100 RAHSIA PSIKOLOGI PELANGGAN REVIEW
Berniaga adalah satu aktiviti yang tidak asing lagi bagi aku. Sejak kecil, seperti yang pernah aku ceritakan dalam entri INI, aku sudah mula berniaga.
Kemudian, aktiviti berniaga diteruskan juga ketika aku belajar di peringkat Sarjana Muda di universiti. Ya, petang-petang je, aku jual kuih, buah, bihun dan nasi lemak. Bukan aku masak kesemua ini, aku sekadar jual sahaja dan ambil komisen untuk setiap bungkus yang berjaya dijual. Untung atas angin, modal masa dan tenaga je. 🙂
Aktiviti berjualan ini aku teruskan apabila aku menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Mujur aku terserempak dengan supplier ni, satu hari tu. Jadi, aku minta nombor telefon dia. Mula-mula, aku simpan je nombor dia walaupun pada ketika itu tak nak menjual kuih, sebab petang-petang, aku lebih suka berblog dan dapat duit dari blog dan bisnes online yang aku buat.
Tahun akhir, barulah aku mula menjual. Seronok lah dapat duit setiap hari. Bukan setakat dapat duit, duit pun tak luak sebab kalau ada makanan lebih, supplier bagi aku. Dah lah dapat duit, dapat makan free lagi tu. Best lah kan. 🙂
Pengalaman Sedih Berniaga
Tapi, masa mula-mula aku jual kuih di kolej ni, alahai… mana lah budak-budak ni tak keluar bilik pun beli makanan yang aku jual. Berat dan penat tau round satu kolej yang besar ni, tapi tak ramai yang membeli.
2, 3 hari berlalu, masih kurang sambutan. Ada banyak sebab yang dapat aku fikirkan.
1) Budak-budak tak tahu lagi ada jual makanan petang-petang ni.
2) Mungkin mereka tiada di bilik waktu itu.
Jadi, apa aku buat, aku tukar strategi. Mula-mula dulu aku start dari aras paling atas, aras 4. Tak ramai penghuni, jadi buat penat je aku jual situ dulu. Aku pun tukar strategi, aku mulakan dari aras bawah. Haa…. ramai sikit yang beli.
Kemudian, bila aku asyik menyiapkan kerja, sepatutnya aku mula menjual pukul 4.30 atau pukul 5, aku jadi jual lambat. Pukul 5.30 baru aku jual. Haaaa…. Rupa-rupanya, lagi ramai yang beli bila aku jual lambat sikit. Hehe….
Jadi, aku dah tahu behavior budak-budak kolej ini. Apa yang aku perasan, ramai yang keluar dari bilik beli makanan dengan aku, muka, muka baru bangun tidur. Haaa….Sebab tu lah aku jual awal tak ramai beli. Sebab?. Sebab apa lagi?. Sebab diorang tidur lah!.
Semakin nak hujung-hujung sem, aku semakin sibuk. Jadi, semakin lambat aku jual kuih. Kadang-kadang sampai pukul 6. Tapi, laju juga jual lagi lambat ni. Nasi lemak, laju. Cepat je habis. Baru 2 aras aku round dah habis.
Tapi kalau aku jual dalam pukul 5 tu, kuih yang laju.
Haa…. nampak tak perbezaannya?. Waktu dan juga apa makanan yang dimakan?.
Kalau hari hujan, tak usah cakap lah. Aku suka hujan petang-petang. Memang rezeki aku lah :). Tak sampai 2 aras pun semua stok makanan aku habis!.
Nampak tak?. Nampak tak?. In order untuk lariskan barang jualan kita, kita kena tahu behavior pelanggan. Apa yang mereka fikirkan. Apa yang mereka mahukan. Dalam erti kata lain “Psikologi Pelanggan”.
Selalunya masa menjual, aku ada juga menggunakan beberapa teknik agar walaupun pelanggan nak beli 1 je makanan, contoh, nak beli nasi lemak je, tapi nanti boleh jadi dia beli kuih dan buah juga. Hehe… Ada caranya. Bukan teknik upsell, bukan juga teknik bagi bonus. 🙂
Kenapa nak biarkan 1 orang beli banyak-banyak?. Senang je, supaya aku tak penat kena cari pelanggan lain. So, boleh cepat balik bilik, sambung kerja-kerja lain 🙂
Walaupun nampak simple je, jual kuih je pun… jual nasi lemak je pun… tapi itu tak bermakna boleh cincai boncai. Aku kena fikir dan susun strategi. Sebab, setiap hari pun, aku akan target, 30 minit je jual, habis!. 2 aras je, habis!. Itu target aku.
Jadi, untuk mencapai target, aku perlu memahami behavior pelanggan. Aku perlu tahu aras mana, wing mana yang high demand, apa yang diorang suka dan apa yang diorang nak. Kadang-kadang, aku request dari supplier. Diorang suka donut. Jadi, aku minta donut banyak-banyak dari supplier. Gitu lah.. Lebihkan apa yang pelanggan suka. Kurangkan apa yang pelanggan tak suka. Guna Prinsip Pareto.
Ini dunia perniagaan offline. Macam mana pula kalau berniaga secara online?.
Teknik Lariskan Jualan Secara Online
Sama juga. Kena tahu psikologi pelanggan. Kena tahu behavior pelanggan. Kena tahu kat mana pelanggan-pelanggan ini berkumpul.
Haaa… yang ni aku sangat terasa kepentingannya tatkala nak buat iklan di FB Ads. Tengok orang lain berniaga di FB masyuk je kan. Rancak je kan. Tahukah anda, ia tidak semudah itu?.
Huwaaaaa… Kenapa aku cakap macam tu?. Sebab aku dah rasa banyak kali lah, sebab tu aku tahu. Banyak wooo nak kena belajar. Seriously, memahami psikologi pelanggan adalah perkara yang penting kalau kita nak pelanggan beli barang yang kita jual.
Namun begitu, aku belum cukup pandai dan belum cukup memahami psikologi pelanggan-pelanggan di internet ni. Hihi… walaupun konsepnya sama je dengan offline, tapi offline tak perlu nak buat ayat yang menarik perhatian sangat!.
Barang ada depan mata. Kita ni pun ada depan mata pelanggan. Mereka kenal kita dan mereka nampak apa barang yang mereka nak beli. Suka?. Nak?. Mereka akan beli.
Tapi kalau online?. Pelanggan tak kenal siapa kita, barang pun mereka tak boleh nak belek, kecuali tengok gambar je. Tu belum kira beberapa perkara teknikal yang perlu dilakukan untuk setting itu ini. Kadang-kadang nak klik kat mana pun tak tahu. Haha… Aku lah tu!.
Bila setting semua dah elok, mula mempromosikan barang, tak ada orang pun nak beli?. Aik?.
Kenapa?. Kenapa tak ada orang nak beli?
Penat dah ni tau, setting bagai. Promosi bagai…
Sebab aku sering lupa ini :
“Orang tak akan beli sesuatu barang itu kalau mereka tak tahu kenapa mereka perlu beli barang tu”.
Haa… satu ayat je tu, tapi maksudnya mendalam. Ini bukan ayat aku, tapi ayat dari salah seorang tok guru aku. Ecewah, tok guru tu. Bukan tok guru silat, ya. 🙂
Jadi, kenapa pelanggan perlu beli produk yang aku jual?. Macam mana nak buat supaya mereka beli?. Memandangkan persoalan ini adalah persoalan yang penting untuk melariskan jualan, jadi, aku tak teragak-agak untuk mendapatkan ebook 100 Rahsia Psikologi Pelanggan yang di tulis oleh salah seorang rakan blogger aku ni.
Dah banyak kali chit chat ngan dia, so secara tak langsung, boleh tahu juga “what type of person he is”. So, daripada aku ting tong dok fikir macam mana nak buat ayat supaya orang beli produk yang aku jual, baik aku baca je ebook ni, fahamkan sambil cari idea macam mana nak tambah ajinomoto dan perisa yang dibenarkan dalam aktiviti-aktivi promosi aku nanti.
Lagipun, ebook ini ditulis berlandaskan asas yang kukuh, iaitu ia berdasarkan pengalaman penulis yang pernah bekerja dalam khidmat pelanggan (maksudnya, beliau dah masak dah dengan kerenah pelanggan ni) dan juga ia berlandaskan buku jualan yang terlaris di pasaran, The Psychology of Selling karya Brian Tracy.
Siapakah Brian Tracy?
Brian Tracy terkenal sebagai salah seorang pelatih penjualan terbaik di dunia. Buku beliau sudah terjual di 35 negara, diterjemahkan ke dalam 24 bahasa dan telah berjaya membantu 5 juta orang mencapai matlamat hidup.
Buku ini mengandungi 236 muka surat. Sebagai jalan short cut, aku dapatkan je ebook 100 Rahsia Psikologi Pelanggan ini, kerana ia adalah ringkasan yang padat daripada buku ini ditambah lagi dengan pengalaman penulis dalam melayan kerenah pelanggan yang macam-macam ragam.
Ok, panjang sangat dah ni. Tahniah, kalau anda berjaya baca sampai ke ayat ini!. Anda memang best!. Thumbs up 5 kali. Terima kasih!
Jadi, kalau anda merupakan seorang peniaga, ada produk yang nak dijual, tak kira lah produk anda sendiri atau anda agen dropship / agen affiliate, memahami psikologi pelanggan adalah penting. Anda boleh mempelajari bukan 10, tapi 100 Rahsia Psikologi Pelanggan di dalam ebook ini >> 100 Rahsia Psikologi Pelanggan.