SUAMIKU ENCIK SOTONG

SUAMIKU ENCIK SOTONG

SUAMIKU ENCIK SOTONG

 

Suamiku Encik Sotong. Aku terus tergelak sebaik sahaja terbaca tajuk buku ni kat dalam emel yang aku terima dari MPH. Suamiku Encik Sotong?. Menarik tajuk ni. Nak juga tahu sinopsis novel ni.

 

sinopsis novel suamiku encik sotong

 

SINOPSIS  SUAMIKU ENCIK SOTONG

 

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi… cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” – Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” – Erica

Baca sinopsis ni macam dah boleh agak dah jalan ceritanya macam mana. Biasalah kan, tema kahwin tanpa cinta. Novel-novel Melayu memang banyak tema ni, walaupun dalam dunia reality, lebih ramai yang berkahwin atas dasar cinta.

Harga novel ni RM25.90. Sesiapa yang berminat nak baca novel ni boleh lah beli. Aku ada banyak novel yang tak sentuh pun lagi. Novel-novel tu semua aku beli masa book fair sebelum ni. Tapi aku rindu juga sebenarnya nak baca novel-novel ni sebenarnya. Cuma sekarang ni aku lebih ghairah untuk baca buku-buku yang boleh meningkatkan financial IQ aku. 😀

p/s: Sotong takpe kan, asalkan tak cenderung kepada yang sama jenis.

NOVEL CURI-CURI SUKA GIVEAWAY

NOVEL CURI-CURI SUKA GIVEAWAY

novel curi-curi suka

Novel Curi-curi Suka

Masa untuk Giveaway! Curi-Curi Suka Giveaway!. Yeahhh!… Cewah. Lama dah tak update blog ni. Sibuk dengan open house, marhaban, melayan tetamu dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah, sekali dengan pakej penginapan di rumah. Ahaks!. Pastu sem baru dah start ni, stay pula di kolej baru yang WiFi nya… hmm… malas nak cakap banyak lah. Yang pastinya, aku susah nak update blog di kolej. Terpaksa ke library malam kalau nak berinternet, tu pun tak sempat nak update blog, macam-macam benda perlu settlekan sekarang ni. Dah final sem ni kan.Ermm…
Ni first time rasanya aku nak join Giveaway blogger famous amos yang bernama Eqbal Zack ni. Dah 6,300+ follower dia 😀 Mesti ramai yang kenal Abang Eq yang kacak, smart dan intelligent ni kan. Owh, ni bukan nak mengampu, ni sekadar pandangan peribadi aku je. Kalau aku nak ampu pun belum tentu menang GA ni pun, sebab pemilihan pemenang secara random.Ngeh3.
Tak susah nak join. Senang je. Jadi follower, buat entri, tinggalkan komen beserta link entri penyertaan. Mudah je kan. Asalkan sempat hantar link penyertaan sebelum 16 September, 11.59 malam  maka penyertaan diterima. Tu je. Pastu, tunggulah, 18 September, kalau lucky atau dalam bahasa Melayunya bertuah, dapat lah Novel Curi-Curi Suka karya Liyana Zahim ni atau dapat Eqbal Zack fridge magnet limited edition atau dapat kedua-duanya gitu…

 

Tak best juga kalau tak tahu Curi-curi Suka ni novel cerita pasal apa. Tapi kalau berdasarkan tajuk je pun macam dah boleh agak juga apa ceritanya. Ala.. cerita pasal dalam diam tersuka kat seseorang lah tu kan. Apa pun, jangan dok main serkap jarang je. Haip! Tak elok. Jom baca sinopsis novel Curi-curi Suka ni.

SINOPSIS CURI-CURI SUKA GIVEAWAY

Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah.
Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!
‘Malapetaka’ makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya.
Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintainya itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi itu seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.
p/s: Macam best je juga kan cerita ni. Tapi tah-tah si Ezroy tu pun sebenarnya Curi-curi Suka juga. Ahaks!. Dengar-dengar Liyana Zahim ni pun blogger. Tak sempat pula nak cari blog Liyana Zahim ni. Member dah tunggu ni.
p/s/s: Oh, malam ni nak buat 1 lagi entri GA. Hope sempatlah. Sekarang ni nak goreng keropok lekor Kemaman dulu. Ada orang belanja keropok lekor. Hehe 😀
AWAK SUKA SAYA TAK? – MELUR JELITA | REVIEW NOVEL

AWAK SUKA SAYA TAK? – MELUR JELITA | REVIEW NOVEL

novel awak suka saya tak? melur jelita karya seni

Awak Suka Saya Tak?

Awak Suka Saya Tak? Itulah dia tajuk novel yang baru je aku khatamkan kelmarin. Seronok dapat khatamkan novel setebal 1056 muka surat, karya Melur Jelita ini. Pertama kali aku membaca novel hasil tulisan novelis bernama Melur Jelita ni.

Sebenarnya, aku kurang gemar baca novel tebal-tebal ni. Melihatkan ketebalan novel ni, aku jadi gerun. Aku tahu, novel tebal-tebal ni akan memakan masa yang lama untuk dikhatamkan. Start baca novel ni pada awal Ramadhan sewaktu berada di kampung, menyambut awal Ramadhan. Tapi, seminggu berikutnya, aku kembali ke U, novel ni aku tinggalkan, sebab aku tahu aku tak akan peruntukkan masa untuk baca novel ni di U, kerana perlu menyiapkan beberapa jurnal penyelidikan. Selepas seminggu raya, aku sambung baca novel ni semula.

Pada awalnya, memang aku tak nak beli novel ni. Tapi, setiap kali aku ke kedai buku Popular, aku terdengar orang cakap yang novel ni best. Kemudian, lain hari, aku ke Popular, dengar lagi orang cakap novel ni best. Lama-lama, “Ish! Tak boleh jadi ni. Ramai sangat yang kata novel ni best”. Tu yang aku beli juga novel Awak Suka Saya Tak? ni. Hehe…. Terpengaruh sudah… huhu… Novel Awak Suka Saya Tak? ni, baru sahaja 5 bulan di pasaran, sudah capai cetakan ke-7. Terserlah yang novel ni mendapat sambutan yang hangat.

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK?

Antara Hilman Yong dan Damien Yong, saipakah menjadi pilihan Intan Zulaikha? Walau siapa pun dia, cintanya hanya untuk seorang yang bernama Intan Zulaikha.

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea – American – Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…

Kembalilah…

 hilman yong awak suka saya tak?
Hilman Yong
Damien Yong Awak Suka Saya Tak?
Damien Yong
Intan Zulaikha Awak Suka Saya Tak?
Intan Zulaikha

Review Awak Suka Saya Tak?

Apabila aku dah baca novel ni, OK, aku akui, novel ni memang best. Ia mengisahkan seorang mualaf bernama Hilman Yong, yang menyintai Puteri Intan Zulaikha dan dia mendidik Intan dengan ajaran-ajaran Islam secara berhemah. Hilman Yong sangat sabar dengan kerenah Intan yang ego dan baran, tak mudah mengaku salah dan tak nak minta maaf.

Hilman melayan Intan dengan baik sekali. Intan lebih banyak memberi berbanding menerima. Banyak adegan-adegan yang sweet dalam novel ni. Bukan mudah untuk Hilman mendapatkan Intan. 11 tahun menyayangi dan cuba mendapatkan Intan, belum cukup untuk mengubah perangai Intan yang panas baran.

Sehingga 1 insiden, Hilman terlalu marah pada Intan. Intan mula menyesal dan rendahkan egonya. Tapi, Hilman dijumpainya terbaring tidak sedarkan diri di tepi pantai. Intan cuba menyelamatkan dan menemani Hilman di hospital tetapi dihalang oleh mummy Hilman dan dituduh sebagai punca kejadian.

Sepanjang pembacaan, terlalu banyak kenangan manis antara Intan dan Hilman. Pada awal cerita, ada konflik sikit. Di bahagian tengah, tak banyak konflik selain dari kisah manis percintaan Intan dan Hilman. Penat juga aku nak baca cerita yang agak mendatar di pertengahan novel ni. Aku ni memang suka baca cerita yang ada konflik, sebab lagi bersemangat nak meneruskan bacaan. Hehe…Tapi, aku faham, yang Melur Jelita cuba menyampaikan tema kasih sayang dalam novel ini dengan sebaik-baiknya. Hilman mengajar Intan tentang Islam melalui dialog seharian. Tidak formal dan santai. Akhirnya Hilman memang berjaya mendidik Intan.

Bagi aku, penulis berjaya menggunakan ilmu pengetahuannya yang sedia ada tentang Islam sesuai dengan beliau yang berkelulusan Usuluddin. Banyak perkara tentang Islam disentuh dalam novel ini termasuk adat orang Melayu. Terutama adat perkahwinan orang Melayu, yang pada aku memang betul pun apa yang Melur Jelita sampaikan di dalam novel ini.

Kesimpulannya, banyak perkara yang dapat aku pelajari sepanjang membaca novel Awak Suka Saya Tak? ni. Selain mengenai Islam, dapat belajar cara menunggang kuda dan juga penjagaan kuda. Masa baca novel ni, aku pun jadi rasa teringin nak menunggang kuda. Sebenarnya, ia adalah salah satu hasrat aku bila aku sambung belajar semula ni. Dulu masa undergrade, tak pula walau sekali aku menunggang kuda, walau di Uni ini ada kuda.Dah sem terakhir ni, InsyaAllah, aku akan sampaikan juga hajatku ini. Hehe 😀

Cuma 1 je yang aku rasa kurang syok baca novel ni. Bila salam dijawab “Waalaikumsalam”. Yang betul, “Waalaikumussalam”. Oh, betulkan aku jika aku tersilap, ya.

Blog Melur Jelita. FB Awak Suka Saya Tak?. Baca novel Awak Suka Saya Tak? online. Tapi tak semua bab lah boleh dibaca secara online. Melur Jelita ada satu lagi novel iaitu I Love U, Stupid. Tengok kat FB ramai yang ternanti-nanti episod I Love U, Stupid ni. Boleh lah nanti aku layan ILUS ni. 😀 Ish, semua novel nak baca, aku ni. Huhu..

p/s: Oh, baca novel ni, 1st time aku dengar istilah “Kera Tampar Mata”. Korang tahu tak maksud “kera tampar mata” tu apa?.

Macam biasa, lepas habis baca, nak let go novel ni. Ada 2 kotak dah novel-novel yang aku tak habis baca lagi. Tak cukup tempat dah nak simpan novel-novel ni. Banyak betul. Huhuhu. Berminat nak dapatkan novel ni?. Boleh tinggalkan komen di bawah. Aku akan reply dan balas emel. 😀

Anda peminat novel?. Jom Like FB page Suka Baca Novel ni. 😀

REVIEW NOVEL KAU, AKU, KITA KARYA ORKID EDYLIYNE

REVIEW NOVEL KAU, AKU, KITA KARYA ORKID EDYLIYNE

Dah lama juga aku tak review novel sebab dah beberapa bulan tinggalkan hobi membaca novel ni. Baru beberapa minggu ni dapat gunakan masa yang ada untuk baca novel dan 3 buah novel telah berjaya dikhatamkan dalam masa 2 minggu 😀 Satu pencapaian yang agak cemerlang buat diriku. Hehe.. Bagusnya lah kan, kalau aku boleh baca journal segigih aku baca novel. Ops!

Novel pertama yang dikhatamkan ialah Gelak Tergolek. Habis baca Gelak Tergolek, aku baca Kahwin Ganti pula dan kemudiannya baca novel Kau, Aku, Kita. Kat bawah ni adalah koleksi terbaru novel-novel yang aku beli beberapa minggu yang lalu (3 minggu yang lalu, kot =P). Masa tu ada Pesta Buku, so aku pulun beli novel banyak-banyak macam nak buat stok setahun dah. Aiyak!. Tapi semalam aku beli lagi 1 novel, Seindah Sakura. 😀 Yang ada banyak ni pun tak baca lagi. Ngeh ngeh 😛

koleksi novel terbaru

Novel-novel untuk dibaca

So, aku akan buat review in reverse order. Review novel yang latest aku baca dulu. Novel ni aku beli atas cadangan junior aku yang juga merupakan kaki novel tegar, malah aku rasa dia lagi tegar dari aku. Hampir semua novel kat pesta buku tu dia dah baca. Ammak! 😀 Pastu dia kata, “Kak, ni best. Yang ni best, ni pun best, kak”.  Penyudahnya total dekat RM300 novel aku borong. Tapi, aku akan jual balik semua novel yang aku dah habis baca, kecuali novel Stanza Cinta, aku tak mahu jual. 😀

Aku start baca novel Kau, Aku, Kita ni selepas kepala rasa berat sangat, selepas buat abstrak dan 1 perenggan introduction paper jurnal penyelidikan yang sedang aku usahakan sekarang ni. Sakit kepala nak siapkan jurnal ni. Huhu… Sob sob…

Kau Aku Kita novel Orkid Edyliyne

Kau, Aku, Kita

SINOPSIS KAU, AKU, KITA

Ni sinopsis versi Sya Isya, ya. Bukan sinopsis yang terdapat di belakang novel. Harap maklum.

Novel KAU, AKU, KITA mengisahkan 2 orang yang bernama Iman Firdaus yang berlainan jantina. Bertemu secara tak sengaja ketika Iman (perempuan) melarikan diri dari mafia yang sedang mengejarnya. Masa tu, Aus (lelaki) pun ikut lari juga. Dia ingatkan mafia tu kejar dia, sebab mafia tu teriak nama “Iman Firdaus!”.

Aus yang dipaksa berkahwin oleh bapanya, tak mahu dikahwinkan dengan calon bapanya. Maka Aus mendapat idea untuk minta tolong Iman kahwin dengan dia. Iman ni hidup dia naif sangat. SPM pun tak ada. Tak habis belajar sebab orang susah, nak tolong ibu bapa dia sekolahkan 5 orang adik lelakinya. Dalam cerita ni ibu bapa Iman dah meninggal, pada mulanya. Hehe.. Kenapa aku cakap pada mulanya, sebab bila baca novel ni, bila dah sampai belakang, tiba2 ibu bapa dia belum meninggal lagi lah pula. 😀 Hehe.. Macam mana tu?. Kalau nak tahu korang kena baca novel ni lah.

Sebelum kahwin tu, biasalah kan, ada perjanjian. Tapi perjanjian dalam cerita ni tak dituliskan dalam kertas… maksud aku, diorang ni tak buat kontrak lah. Just cakap mulut je. Perjanjian antara 2 insan yang bernama Iman Firdaus. (Memang banyak novel kahwin tanpa cinta ni ek. Sebelum kahwin buat perjanjian dulu 😀 )

Kata Aus yang merupakan pelakon kacak kegilaan ramai ketika ajak Iman kahwin:

“Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula”.

Gitulah gamaknya. Si Iman ni pun tolong kahwin dengan Aus sebab Aus bagi dia gaji sebagai isteri dan siap bela adik-adik dia semua, bawa tinggal dengan keluarganya. Iman ni anak dato’ dan datin ler.

REVIEW KAU, AKU, KITA 

Ni aku nak buat review jujur ni. Secara jujurnya, aku mula membaca novel ni tatkala mood aku untuk membaca novel memang tak berapa nak ada mood. Dan novel ni juga sehingga ke ayat terakhir aku baca, tak berjaya menceriakan mood aku. Huhu… Jalan cerita agak mendatar, takde banyak konflik. Err.. rasanya memang tak ada konflik sangat kot. Melainkan Iman minta diceraikan.

Cerita lebih banyak berkisar pada hubungan Aus dan Iman sebagai suami isteri. Aus ni sebenarnya dah sayang Iman, tapi dia memang jenis lelaki yang tak tahu nak layan perempuan baik-baik dan tak tahu nak tunjukkan perasaan kasih sayang dia yang sebenar. Bahasa kasar je, kalau bercakap tu ala-ala bagi arahan je dengan muka takde perasaan. Iman pula perempuan yang blur. Selalu je tak faham apa Aus cakap, lepas tu kecik hati, sayu hati. Gitu lah mereka suami isteri.

Ada unsur humor juga dalam novel ni yang membuatkan sekali sekala aku tergelak juga. Tapi, overall, aku tak berapa nak ada rasa enthusiastic ketika membaca novel ni. Uhuhu…

Ok, 2 bintang untuk novel Kau, Aku, Kita. (Lain orang lain citarasanya).

Novel Kau, Aku, Kita ni merupakan novel kedua Orkid Edyliyne (OE). Novel pertama dia, Tuan Rumah Pembantu Rumah. Aku pun belum baca lagi novel pertama OE ni. Ada tu haa novel ni kat longgokan novel yang aku borong tu. Karang-karang lah aku baca. Siapkan jurnal dulu. Huhu..

Kalau nak baca novel Kau, Aku, Kita ni secara online, boleh baca kat blog Orkid Edyliyne ni. Tapi, separuh je lah cerita ni boleh baca online.

Lepas ni, InsyaAllah, aku review novel Kahwin Ganti pula. Haaa…Kahwin Ganti ni best. Diulangi sekali lagi, novel Kahwin Ganti, best. Cuma ada 1 perkara je yang aku tak agree dengan novel Kahwin Ganti ni. Macam nak ajak berdebat je dengan junior aku ni pasal perkara nan 1 ni. Cewah!. Debat gitu!.

p/s: Lepas ni aku ingat nak beli novel Cinta High Class, ni novel tarbiyyah. Masih dalam perancangan ni. Dah ushar-ushar dah novel ni kat kedai buku. 😛

BICARA HATI | SINOPSIS, NOVEL ONLINE, TONTON DRAMA ONLINE, DOWNLOAD, PELAKON

Baru-baru ni aku berada di kampung selama seminggu. Kali ni balik kampung, terlebih lama sikit. Tangan mak aku sakit, so banyak kerja dia tak boleh nak buat. Uruskan itu ini, tolong mak aku macam-macam lah kat kampung, last-last seminggu juga aku melepak kat kampung.

Lepak jugalah, menguruskan segala macam hal rumah, bukan 1 rumah tetapi 2. Huhu… Walau bagaimanapun, masa dok kat kampung tu, aku ada buat marathon tonton drama Bicara Hati secara online. Fuhh… dah lama tak buat marathon tengok drama Melayu. Selalu aku marathon drama Korea atau Jepun. 😀

Selepas aku download drama Seindah Sakura, aku pun tertarik hati nak tengok drama Bicara Hati ni. Dah lama juga aku tahu pasal drama Bicara Hati yang juga merupakan drama yang diadaptasi dari novel Bicara Hati hasil tulisan Damya Hanna ni. Tapi, disebabkan aku tak menonton rancangan di Astro, so terlupalah pasal drama ni.

Novel Bicara Hati ni dah lama aku baca. Ketika aku buat ijazah dulu. Masa aku 1st year kalau tak silap, aku khatamkan novel ni. Memang best pun novel Bicara Hati ni. Asyik… Jom baca Sinopsis Bicara Hati yang ada kat belakang novel ni:

Sinopsis Bicara Hati

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Drama Bicara Hati, sebanyak 26 episod ni mula ditayangkan di Astro Prima 3 Januari lalu. Tapi baru ni aku nak tengok. Tu yang marathon tu. Hehe.. lagipun kat kampung je lah aku boleh tengok drama atau movie secara online tanpa terputus-putus sebab laju je loading. Kalau kat universiti ni, Wifi uni kadang ok, kadang tak. Kalau nak tonton menggunakan broadband pula, cepatlah habis bandwith. Huhu… Tapi baru sempat tengok sampai episod 15 je.

Best tonton drama ni kat ohumedia.com. Memang updated lah blog tu. Bukan setakat drama Bicara Hati ni je ada kat situ, banyak lagi drama-drama bersiri lain yang ditayangkan di Astro, tv3, tv9 dan RTM pun ada juga di blog ni. Nak download boleh, nak tonton online pun boleh. Best betul. Mana yang tak boleh download, terpaksalah aku tonton online. Huhu.. Tonton online kat ohumedia ni takde part-part, so senang, boleh layan 1 episod sampai habis. Ada juga aku jumpa link download drama Bicara Hati ni, tapi rasa malas pula nak download sebab ada 2 part setiap episod.

PELAKON BICARA HATI

Sharnaaz Ahmad (Tengku Syahran)
Christina Suzanne Stockstill / Kris Cempaka (Zahlia)
Marsha Milan Londoh (Linda)
Josiah Hogan (Razif)
Zaidi Omar (Tengku Ismail – bapa Tengku Syahran)
Mislina Mustafa (Puan Azizah – ibu Zahlia)
Azizah Mahzan (Tengku Badariah)
Abby Nazri (Fatimah)
Lash Mokhtar (Adli)

NOVEL BICARA HATI ONLINE

Terjumpa pula novel Bicara Hati online ni kat blog encik nakal. So, sesiapa yang berhajat nak baca novel Bicara Hati ni secara online, boleh lah baca ni:

Bicara Hati
Kesimpulannya, novel best. Drama pun best. Drama memang lebih dramatik lah dari novel 😀

p/s: Drama bersiri Korea pun ada juga kat ohumedia ni. Tapi tak banyak sangat lah. Drama Melayu yang banyak. Filem pun banyak juga. Kalau yang suka layan anime, pun ada juga 😀

p/s/s: Kenapalah dia tayang kat Astro ek?.

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang share ini.

SINOPSIS NOVEL KASIH ANTARA KITA – DRAMA CINTA BUAT EMELDA

SINOPSIS NOVEL KASIH ANTARA KITA – DRAMA CINTA BUAT EMELDA

Drama Cinta Buat Emelda telah diadaptasi dari novel Kasih Antara Kita karya Aleya Anessa.

Novel Kasih Antara Kita Aleya Aneesa Alaf 21

Novel Kasih Antara Kita oleh Aleya Aneesa. Alaf 21

SINOPSIS NOVEL KASIH ANTARA KITA

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin… Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi.

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

“Tapi… dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri!

“Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.”

Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?”

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”.

Kongsi Sinopsis novel Kasih Antara Kita ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!