Jika anda telah berjaya ke peringkat PAC PTD, tahniah kami ucapkan. Hanya calon yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Profession Assessment Centre (PAC).
Jika anda tak tahu nak prepare apa untuk PAC PTD, risalah ringkas dan padat in khas untuk anda. Ianya mengandungi 49 muka surat, penuh dengan strategi untuk bantu anda lulus PAC PTD.
Setelah melalui 3 Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD M41, calon yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.
Untuk menjadikan para pegawai PTD muda yang baru dilantik ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut.
Terdapat 4 tahap latihan yang perlu diikuti secara mandatori oleh pegawai PTD lantikan baru.
Tahap 1 : Kursus PTD Unggul
___________________________________________
Unggul bermaksud tersohor, terbilang atau something beyond the ordinary. Sememangnya perkhidmatan PTD memerlukan penjawatnya mempamerkan budaya kerja unggul supaya mereka dapat memimpin dengan berkesan, memenuhi kehendak dan keperluan negara serta mampu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang. Oleh itu peringkat ini menyediakan tahap keperluan yang paling asas bagi perkhidmatan seorang pegawai PTD.
Modul PTD Unggul ini dilaksanakan di kampus-kampus INTAN yang terpilih bagi tempoh selama 10 hari yang bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
i) mempertingkatkan kesedaran para peserta dengan nilai-nilai murni demi kecemerlangan diri, organisasi dan negara;
ii) memupuk pengetahuan para peserta tentang aspirasi dan hasrat stakeholders terhadap perkhidmatan awam yang unggul pada masa hadapan; dan
iii) mendedahkan para peserta kepada sistem pembelajaran bersepadu merangkumi aspek jasmani, mental dan rohani bagi melahirkan insan yang seimbang.
Penyumbang input kepada modul ini terdiri daripada pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Pada akhir modul ini, para pegawai PTD lantikan baru ini akan mengetahui penempatan tugas masing-masing iaitu sama ada di agensi pusat, kementerian, jabatan ataupun negeri.
Tahap 2 : Penempatan di Kementerian atau Jabatan
___________________________________________
Pada peringkat ini, seseorang pegawai PTD muda akan di ditempatkan di mana-mana bahagian atau cawangan di kementerian atau jabatan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Sebagai peneraju perkhidmatan awam, penempatan di jabatan kerajaan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran mereka mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin, perencana dan pelaksana dasar-dasar negara serta penasihat kepada kerajaan kelak.
Semasa penempatan ini, mereka turut dilatih secara on the job training untuk membolehkan mereka memahami dan menguasai tugas sebagai penjawat awam.
Tahap 3 : Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)
___________________________________________
Pada tahap ini pegawai PTD muda akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan di INTAN, Kampus Utama Bukit Kiara. Kursus ini perlu diikuti dengan jayanya kerana ia adalah syarat utama bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan PTD gred M 41. INTAN sebagai institusi latihan utama dalam sektor awam bertanggungjawab mengendalikan Kursus DPA ini yang berbentuk intensif dan sepenuh masa.
Matlamat kursus DPA :
- Melahirkan pegawai PTD yang berketrampilan dan mampu menghasilkan prestasi dan produktiviti yang tinggi melalui amalan budaya kerja cemerlang;
- Membentuk pegawai PTD yang sentiasa peka kepada kehendak-kehendak pelanggan, memiliki nilai-nilai kemanusiaan, berhemah tinggi, berbudaya (cultured) dan berdisiplin serta mengamalkan kerjasama berpasukan yang berkesan;
- Melahirkan pegawai PTD yang patuh kepada agama, taat-setia kepada bangsa dan negara, bangga terhadap perkhidmatannya serta memahami dan mendokong dasar-dasar pembangunan negara; dan
- Melahirkan pegawai PTD yang berfikiran global dan berupaya menangani perubahan persekitaran yang dinamik.
Pendekatan Kursus DPA ini terbahagi kepada dua iaitu latihan akademik dan latihan bukan akademik.
1. Latihan akademik
Merujuk kepada aspek pembelajaran secara ilmiah dalam bilik kuliah.
Modul-modul akademik yang dibentuk adalah berasaskan kepada lapan bidang teras PTD iaitu pengurusan sumber kewangan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, hubungan antarabangsa dan hal-ehwal dalam negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran dan pembangunan tanah, daerah dan tempatan, perancangan dan pentadbiran sosial serta keselamatan dan pertahanan negara.
Peserta didedahkan kepada pelbagai input berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan organisasi, pengurusan ekonomi dan kewangan, perlembagaan dan undang-undang, bahasa dan komunikasi dan sebagainya bagi melengkapkan mereka menjadi pegawai yang kompeten.
2. Latihan bukan akademik
Bertujuan untuk membentuk peningkatan disiplin, ketahanan fizikal, mental, rohani dan spiritual para peserta melalui pembelajaran luar bilik kuliah, latihan ketenteraan, pengurusan bencana, aktiviti lasak dan sistem mentor-mentee.
Melalui pendekatan ini, peserta Kursus DPA perlu menjalani latihan lasak, antaranya modul ketahanan diri dan disiplin di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Maktab Polis Di Raja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat serta Outward Bound School.
Latihan lasak ini adalah khusus untuk pembentukan sahsiah diri (character building) dan peningkatan tahap disiplin yang tinggi. Selain itu juga beberapa subjek lain seperti etika sosial, protokol, pengucapan awam, lawatan sambil belajar, event management, sukan dan sebagainya turut dimuatkan dalam latihan bukan akademik ini.
Tahap 4 : PTD Training Roadmap
___________________________________
Tahap keempat dilaksanakan selepas pegawai PTD muda menamatkan Kursus DPA dan kembali berkhidmat ke kementerian atau jabatan masing-masing.
Berdasarkan kepada konsep pembelajaran berterusan, mereka ini akan dipanggil untuk mengikuti siri kursus yang dikenali sebagai PTD Training Roadmap, gred M 41. Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini akan ditentukan oleh Bahagian Perkhidmatan, JPA.
Objektif kursus-kursus dalam siri ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan kepakaran para pegawai PTD muda dalam bidang-bidang khusus iaitu seperti berikut:
- Penulisan kertas cadangan dan laporan berkualiti
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal
- Pengurusan kewangan dan akauntabiliti
- Pengurusan dasar sektor awam
- Pengurusan sumber manusia di sektor awam
- Perancangan dan pengurusan projek
- Kemahiran perancangan strategik
- Metodologi penyelidikan
- Pentadbiran tanah
Secara keseluruhan, proses pengambilan dan pelantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD M41 diringkaskan seperti dalam carta alir di bawah :
PERSEDIAAN TEMUDUGA PTD – PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
___________________________________________________________
Sebagai persediaan temuduga PTD anda, anda boleh rujuk 20 Soalan Temuduga PTD yang ditanya kepada calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada sesi temuduga sebelum ini. Klik sahaja pautan di bawah untuk baca 20 Soalan Interview PTD tersebut.
>> 20 Soalan Temuduga PTD <<Masih belum terlewat untuk anda memulakan persiapan mulai hari ini. Untuk membuat persiapan lengkap sebelum Temuduga PTD, saya syorkan kepada anda untuk dapatkan
Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini. Ebook ini disediakan oleh Tim Infokerjaya. Untuk pengetahuan anda, Tim Infokerjaya telah membantu lebih 63,000 orang graduan untuk lulus dalam exam SPA dan berjaya jawat jawatan kerajaan.
Berikut adalah senarai apa yang anda akan perolehi melalui Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini :
- Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
- Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
- Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
- Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
- Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
- Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
- Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
- Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
- Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!
Kesemua komponen ini ada dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik link di bawah untuk dapatkan Panduan ini :
>> KLIK SINI JIKA ANDA NAK PANDUAN LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN <<p/s: Adakah pengetahuan anda mengenai PTD bertambah selepas membaca artikel ini?. Jika ya, apa kata anda kongsikan maklumat yang bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang ‘f’ di sebelah kiri. Perkongsian anda mungkin dapat membantu rakan anda yang sedang mencari maklumat mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, PTD Gred M41. Moga sama-sama mendapat manfaat. 🙂