MELAYU BOLEH

MELAYU BOLEH

MELAYU BOLEH

 

Melayu Boleh!. Ya, Melayu Boleh!. Kenapa pula orang Melayu tak boleh maju?. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukari kata, “Tiada sebab kenapa orang Melayu tak boleh maju”.

melayu boleh tan sri syed mokhtar al-bukhari

Tapi masalahnya orang Melayu ni banyak yang PHD. Bukan PhD Doktor Falsafah tu. Kalau PhD Doktor Falsafah tu memang bagus. Tapi ni PHD “Penyakit Hasad Dengki”. Memang tak bagus sama sekali.

Bila Nampak orang Melayu baru je nak buka bisnes, dah didoakanya orang tu gulung tikar. Kalau pun tak nak support bisnes orang tu, tapi sekurang-kurangnya doakanlah yang baik-baik. Ni satu masalah besar kenapa orang Melayu susah nak maju. Nampak orang Melayu nak maju sikit, siaplah didengkinya. Orang macam ni, Dr. Azizan Osman panggil “biawak”.

Hakikatnya, kalau nak berjaya, kita kena abaikan sikap biawak orang lain dan juga sikap biawak yang ada dalam diri sendiri. Ye lah, kadang-kala bila kita nak melakukan satu perkara kebaikan, dalam hati sendiri pun mulalah berkata-kata. “Eh, boleh ke aku buat macam ni. Nanti orang kata apa pula”.. bla..bla… blaa.. dan sebagainya. Maka, biawak dalam diri juga perlu dimansuhkan!. Nyah kau biawak! Pergi jauh-jauh!. Ya, orang Melayu boleh atasi sifat biawak ini.

Melayu Boleh Kata-kata hikmah motivasi Robert Kiyosaki

Melayu boleh!. Orang Melayu yang berjaya takkan takut dengan kegagalan kerana kegagalan adalah antara proses untuk berjaya. Kita kena bangkit dari kegagalan. Sekali gagal, tidak bermaknanya gagal selama-lamanya. Melayu boleh terus maju ke hadapan seiring dengan kejayaan dan kemajuan bangsa lain.

melayu boleh kata-kata motivasi irfan khairi

Ya, Melayu boleh. Jika orang Melayu terus berusaha tanpa memberikan alasan dan tidak mudah putus asa.

Melayu Boleh!. Hang Tuah kata, “takkan hilang Melayu di dunia”. Melayu Boleh!

error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 14684160 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/functions.php on line 625