CARA PANTAS TURUNKAN BERAT BADAN

CARA PANTAS TURUNKAN BERAT BADAN

cara pantas turunkan berat badan

Aku percaya, orang yang kurus nak naikkan berat badan. Yang gemuk pula nak turunkan berat badan dan tercari-cari cara pantas untuk turunkan berat badan. Begitu lah manusia. Setakat ni, masa aku kurus sangat dulu, takdelah rasa nak naikkan berat badan pun. Sebabnya, ye lah kan, karang nanti lepas kahwin badan naik pula, so belum kahwin lagi ni biarlah kurus pun tak apa.

Bila tengok orang sibuk-sibuk nak turunkan berat badan dan tension berat badan makin naik je, aku pun seakan pelik lah kan. Awatnya lah hai depa ni beriya sangat nak turunkan berat badan. Tension sangat berat badan makin naik. Aku steady je lah, sebab aku makan banyak pun berat payah nak naik.

Tapi,  bermula hujung tahun lepas, aku perasan berat badan aku macam dah naik je. Alamak!… Yang paling best, dia makin naik dan naik lagi. Sampailah total 10kg pertambahan berat badan aku. Walaweh… naik tak ingat dunia lah tu kan. Aku sendiri pun dah mula rasa tension masa tu. Mana tak tension nya, bila pakaian yang sedia ada dah mula rasa sendat bagai. Tak dan lah aku nak beli baju baru banyak-banyak. Kawan aku pun cakap, jangan beli baju baru. Jadikan motivasi untuk kurus balik. Ok, aku setuju tu. Selamatlah duit aku kan.

Bila berat dah naik tu, ramailah yang menegur. Adik-adik aku lagi lah, selamber rock je cakap “kangah gemuk!”. Cis! Sabar je lah. Dek kerana tekanan sekeliling dan juga tekanan dalam diri sendiri, maka aku pun mula merancang untuk turunkan berat badan. Muehehe.. Time ni lah baru aku tahu, perasaan orang-orang yang nak kurus ni. Haa… sekarang baru rasa, kan. Sebelum ni beriya pelik tengok orang lain. Hwa hwa…

Cara aku turunkan berat badan, dengan memakai slimming wear sekali dengan bulan Ramadhan. Haa… puasa kan, memang cepat lah turun berat badan. Lose 4 kg dan ketika berhari raya, makan banyak, tapi Alhamdulillah, berat masih maintain. Aku pun nak turunkan lagi ni, kurang-kurang pun lagi 2 kg ke. Tapi setakat ni, berat masih maintain.

 Ok, kalau korang nak turunkan berat badan, bolehlah dapatkan panduan menurunkan berat badan dengan melayari pautan ini:

Panduan bakar lemak Pantas

TIP BERBUKA PUASA

TIP BERBUKA PUASA

Tips Berbuka Puasa

kurma bam ara

Kurma makanan terbaik untuk berbuka puasa

 

Pengambilan makanan di bulan puasa tidak berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindari beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah.

 

1. Amalkan asas makan secara sihat

Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang.

Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada  satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.

 

2. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :
– Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.
– Buah-buahan dan sayur-sayuran
– Ikan, ayam, daging dan kekacang
– Susu dan produk tenusu
– Sedikit minyak, lemak, gula dan  garam

 

3. Jangan makan berlebihan sewaktu berbuka puasa.

Setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik dalam perut akan menurun pada  tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat.

4. Makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan.

 Makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik  yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

5. Ambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa.

 Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga  mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan  1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal.

Walau bagaimanapun hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti  yang berlebihan sewaktu berbuka puasa.

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

6. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

Hidangan makan malam yang  disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur.

Elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh diambil jika perlu.

Elakkan mengambil makanan yang berat, cukup sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwich, yogurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu.

Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mee atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh  mengganggu tidur.

7. Tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran

Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses.

Sekiranya mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan mengambil 6-8 gelas  air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh diambil dalam bentuk jus buah-buahan atau pun sup sayur-sayuran.

Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh,  kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam.

Selain daripada itu, lakukan senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

Tip Berbuka Puasa ~ Kredit : Email dari Ikhwan Fahmi

Petua Menjaga Kesihatan Mata

Petua Menjaga Kesihatan Mata

 

Petua menjaga kesihatan mata ni betul-betul menarik perhatian aku. Sebabnya memang mata aku ni selalu pedih. Baru-baru ni, 4 hari mata rasa pedih sangat. Bila pi jumpa doktor, doktor kata mata aku takde air mata. Mata kering lah ni senang cakap. So, doktor bagi lubricant. Selepas titikkan lubricant tu beberapa kali kat mata, baru lah hilang rasa pedih mata tu. Mana perginya air mata aku, aku pun tak tahu. Hehe 😀

Ok, so ni ada petua menjaga kesihatan mata yang simple je. Boleh lah amalkan lepas ni 😀 Jaga kesihatan mata ni penting, sebab mata adalah organ yang sangat penting.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak mudah rabun (melainkan berpenyakit), biarpun berjam-jam di depan komputer.

2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.

3. Amalkan senaman untuk mata anda.

Caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

Sumber: epetua

error: Content is protected !!