RAHSIA MADUA ACACIA
Hari ni aku nak bongkarkan rahsia madu Acacia. Selalu dengar madu tualang atau madu-madu lain. Tapi ni kali pertama jugalah sebenarnya aku dengar nama Madu Acacia. 😉
Apakah Itu Madu Acacia Mangium
Madu Acacia berkualiti tinggi terhasil dari kombinasi pokok Acacia Mangium dan lebah Apis Mellifera yang mengutip madunya.
Pokok Acacia Mangium
Pokok Acacia Mangium merupakan pokok yang berasal dari Australia dan dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan penghasilan kayu dan pulpa yang digunakan untuk menghasilkan kertas.
Pokok Acacia ini mula ditanam di Malaysia pada era 1960-an di kebanyakan tempat di Sabah dan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia untuk industri kertas di samping menjadi pokok hiasan. Kini, keluasan ladang pokok Acacia mencecah lebih kurang 50,000 hektar di Sabah dan 40,000 hektar di Semenanjung.
Selain dari permintaan kertas, pokok Acacia juga telah menjadi tumpuan kepada pengusaha penternakan lebah kerana pokok Acacia ini dapat menghasilkan madu yang bermutu tinggi yang setanding dengan madu sidr, manuka dan tualang. Penghasilan madu Acacia Mangium ini dihasilkan melalui “honey dew“ yang terdapat pada pokok Acacia ini.
Lebah Apis Mellifera
Lebah Apis Mellifera merupakan lebah berasal dari Eropah. Perkataan Apis berasal dari Latin yang bermaksud Lebah dan Mellifera bermaksud Melli (Madu) dan Ferre (Pemburu) ‘Lebah Pemburu Madu’.
Lebah spesis bersaiz 10mm ke 20mm ini sememangnya terbukti unggul dan produktif dalam menghasilkan madu yang berkualiti dan berkeupayaan menghasilkan madu yang mempunyai kadar air (moisture) yang rendah iaitu sekitar 17-20%. Ia mudah membiak dan perkembangannya juga mudah diawasi.
Lebah jenis ini mampu terbang sejauh 3 kilometer radius mencari dan memburu sumber madu. Ia amat sesuai untuk skala komersial kerana setiap koloni superhive yg lebahnya berjumlah dari 30,000 ekor boleh menghasilkan 120kg madu setahun.
Madu Acacia Mangium
Madu Acacia Mangium terhasil daripada kombinasi hebat Pokok Acacia Mangium dan Lebah Apis Mellifera. Madu Acacia Mangium berwarna hampir telus kepada kuning keemasan. Rasanya pula boleh digambarkan menyerupai rasa bunga atau vanila. Madu Acacia Mangium tidak mudah menghablur (Crystallize) kerana kepekatan fruktosanya yang tinggi.
Ini bermakna madu Acacia Mangium boleh kekal dalam bentuk cecair untuk tempoh masa yang panjang. Madu Acacia Mangium mengandungi asid fenolik, asid abscisic dan flavonoid. Terdapat tiga asid fenolik, p-hydroxybenzoic, asid ferullic dan t-cinnamic. Selain itu, terdapat lima flavonoid, pinobanksin, apigenin, pinocembrin, crysin dan acacetin. Profil asid fenolik madu Acacia juga termasuk p-coumaric, p-hydroxybenzoic, t-cinnamic dan asid vanillic.
Ciri-Ciri Madu Acacia Mangium
i. Madu Acacia sangat baik dan telah terbukti untuk rawatan penyakit hati, buah pinggang, dan sebagai sedatif untuk masalah saraf dan mental.
ii. Ia juga boleh digunakan sebagai pemanis tanpa mengubah rasa atau aroma makanan.
iii. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik yang ketara yang mana boleh diletakkan pada luka tanpa perlu dibasuh luka terlebih dahulu.
Kandungan Vitamin Madu Acacia
Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu Acacia Mangium:-
VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
VITAMIN B
Menambah selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem imunisasi tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam madu Acacia Mangium.
Barangsaiapa yang memiliki kesihatan memiliki harapan. Barangsiapa yang memiliki harapan memiliki segalanya “
Rahsia madua Acacia sudah tersingkap. Anda boleh mendapatkan madu Acacia yang mempunyai banyak khasiat ini dengan mengklik link ini :