blogging, Jalan-jalan
Waduh! Ngantuk sungguh mata ku ini, bagaikan di gam dengan gam gajah. Entri Blogger Yang Terdesak tak taip lagi ni. Draft dah aku sediakan dalam buku sejak Sabtu lalu, tapi nak taip ni, arghh..ngantuuk sangaat. Huhu..tapi kena taip juga, sebab dah janji dengan Ijad. Janji kena tunaikan,kan. Mungkir janji salah satu ciri orang munafik.
Jika sebelum ini aku join projek
Kisah Blogger Tersepit di blog
rohaizad.com, kini aku join projek ke-2 nya pula.
Blogger Yang Terdesak. Itulah tajuk yang diberi. OK, kisah aku terdesak ni berlatar belakangkan Beijing. Awal April lalu, aku telah pun melancong ke
Beijing. Ketika itu, musim bunga, siangnya panjang dan malamnya pendek. Malam tak de aktiviti kecuali melengkor (tidur ler, apa lagi). Jadi, sekali setiap hari, kami perlu menunaikan kewajipan terhadap Ilahi di masjid atau pun di restoran yang ada menyediakan tempat untuk bersolat.
Pada hari ke-4 (kalau aku tak silap), kami di bawa ke sebuah masjid. Tempat berwudhuk dan tempat sembahyang letaknya agak berjauhan antara satu sama lain. Macam biasa, secara normalnya, sebelum bersolat, ramailah yang nak melepaskan hajat yang dah lama dipendamkan. Maka, memang panjang lah barisan menunggu giliran masuk ke tandas. Biasalahkan, masing-masing dah tak tahan.
Huish!. Lama pula tu mereka termenung dalam tandas. Orang yang menunggu ni lagi banyak dari tandas yang ada. Tandas lelaki dan perempuan terletak bersebelahan. Orang lelaki kat tandas riuh betul suara mereka. Jadi, apabila tiada suara garau lagi kedengaran dari tandas sebelah, salah seorang dari kami mencadangkan agar kami gunakan je tandas lelaki. Aku agak terkejut dengan cadangan tu. Tak nak join pun iya juga. Tapi memandangkan perempuan-perempuan yang berada di dalam tandas tu masih tak keluar-keluar, maka aku dan beberapa orang lagi bersetuju.
Operasi mengendap tandas lelaki dimulakan. Apabila sudah yakin line clear, mereka cepat-cepat masuk ke tandas lelaki. Tapi aku tak join mereka. Kalau semua masuk serentak, siapa pula nak jaga line?. Jadi, dengan baik hatinya aku tolong cover line. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tempatan, dah berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk tandas. Aku sepantas kilat memanggil lelaki tu dan dia menoleh ke arahku. Aku nak je cakap dalam Bahasa Malaysia, tapi bila teringat aku bukan berada di Malaysia, niatku terus terbantut. Nak guna English, takut dia tak faham pula, sebab bukan semua warga tempatan di sana faham English.
Sudahnya, aku mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa isyarat je. Aku angkat ke dua-dua tangan sebagai isyarat ‘STOP’.
Lelaki tu pelik, kemudian kedengaran suara perempuan dari tandas lelaki. Lagilah dia bertambah pelik. Siap dia dongak ke arah atas pintu yang jelas terpampang lambang lelaki.
Aku angguk-angguk kan kepala sambil tangan masih lagi memberi isyarat ‘STOP’, maksudnya “Iya,betul, tandas lelaki, tapi tunggu sekejap. Jangan masuk sekarang’. Dia anggukkan kepala dia dan kemudian berlalu pergi. Huhu..berakhirlah tugas aku sebagai part time polis trafik di
Beijing ni setelah rakan-rakan keluar dari tandas lelaki tu.
Tiba giliran aku pula untuk masuk tandas, semua mereka nak tinggalkan aku. Apa lagi, menjeritlah aku dari dalam tandas. “Oi, tunggu oi! Jaga line, tadi pun ada orang lelaki nak masuk!. Tadi saya dah tolong jaga kan, tau!”. Seorang rakan tu, tolonglah juga cover line untuk aku. Tapi tak henti-henti dia suruh aku cepat. Nanti lambat. Ceh!, nak melepaskan hajat pun tak senang.
Selesai tu, aku nak beristinjak lah. Sekali aku pusing je kepala paip dan air mencecah kulit ku, “Mak aih! Sejuk giler. Air batu ke apa ni?. Huhu..rasa macam taknak je beristinjak dengan air tu. Tapi, aku tiada pilihan lain. Terpaksa jugalah. Sejuk pun sejuk lah. Tahan je lah. Dalam hati aku “Pergh! Ini kalau perempuan baru lepas bersalin, doktor nak jahit, sebelum jahit tu, simbah dengan air ni, confirm tak rasa diri sedang dijahit!”. Adoilah! Sampai ke situ aku fikir. Spontan je idea tu datang.
Lepas tu, ke bilik wudhuk pula. Agaga..macam ambil wudhuk dengan air batu. Kebas semua tangan, kaki, muka ni. Fuyoo..time nilah aku teringat Malaysia..Nak balik Malaysia cepat. Huhu…Sehari sebelumya pula, aku ambil wudhuk dan beristinjak dengan air panas. Ada pilihan ke? Haha..mana ada, guna jelah apa yang ada. Satu-satunya pilihan yang ada ialah
HUJAN EMAS DI NEGARA ORANG,
HUJAN BATU DI NEGARA SENDIRI,
MALAYSIA JUGA TETAP DI HATI.
p/s: Kat Beijing memang best, tapi kalau setakat nak
jalan-jalan boleh lah, kalau nak suruh tinggal kat sana, aku tak mahu. Nak buang air pun susah, penat nak kena tadah air dalam botol sebelum buang apa yang nak dibuang.
Siri pengalamanku bercuti di Beijing:
Bercuti di Beijing Episod 1
Bercuti di Beijing Episod 2
Bercuti di Beijing Episod 3
Bercuti di Beijing Episod 4
Bercuti di Beijing Episod 5
Tips bercuti di Beijing
by syaisya | Jul 16, 2010 | Beijing, Jalan-jalan
Tembok Besar China dah aku takluki, destinasi berikutnya untuk Koleksi Entri Beijing aku ialah Silk Centre. Di sini aku dapat berkenalan dengan ulat sutera dan mengetahui cara bagaimana sutera dihasilkan. Seperti yang semua ketahui, sutera dihasilkan oleh ulat sutera.
Inilah dia ulat sutera
Ulat-ulat sutera ini akan membuat kepompong. Sebelum ni, aku ingatkan kepompong hanya berwarna putih sahaja, rupa-rupanya aku silap.
Kepompong berwarna kuning.
Jika dalam satu kepompong mempunyai ulat sutera kembar, benang yang terhasil adalah berselirat. Benang ini tidak sesuai untuk dijadikan baju sutera, tapi digunakan untuk membuat cadar dan selimut.
Kepompong dah kering
Dalam kepompong yang dah kering ni, ada ulat sutera yang dah mati. Pemandu pelancong mengarahkan kami untuk cuba membuka kepompong ini. Kami pun cuba menarik-narik ia, tetapi tak berjaya untuk membukanya. Oh! Keras rupanya. Tengok macam tak ada apa-apa je, rupanya, memang sukar nak menguraikannya. Jadi macam mana cara nak membukanya untuk dijadikan benang?
Mula-mula, rendamkannya dalam air untuk melembutkannya
kemudian, masukkannya ke acuan berbentuk U terbalik. Beginilah rupanya.
Langkah ini diulangi beberapa kali sehingga menghasilkan ketebalan yang dikehendaki. Berapa lapis tak pula aku pasti. Benang tersebut dibiarkan kering.
Inilah ulat sutera yang dah mati, dikeluarkan dari kepompong.
Kemudian, pekerja-pekerja akan memegang kepingan benang tersebut, dan menariknya untuk dibentangkan di atas papan khas.
Lihatlah hasil kerja mereka. Benang-benang yang terbentang di papan, tak koyak pun.
Pemandu pelancong menawarkan kami untuk membentangkan benang sutera tersebut. Tanpa membuang masa, kami cepat-cepat pergi ke arah papan rentang tersebut dan memegang hujung kepingan benang. Yeah! Lihatlah kerakusan kami membentangkan benang sutera tersebut. Kalau pass, boleh lah buat part-time kat kilang sutera ni.
Tarik! Jangan tak tarik!
Dan inilah hasil kerja kami!
Hah! Hambik! Koyak rabak benang tu jadinya! Nampak tak?
Masa ni, terdetik di hati aku yang kami dah bazirkan benang mereka. Ya, gelak memang gelak lah, sebab ketawakan diri sendiri. Sebab apabila kami tarik je benang tersebut, memang terkoyak terus. Ala..tak pelah kan, kami ni kan pelancong, bukan pekerja kilang sutera. Apapun, dalam hati, aku kagum dengan skill pekerja-pekerja wanita tersebut. Cayalah!
Inilah kain cadar yang terhasil. Memang nampak cantik dan halus buatannya. Pergh! Ni kalau aku tidur dengan cadar ni, confirm tak nak bangun pergi kerja. Tak tidur kat atas cadar sutera pun dah malas nak bangun pagi pergi kerja.
OK, jom borong cadar sutera. Harganya jauh lebih murah dari yang terdapat di Malaysia. Untuk yang nak jadi raja sehari tu, memang sesuai borong cadar di sini. Stanby lah dalam RMB 1,500 kalau berhajat nak beli cadar dan selimut di sini. Kalau rasa nak borong kain sutera, bawa lah duit banyak-banyak. Tak rugi pun, memang kain sutera di sini cantik-cantik dan halus buatannya.
Pekerja sedang susun cadar yang dibeli. Banyak, kan, orang borong cadar.
OK, dah selesai cerita pasal cadar. Ni serba sedikit mengenai pemakaian sutera di China. Pada zaman dahulu, sutera hanya dipakai oleh orang istana. Kilang sutera pun hanya membuat pakaian untuk Maharaja dan Maharani. Halus..memang halus buatannya.
Pakaian-pakain ni besar sangat, aku nak snap gambar pun payah.
Tapi, zaman sekarang ni, siapa-siapa pun boleh pakai pakaian sutera, kan? Aku pun suka pakaian sutera, best! Tak panas. Anda suka tak?
Next entri: Beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke Beijing: Tips Bercuti Ke Beijing.
Siri pengalamanku bercuti di Beijing:
Bercuti di Beijing Episod 1
Bercuti di Beijing Episod 2
Bercuti di Beijing Episod 3
Bercuti di Beijing Episod 4
Bercuti di Beijing Episod 5
Tips bercuti di Beijing
Keadaan Terdesak Ketika di Beijing
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
by syaisya | Jul 10, 2010 | Beijing, Jalan-jalan
Sebelum ni, aku dah bercerita mengenai
Crystal Palace of Ming Tombs dan
Jade Centre. Untuk entri kali ni, aku ingin berkongsi pengalaman aku menjejaki Tembok Besar China. Aku tak pernah berangan untuk menjejakkan kaki ke Great Wall ni, apatah lagi memanjat dan menuruni tangga-tangga Tembok Besar China, yang sememangnya curam. Jejaknya kaki aku ke sini, menunjukkan bahawa aku telah pun melihat dengan mata kepala aku sendiri, salah satu dari 7 kejaiban dunia.
Wah! Tak de orang ke? Hehe..Ramai orang, tapi tunggu bila orang tak lalu, baru snap gambar ni.
Panjangnya Great Wall ni, kalau mengikut anggaran moden, 6, 400 km dan terdiri dari beberapa seksyen. Aku datang sini masa musim bunga dengan andaian dapatlah tengok bunga-bunga kat Beijing ni. Tapi, buka semua tempat berbunga. Sebab cuaca agak kering, jadi kalau tempat yang terima banyak hujan, dapatlah tengok bunga dan daun-daun kehijauan. Kalau tak, tengok batang pokok je.
Kebetulan pula, masa sampai sini, kabus tebal dan hujan renyai-renyai..Alamak..tapi nak buat camne kan, teruskan je seperti yang dirancang. Kami pun memanjat tembok ni, dan mengabaikan rintik-rintik hujan dan memfokuskan mata dan minda pada pemadangan yang terdampar indah, walaupun pemandangan dibatasi kabus.
Bunga yang glamour di Beijing – Bunga peach
Bunga peach menemani Tembok Besar China
Kami panjat sampai bahagian ke dua je. Di sini ada kedai yang jual barang-barang cenderahati seperti T-shirt, cap, keychain dan pelbagai lagi. Tapi bagi aku, harga nya agak mahal la.
Paling menarik dan berbaloi untuk dibeli di kedai ni ialah plate, yang certified kita dah pun panjat Tembok Besar China ni pada sekain-sekian haribulan. Tak mahal, RMB40. Kalau ikut exchange rate masa aku pergi, kira dalam RM20 je.
Sejarah Pembinaan Tembok Besar China
Menurut pemandu pelancong aku, tembok ni mengambil masa selama 100 tahun untuk dibina. Huhu..mana taknye, bina, runtuh, bina balik, runtuh semula. Begitulah beberapa kali runtuh sehingga akhirnya tersergam gah tembok ni setelah mengorbankan banyak nyawa. Pembinaan Tembok Besar China ini dilakukan secara berperingkat-peringkat dari satu dinasti ke satu dinasti yang lain.
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar ‘kubur terpanjang di Bumi’. Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Kalau berjaya panjat tembok ni sampai ke hujung, maka sampailah anda ke Mongolia.
Fungsi Tembok Besar China
Apa fungsi Tembok Besar China?. Kenapa Tembok Besar China di bina?. Tembok Besar China ini dibina untuk menghalang pencerobohan puak Mongolia dan Manchuria.
Lihatlah ketinggian tembok ini
Ada mangga pula. Mangga apa ni? Kenapa ada di sini?
Jawapan kepada persoalan aku ni terjawab sebaik sahaja memasuki bas untuk ke destinasi selanjutnya. Di mangga ni, tercatat nama pasangan-pasangan kekasih atau suami isteri. Tujuan meletakkan mangga disini, dipercayai konon-kononya kita dapat mengunci hati pasangan kita, supaya tak cari yang lain..Gitulah simboliknya..
Dah panjat,
kenalah turun, kan
OK, satu soalan bagi anda yang sedang membaca entri ni. Panjat susah ke, turun lagi susah?
p/s: Bagi aku, turun lagi susah. Panjat senang je, cuma jantung berdegup laju je dan kaki rasa lenguh sikit. Turun lagi susah, sebab cerun dan tapak kaki menerima banyak tekanan.
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
by syaisya | Jul 9, 2010 | Beijing, Jalan-jalan
Alhamdulillah, hari ni, aku dapat sambung entri Beijing yang dah tergendala sejak beberapa bulan lalu. Saat dan ketika ini, aku rasa aku mahu mengimbau saat-saat indah percutian aku ke Beijing. Mungkin sebab kala ini aku sedang tension. Yeah! Aku pergi melancong ni pun sebab tension. Jadi, sebelum buat entri ni, sempat lagi aku layan gambar-gambar percutian tu.
Secara jujurnya, aku masih belum habis tengok lagi kesemua gambar percutian aku di Beijing, walaupun aku bercuti awal April yang lalu. Mana tak nya, gambar dari kamera aku sendiri je, ada dalam 1400, gambar dari kamera akak aku lagi, gambar dari kamera kawan-kawan akak aku lagi..haa..hamek! setahun baru habis tengok semua gambar tu kot!.
Jadinya, bila aku nak pilih gambar untuk diselitkan di entri-entri Beijing ni, memang memakan masa. Kena ushar satu-persatu. Cari gambar yang sesuai. Untuk entri kali ni, seperti yang aku janjikan pada
entri sebelum ni, aku akan bercerita mengenai tempat ketiga yang aku lawati, iaitu Crystal Palace of Ming Tombs, Beijing.
Di ruang legar, terhimpunnya pelbagai jenis mineral. Jom kita cuci mata tengok antara ciptaan Allah yang indah.
Kristal Kekwa
Pyrite
Serpentine
White druse
Arsenotyrite
Ish ish! Kata ni tempat kristal, tapi kenapa pula ada banyak mineral, macam batu-batu je tu? OK, kristal itu sendiri merupakan sumber mineral semulajadi. Nama mineralogik nya ialah quartz, terhasil daripada silikon dioksida, mempunyai hardness 7 dan bergraviti tentu 2.66.
Zaman China dahulu kala, kristal dipercayai boleh menyerap tenaga cakerawala.
3 kelebihan kristal:
1. Jelas dan lutsinar
2. Berkilat dan berkilau
3. Mejauhkan kejahatan
Warna kristal dan maksudnya:
Putih – Suci
Kuning – Duit dan kekayaan
Merah jambu/ungu – cinta
Ok, sekarang, jom usha apa barang special yang ada dijual di sini.
Cermin mata kristal
Cermin mata kristal ni untuk mereka yang rabun dekat. Dia memang ada power, tau. Macam cermin mata yang ada di kedai-kedai cermin mata. Kelebihan cermin mata kristal ni, dia lutsinar. Cuba perhatikan gambar di atas, kelihatan seperti tiada cermin, bukan? Selain dari tu, kristal ni juga tak mudah calar. Uish! Kalau ada untuk rabun jauh, sure aku sambar 1.
Barang-barang lain, macam biasalah, barang perhiasan wanita. Berbaloi juga kalau beli loket, rantai atau gelang kat sini. Untuk perhiasan rumah pun ada juga. Macam-macam ada. Bagi peminat kristal, confirm rambang mata.
Haaa…topeng muka pun ada kat kristal ni.
Huarghh! Legamnya muka!
Bengis! Bengis!
Huhu…sedihnyer…
OK, lastly, sebelum mengeluarkan diri dari Crystal Palace ni, sempat lagi ambil gambar kristal ball merah ni.
Dipercayai, dengan menyentuh bola merah ni dan kemudian mohon 3 hajat, hajat akan menjadi kenyataan.
Hajat 1: Kekayaan
Hajat 2: Kesihatan
Hajat 3: Kahwin 4
(Hajat yang terakhir tu, ajaran sesat pemandu pelancong aku, Michael nama dia).
OK, InsyaAllah, kita ketemu lagi di next entri Beijing: pengalaman aku menakluki
Tembok Besar Cina.
p/s: Anda minat kristal? Saya minat, suka kristal lagi berbanding emas.
Siri pengalamanku bercuti di Beijing:
Bercuti di Beijing Episod 1
Bercuti di Beijing Episod 2
Bercuti di Beijing Episod 3
Bercuti di Beijing Episod 4
Bercuti di Beijing Episod 5
Tips bercuti di Beijing
Keadaan Terdesak Ketika di Beijing
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
by syaisya | Apr 17, 2010 | Beijing, Jalan-jalan
Penerbangan ke Tianjin Airport mengambil masa selama 6 jam. 3 jam pertama dalam flight aku mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Maklumlah, aku tak cukup tidur. Balik kerja pukul 6.30 petang, pastu ke Larkin naik bas ke KL. Tiba di KL pukul 1.30 pagi. Soksek-soksek ngan akak aku dan arrange packing bag, aku start tidur pukul 3.30 pagi. Bangun semula sejam kemudian, dan mula gerak ke LCCT jam 5 pagi.
Perut memang berkeroncong. Sangat berterima kasih pada kawan kakak aku yang menyediakan mee goreng untuk kami. Alhamdulillah, dapat juga isi perut. Kira sarapan lah tu.
3 jam kedua di flight, aku dah tak boleh tidur lagi. Mula lah aku bangun2 dan berjalan-jalan. Pergi ke seat akak aku di bahagian tengah. Seat aku ke-3 dari belakang. Adeh, memang penat duduk dalam flight lama-lama.
Ni pengalaman pertama aku naik flight. Kiranya, hati nurani aku ni, memang cukup tak suka naik flight. Boring dong. Kalau naik bas boleh juga tengok pemandangan. Nak tengok pemandangan dari atas awan, silau dengan cahaya mentari pula. Lagipun, seat aku kat tengah. Huhu.
Aku bosan. Mulalah tangan ni gatal nak klik2 kamera.
Setelah 6 jam memanaskan kerusi flight Air Asia, akhirnya aku menjejakkan kaki di Tianjin Airport. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Tianjin Airport, kami terus di sapa oleh angin yang kuat dan sejuk sehingga menusuk tulang-temulang. Semua orang excited time ni, termasuklah aku. Maklumlah, ni lah 1st time aku menjejakkan kaki ke negara orang. Excited sangat snap gambar, sampaikan aku jadi orang terakhir yang masuk ke dalam bas. Semua seat dah diduduki, kecuali satu seat tengah di bahagian belakang.
Pemandangan di luar Tianjin Airport
Perjalanan ke Beijing mengambil masa hampir 2 jam. Sepanjang perjalanan aku melihat pemandangan. Walaupun ramai yang tidur time ni, tapi tidak aku. Sebabnya, aku dah cukup tidur kat flight tadi. Lagipun, aku tak pandai tidur petang. (Tiba di Tianjin pukul 2.30 petang). Aku tak snap gambar pemandangan memandangkan aku duduk di bahagian tengah.
Sebaik sahaja tiba di Beijing, kami menonton persembahan akrobatik. Memang best dan mengasyikkan persembahan mereka ni. Yang paling menarik perhatian aku, persembahan sepasang lelaki dan perempuan (kiranya ibaratkan sepasang couple). Persembahan mereka sungguh asyik dan lemah gemalai.
Persembahan yang paling diminati dan dikagumi oleh semua penonton ialah persembahan motor berpusing-pusing di dalam globe.
Kat dalam globe ni lah motor yang pertama masuk, dan pusing-pusing kat dalam tu. Setelah beberapa minit (tak timing pula sela masa diorang), motor ke dua pula masuk. Kemudian, selepas beberapa minit, yang ke-3 pula. Mereka kat dalam tu buat beberapa formasi dengan motor2 mereka. Pada masa ni, kawan aku habaq, ni boleh masuk sampai motor ke-4. Yeke? Aku macam tak percaya je. Sekali je betul, muncul motor yang ke-4. Semua penonton dah bertepuk tangan. Setelah mereka berpusing2 kat dalam tu, muncul pula motor ke-5. Wah!! Sorakan dan tepukan tangan semakin gemuruh. Memang mantap lah diorang ni. Aku cuba membayangkan, tak pening ke kepala orang yang first tu. Fuhh..memang mantap la. Hebat!
Lepas tu, kitorang pergi makan. Tak susah makan kat Beijing ni. Ada banyak dah restoran halal yang dikendalikan oleh orang Muslim. Nak tahu restoran tu halal ke tak, tengok sign board dia. Kalau sign board warna hijau, maksudnya Halal. Signboard merah, tak halal. Kedai rokok kat sini pun ada yang bersign board hijau. Ada juga rokok yang tak halal, ya.
Lepas makan, check in ke hotel.
Toilet yang hanya ada tisu paper je. So, di mana jua anda berada di China, sila bawa botol kosong untuk beristinjak
Shower. Walau tak berpeluh tapi mandi juga. Sebab dah terbiasa. Pemandu pelancong pesan, sabun 1 hari sekali je, untuk mengelakkan kulit kering dan mengelupas.
Tu je aktiviti kitorang pada hari pertama ni. Biasalah kan, hari pertama dan terakhir masa habis kat perjalanan je.
Bersambung ke siri berikutnya, di
Jade Centre. 5 hari aku bercuti di Beijing. Yeay! Best sangat-sangat!
Yang suka berjalan,