Baru-baru ini, Celcom telah mengeluarkan produk baru yang dikenali sebagai The Cube. Secara asasnya, The Cube memberikan khidmat data kepada para pelanggan. Ini adalah kerana, sekarang ini penggunaan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Youtube menjadi trend kehidupan masa kini.
Dalam starter pack ini didatangkan dengan kredit sebanyak RM5. Aku berpeluang menggunakan khidmat The Cube ini untuk mengupdate status di Twitter agar rakan-rakan dapat mengetahui aktiviti yang sedang aku lakukan sepanjang bersama dengan My Selnagor Story.
Kewujudan The Cube memudahkan orang ramai untuk berhubung dengan rakan-rakan melalui Twitter dan Facebook. Dengan adanya The Cube, anda tidak perlu mempunyai telefon bimbim pintar untuk membaca tweet dari rakan anda dan jug artis kegemaran anda kerana The Cube memberikan kemudahan kepada anda untuk bertwitter hanya melalui SMS dengan hanya RM1 tanpa had selama seminggu. Bagaimana?. Mudah sahaja.
Cara Untuk Tweet Melalui SMS
1. Pengaktifan Twitter SMS
Ketika mengaktifkan akaun twitter, anda perlu ‘link’kan akaun twitter akaun anda dengan nombor telefon anda. Jika belum ada akaun Twitter, daftar di sini: Twitter
2. Cara mulakan twitter sms
Mudah, bukan?. Segalanya dihujung jari anda. =P Kini anda boleh bertwitter dengan rakan-rakan anda di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa sahaja kecuali ketika anda sedang tidur. Hehe 😀
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada hari ke-2, selepas melakukan aktiviti Lawatan Air Surut, aku menerima kamera DSLR Kr + 18-55mm yang berwarna merah jambu terang untuk digunakan sepanjang menjalankan aktiviti bersama My Selangor Story. Sebaik sahaja terpandang kamera ini, rakan-rakan blogger yang lain tertarik untuk membelek-belek kamera ini. Sudah tentulah kerana warnanya yang menyerlah iaitu pink terang.
Zoom lens, 18-55 mm, 12.4 megapixel, CMOS sensor, 3″ LCD with 921,000 dot untuk resolusi live view, 720p HD video, 11 poin AF, 6 FPS frame rate dan ISO 25,600
3 Warna Pilihan
Pentax K-r didatangkan dengan 3 warna iaitu hitam, putih dan merah jambu.
Pandanganku sepanjang menggunakan kamera DSLR Kr + 18-55mm Pink ini.
1. Ringan
Ini merupakan kali pertama aku menggunakan DSLR kerana aku hanya ada sebiji kamera semi-pro. Kali pertama memandang DSLR ini, sudah pastinya warnanya yang pink terang itu yang mencuri tumpuan. Kemudian, apabila aku memegangnya, ternyata ianya ringan. Aku suka DSLR yang ringan kerana tanganku cepat lenguh jika memegang barang yang berat.
2. Mudah alih
Kamera ini juga mudah dibawa kemana-mana dan ianya didatangkan dengan beg yang juga menarik rekabentuknya. Kamera warna pink, beg pula warna merah. Tak ke memang meriah tu. Hehe.. 😀
3. Mudah untuk dikendalikan (mesra pengguna)
Sebagai amatur dalam menggunakan DSLR, aku berasa seronok kerana dapat mencuba kamera DSLR Kr + 18-55mm Pink jenama Pentax ini. Dengan gembiranya aku menggunakan kamera ini kerana memang dah lama teringin nak DSLR ni. Tapi tak mampu lagi nak beli. Huhu.. Walaupun tak pandai sangat menggunakannya, namun ramai rakan blogger yang sudi mengajar aku. Terima kasih kepada Hafiz kerana sudi menjawab macam-macam soalan dariku.
Kamera ini juga mudah untuk difahami fungsi-fungsinya. Setting-setting yang ada mudah untu diubah.
4. Sesuai untuk amatur dan professional
Kamera ini sesuai juga untuk amatur yang baru sahaj mahu berjinak-jinak dengan dunia fotografi kerana mempunyai fungsi auto mode. Namun begitu, bagi yang sudah pro, bolehlah menggunakan manual mode.
5. Sesuai untuk perempuan dan penggemar pink
Penggemar pink pastinya suka kamera berwarna pink ini dan biasanya perempuanlah sesuai untuk pink ni. 😀
Kredit foto: Nigel
Gambar-gambar yang terhasil:
Berikut adalah beberapa gambar yang terhasil menggunakan kamera Pentax DSLR Kr + 18-55mm Pink ini.
Gambar menggunakan auto mode:
Auto mode ketika menerima bayang-bayang dari cahaya matahari.
Auto mode, ISO 400
Antara gambar yang diambil pada waktu malam.
Gambar tulisan ini diambil dengan menggunakan fungsi macro pada keadaan gelap di Restoran The Mix.
Pada keadaan yang gelap, kamera ini masih mampu menangkap gambar yang sharp untuk imej yang sedang bergerak pantas.
Gambar menggunakan fungsi macro dan percubaan untuk kaburkan background.
Gambar menggunakan landskap:
Aku juga berpeluang merakam video menggunakan Pentax K-r DSLR ini. Video yang terhasil adalah bagus, terang dan jelas walaupun rakaman dilakukan pada persekitaran kurang cahaya dan warna lampu bertukar-tukar ketika penari menari.
Secara kesuluruhan, memang best menggunakan kamera ini. Pengguna kamera ini juga akan dengan mudahnya mencuri tumpuan orang ramai kerana warnanya yang pink menyerlah lain dari yang lain. 😀
Terima kasih kepada Pentax kerana memberiku peluang menggunakan DSLR buat pertama kalinya.
Entri berikutnya >> The Cube, Penghubung Media Sosial Anda <<
Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:
Hari ke-5, hari terakhir aku bersama My Selangor Story 2011, bangun seawal jam 4.30 pagi kerana perlu berkumpul di lobi hotel jam 5.30 pagi. Walaupun flight aku jam 7.25 pagi, tetapi oleh kerana ada 2 orang peserta yang flightnya jam 6.55 pagi, maka kami (aku bersama 5 orang lagi peserta dari Indonesia) perlu berkumpul di lobi jam 5.30 pagi.
Huwaa…rasa sayang sangat nak tinggalkan katil dan comforter hotel yang sangat empuk ni. Tak puas rasanya sebab dapat tidur atasnya 4 jam sahaja. Kalau boleh nak bersembunyi disebalik conforter tu lagi. Tapi apakan daya, waktu telah tiba untuk aku pulang ke rutin harian biasaku.
Aku, Andi Gita, Andi Kus dan Shaleh Drehem bersarapan di tempat duduk yang disediakan di Sky Park Terminal sahaja. Sarapan kami pagi itu dibekalkan oleh pihak The Mix kerana kami tak dapat bersarapan pagi bersama-sama rakan blogger yang lain. Hik-hik. 😀
Tiba-tiba aku terbayangkan pelbagai juadah menarik yang menanti rakan-rakan blogger yang lain di hotel. Huhu..jelous ni. Tapi takpelah, aku perlu pulang seperti yang dijadualkan. Balik awal pun bagus juga, boleh berehat awal. 😀 Apa yang ada ni pun dah kira OK. Dalam flight dapat lagi makanan. 😀
Sementara menunggu masa berlalu, aku ternampak pramugari dan juga pilot sedang berjalan bersama-sama ni untuk memulakan tugas mereka. Jam 6.45 pagi, kami check in dan menunggu di balai pelepasan. Kami terbang ke Johor Bahru tepat pada masa seperti yang dijadualkan. Dalam fligt, aku memilih jus oren dan juga muffin.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai lewat 5 minit kerana cuaca agak kurang baik. Aku kemudian menjadi pemandu pelancong sementara kepara 3 orang rakan blogger dari Indonesia ini untuk membeli cenderahati untuk teman dan sanak saudara mereka. Kemudian, barulah aku pulang semula ke kolej kediamanku dengan menaiki bas dan teksi.
Lama juga aku menunggu bas yang tak kunjung tiba. Aku berbual-bual dengan seorang perempuan yang juga menunggu bas yang sama. Melalui perbualan denganya lah, baru aku tahu, bahawa tambang teksi dari perhentian Senai ke lapangan terbang ini hanya RM7 sahaja. Dush! Sakit je hati, bila dapat tahu kena tipu. Hari tu, aku kena ketuk sampai RM15. Lebih dari 2 kali ganda tu. Ingat lagi tak pada entri pertama ku, yang aku katakan bahawa aku ditipu?. Haa.. ni lah dia. Huhu…
Aku tiba di bilikku jam 12 tengahari. Maka berakhirlah perjalananku bersama My Selangor Story 2011. 😀 Walaupun penat, tapi seronok!. Memori indah yang kami cipta bersama tidak akan kulupakan. Miss they all. 😀
Terlalu banyak pengalaman pertamaku sepanjang menyertai My Selangor Story 2011 ini. Jom saksikan video ini, untuk semua pengalaman pertamaku:
Kini, sudah tiba malam terakhir aku bersama My Selangor Story 2011 Contest. Rasa bagaikan baru semalam aku landing di Sky Park Terminal, Subang. Cepatnya masa berlalu tak kurasa. Mungkin kerana terlalu seronok menjalankan semua aktiviti yang menguji ketahanan fizikal bersama-sama rakan-rakan blogger yang lain menyebabkan 5 hari dirasakan bagai sehari.
Makan malam bermula jam 7-9 malam. Banyak benar juadah yang disediakan. Perut pun memang dah terasa lapar sejak dari petang lagi. So, dengan rasa tak sabarnya nak makan ni, tapi perlu ambil gambar makanan terlebih dahulu. Hehe… 😀
Kami makan dan berbual-bual sesama sendiri memandangkan selepas ini kami akan berpisah. Para peserta mengambil sibuk gambar antara satu sama lain sementara menunggu tetamu kehormat, En. Fazly, Pengurus Acara dan Pemasaran Tourism Selangor.
Sebaik sahaja En. Fazly tiba, beliau terus memberikan ucapan.
Kemudian, live band telah dimulakan pada jam 9 malam dan kami dijemput untuk ke bahagian bawah restoran untuk menyaksikan live band oleh Zynchro Band.
Kami turun ke bawah dan enjoy the music. Vokalis utama band ini, Les menjadi tumpuan ramai blogger wanita kerana mukanya yang handsome. Hoho… 😀
Video live band, Zynchro Band:
Pada jam 12 tengah malam, kami mengadakan birthday parti untuk Amelia Tan. Amelia sekali lagi menghadiahkan sebuah lagu kepada kami. Pada malam tu, memang meriah dan blogger-blogger menari riang.
Setelah majlis tamat dalam pukul 12.30 malam, kami pulang ke bilik hotel, dan memulangkan kamera Pentax yang dipinjamkan kepada kami.
Aku berkemas dan tidur awal kerana perlu bangun seawal 4.30 pagi kerana flight aku untuk pulang ke JB jam 7.45 pagi.
Setelah kekenyangan menjamu selera di Rajawali Coffee House Awana Genting Highlands Golf and Country Resort, kami menaiki bas menuju ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie yang terletak di Shah Alam.
Setibanya kami di lobi hotel, kami dihidangkan dengan jus oren sebagai welcoming drink. Kemudian, Amelia mengagihkan kunci bilik. Keadaan bilik cantik juga dan mengujakan.
Keadaan toilet:
Dari tingkap bilik, boleh nampak orang sedang bermain golf.
Aku berehat 3 jam di bilik hotel sebelum bersiap sedia untuk makan malam terakhir kami di The Mix. Ni kira makan malam penutup My Selangor Story Contest 2011 lah.
Aku keluar awal sikit. Walaupun Amelia Tan meminta kami agar berkumpul di lobi pada jam 6.30, tapi aku dan roomate ku, Esther keluar setengah jam lebih awal untuk mengambil gambar kawasan persekitaran hotel.
Kolam renang di luar hotel.
Ketika berjalan-jalan di lobi hotel, terlihat seorang perempuan sedang bermain piano dengan penuh asyik.
Peserta MSS 2011 sedang menunggu rakan-rakan yang lain di lobi hotel.
Setelah semua berkumpul, kami bergerak beramai-ramai ke Restoran The Mix untuk dinner terakhir. 😀 Huhu..sedih juga dah nak habis tour ni.
Selepas membersihkan diri daripada aktiviti Tears of The Sun, kami makan tengahari di Rajawali Coffee House Awana Genting Highlands Golf And Country Resort.
Dato’ Ruddin Salim, Naib Presiden General Manager Awana Genting Highlands Golf And Country Resort turut memberikan ucapan ketika kami sedang menjamu selera.
Makanan kat sini memang super sedap!. Macam-macam juadah ada. Pelbagai jenis pencuci mulut yang mengeliurkan, sampai rambang tekak ni pilih nak makan yang mana satu. Tengok semuanya mengujakan.
Pelbagai jenis jeruk:
Pelbagai jenis sayur-sayuran.
Selepas makan, kami bergambar beramai-ramai sebelum mula melangkah masuk ke dalam bas untuk ke destinasi berikutnya, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie .