by syaisya | May 5, 2024 | Baju Kurung Terkini, Baju Kurung Terkini Murah Online 2015, Uncategorized
Baru-baru ini As Syahid Collections telah launch satu lagi koleksi Baju Raya 2015 yang sesuai digayakan oleh anda yang mahu tampil cantik di Hari Raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi.
Koleksi ini dinamakan RJ Series. Ia merupakan baju kurung Malaysia Valentino Crepe berkualiti tinggi.
♛ BELLA SENORITA - RJ SERIES ♛
☑ Cutting baju kurung MALAYSIA atau Mini Kurung.
☑ Baju diperbuat dari Material Kain Valentino Creepe Berkualiti Gred A ++.
☑ Dipadankan dengan kain bercorak ABSTRAK dengan gabungan Seni Lukis Ukir & Batik yang berwarna TERANG dan MENYERLAH
☑ READY STOCK but LIMITED! - First come first serve. Stok semakin berkurang!
☑ Saiz : SS, S, M, L, XL
✔ Ada 4 warna menarik yang boleh anda gayakan mengikut citarasa anda yang tersendiri.
Perhatian: Warna Pakaian akan mungkin/akan berbeza sedikit dari yang sebenar kerana faktor Pencahayaan.
===
HARGA
===
RM 130 (Semenanjung)
RM135 (Sabah/Sarawak)
===
CARA ORDER
===
SMS / WhatsApp <Kod baju & Saiz> ke 019 - 776 3820
As Syahid Collections komited menghasilkan baju kurung terkini, sesuai dengan perubahan fesyen semasa untuk memberikan keselesaan kepada anda, untuk anda gayakan pada apa jua majlis. Tambahan pula, cuaca yang semakin panas, membuatkan kami terpanggil untuk menyediakan baju yang selesa untuk anda semua.
Klik butang di bawah untuk pilih lebih banyak koleksi baju dan jubah terkini :

by syaisya | Sep 13, 2024 | Kerja Kerajaan, Kerjaya, Penguasa Kastam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA, Temuduga, Uncategorized

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM W41
Keputusan peperiksaan online Penguasa Kastam untuk peperiksaan pertama dan juga peperiksaan ulangan (retest) telah pun keluar. Ramai calon yang lulus dan dipanggil temuduga Penguasa Kastam dalam tempoh terdekat ini. Tahniah saya ucapkan jika anda adalah calon yang berjaya dan bakal ditemuduga!.
Jika anda masih belum semak keputusan peperiksaan ulangan Penguasa Kastam yang diadakan pada 10 September lalu, anda boleh semak di;
-> http://e-semakan.spa.gov.my/online/
Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41
Alhamdulillah, setelah beberapa hari mencari dan mengumpul soalan temuduga Penguasa Kastam, hari ini, saya diizinkan Allah untuk berkongsikan ilmu pengetahuan yang saya miliki ini kepada pembaca blog syaisya.com yang bakal menjalani temuduga Penguasa Kastam tidak lama lagi.
Soalan-soalan temuduga Penguasa Kastam ini saya perolehi daripada mereka yang telah menjalani temuduga Penguasa Kastam. Saya kumpulkan soalan-soalan yang ditanya kepada mereka dan saya kongsikan dalam artikel ini.
Harapan saya agar artikel yang mengandungi Soalan Temuduga Penguasa Kastam ini dapat membantu dan memudahkan ramai calon membuat persediaan untuk Temuduga Penguasa Kastam nanti. 😀
Koleksi Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 Yang Pernah ditanya
Untuk pengetahuan anda, ada 2 orang panel penemuduga yang akan menemuduga anda untuk jawatan Penguasa Kastam ini.
Seorang panel dari SPA dan seorang lagi dari KDRM (Kastam Diraja Malaysia).
Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Jawatan Penguasa Kastam
Berikut adalah soalan-soalan berkaitan jawatan Penguasa Kastam yang ditanya kepada calon temuduga :
Tugas - tugas Penguasa Kastam
GST (Government Service Tax)
Current SST
GTP
NKRA
Siapakah Ketua Pengarah Kastam
Siapa mantan Ketua Pengarah Kastam
Cukai perkhidmatan (syarat-syarat)
Cukai jualan
Bahagian-bahagian dalam KDRM (Kastam Diraja Malaysia)
Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Diri Anda
Perkenalkan diri (Ceritakan serba sedikit tentang diri anda)
Kelulusan anda dan jawatan sekarang
What you can do if you get this job
Persediaan yang dilakukan sebelum temuduga Penguasa Kastam
Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Isu Semasa
Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?
Satu soalan mengenai isu semasa terkini
dan sedikit soalan yang menguji mentaliti calon
Soalan Temuduga Penguasa Kastam untuk Calon yang Pernah Bekerja
Untuk calon yang mempunyai pengalaman berkerja (bukan fresh graduate), tetapi tak pernah bekerja di sektor awam, berikut adalah soalan yang pernah ditanya oleh panel penemuduga :
Kerja-kerja anda sekarang
Kenapa minat nak jadi penguasa kastam
Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh bidang pengajian anda untuk kastam
Soalan Temuduga Penguasa Kastam untuk Calon yang Sedang Bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan
Untuk pengetahuan anda, lain cara temuduga untuk calon yang fresh (baru nak masuk kerja kerajaan) dengan calon yang dah lama berkkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.
Menurut pengalaman temuduga dari seorang calon yang telah 8 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, ketika temuduga Penguasa Kastam W41, banyak soalan-soalan temuduga yang ditanya berkaitan dengan kerja-kerja beliau sekarang. Soalan-soalan ini ditanya oleh Panel Penemuduga wakil SPA.
Antara soalan yang ditanya ialah :
Soalan mengenai pekeliling-pekeliling lapuk di mana ketika itu calon pun belum lahir lagi
Soalan tentang perintah-perintah am, akujanji, perlembagaan, nilai dan etika / peraturan-peraturan pegawai awam
Soalan mengenai SBPA yang tak jadi
Ada juga soalan mengenai kenaikan / pelarasan gaji untuk jusa-jusa
Ada tak Ditanya Soalan Provokasi Dalam Temuduga Penguasa Kastam?
Berdasarkan hasil pembacaan saya, ada calon yang ditanya soalan berbentuk provokasi, namun ada juga calon yang tidak diajukan soalan tersebut.
Secara asasnya, tujuan soalan provokasi ini adalah panel penemuduga mahu lihat adakah anda jenis yang mudah goyah atau memang anda ada pendirian yang tetap terhadap isu yang dibangkitkan.
Contoh Soalan Provokasi Temuduga Kerja Kerajaan
Ini adalah antara soalan provokasi yang pernah ditanya kepada calon :
Kelulusan yang anda perolehi ini tak sesuai untuk jawatan yang anda pohon!
Tip Jawab Soalan Provokasi
Teruskan bertenang dan jangan jadi seperti lalang
Tetap dengan pendirian anda tentang isu yang dibangkitkan
Tiada jawapan betul atau salah bagi isu yang diutarakan
Cumanya anda perlu kekal mempertahankan pendirian anda
Jangan tiggikan suara walaupun anda rasa tak puas hati atau rasa panas hati di’provoke’
Kekal bertenang dan jawab dengan senyuman, ya 😀
[rectanglebox id=9]
5 Tips Ringkas LULUS Temuduga Kerja Kerajaan
Sebelum temuduga, pastikan anda membaca surat khabar tentang isu semasa yang berlaku 2 hari sebelum temuduga dan hari ketika temuduga, kerana ada soalan isu semasa terkini yang akan ditanya
Ketika temuduga, yang penting confident je. Sentiasa yakin dengan diri anda!
Senyum ketika menjawab soalan. Senyum adalah sedekah. Selain dari itu, senyum boleh menyebabkan anda rasa tenang dan yakin!
Fikir dahulu sebelum menjawab soalan. Jangan terburu-buru menjawab
InsyaALLAH yang lain mintak ALLAH mudahkan. Usaha yang terbaik!. Keputusan dan rezeki anda, Allah yang tentukan. 🙂
70 Koleksi Skema Soalan dan Jawapan yang Biasa Ditanya Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

70 soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan
Selain dari soalan-soalan yang saya kongsikan di atas, anda boleh mendapatkan 250 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga kerja kerajaan yang terkandung dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini.
Selain darida 250 contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan ini, anda juga akan didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan Temuduga. Ianya amat bagus untuk anda baca. Calon-calon temuduga yang telah mendapatkan panduan ini mengatakan bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini.

Tip temuduga yang berguna ~Sha

Saya membaca soalan-soalan yang ada dalam ebook ini berkali-kali. Seramai 2500 yang hadir temuduga, hanya 47 orang berjaya dan saya adalah salah seorang darinya ~ Pn. Ann Rohani
Waduh, bestnya dapat jawat jawatan kerja kerajaan idaman ramai ni!. Anda juga boleh lulus temuduga dan menjawat jawatan kakitangan kerajaan seperti mereka. Tiada yang mustahil!.
Jika anda dipanggil untuk temuduga Penguasa Kastam, anda perlu bersaing dengan 30 ribu orang lagi calon yang turut dipanggil untuk temuduga untuk merebut 245 kekosongan jawatan (tidak termasuk calon simpanan).
Jika anda benar-benar serius untuk lulus temuduga dan dapat jawatan idaman anda, anda boleh mulakan persediaan untuk temuduga dengan mendapatkan Rujukan Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini di SINI.
Ok, sekian saja tips saya kali ini. Semoga calon-calon temuduga Penguasa Kastam yang akan menjalani sesi temuduga ini mendapat manfaat dan beroleh kejayaan yang diimpikan. Aamiin.
InsyaAllah, saya akan kongsikan lebih banyak lagi Tip Temuduga Kerja Kerajaan dari semasa ke semasa. Jika anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan Tip-tip dan info terkini mengenai Temuduga Kerja Kerajaan, masukkan nama dan emel anda dalam ruangan di bawah :
p/s: Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, klik Like dan share artikel ini di Facebook. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke temuduga Penguasa Kastam W41. Sharing is caring 😀
by syaisya | Aug 26, 2024 | Kerja Kerajaan, Kerjaya, Penguasa Kastam, Peperiksaan Bertulis SPA, Rujukan Peperiksaan SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA, Uncategorized
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
[hcshort id=”5″]

Mengikut format terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA untuk peperiksaan Online Penguasa Kasta W41 yang bakal diadakan 6 September ini, terdapat 3 Seksyen utama, iaitu ;
Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik.
Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama (format tahun 2009 – 2012) iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat.
Dalam artikel ini, saya hanya akan terangkan mengenai Seksyen C (Ujian Psikometrik) sahaja. Sebelum ini, saya telah pun kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam untuk semua seksyen dalam artikel Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.
Seksyen C – Ujian Psikometrik
Untuk Seksyen C (Ujian Psikometrik), sebanyak 200 soalan perlu dijawab dalam masa 60 minit.
Uih! Banyaknya soalan nak kena jawab!. Sempat ke nak jawab ni?.
Rileks…..
Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni lah soalan yang paling senang untuk anda jawab.
Kenapa pula?.
Sebab untuk jawab soalan psikometrik ni, anda tak perlu buat sebarang kira-kira, tak perlu tekan calculator dan tak perlu pening kepala untuk fikirkan jawapan!.
Sebabnya…..
Soalan ujian psikometrik ni, anda hanya perlu jawab secara spontan.
Tapi awas!.
Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni ada banyak perangkap yang sengaja dipasang untuk memerangkap anda!.
Soalan-soalan psikometrik direka khas untuk mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Jadi, untuk menjawab soalan psikometrik ini, anda perlu menonjolkan nilai-nilai positif dalam diri anda. Tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Itu sahaja!.
Pilih jawapan untuk mengeluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Anda perlu tahu bahawa soalan psikometrik ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.
Tip Jawab Soalan Psikometrik Penguasa Kastam
Tip terpenting untuk jawab soalan psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 agar anda tidak terperangkap dengan soalan-soalan yang diutarakan ialah :
Pastikan jawapan anda sentiasa konsisten!.
Ini adalah kerana, terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.
Jadi, jangan jadi lalang semasa peperiksaan, ya 😀 Anda perlu tegas dengan pendirian anda!
Sebagai contoh, soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;
1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri anda. Anda perlu memberikan jawapan yang konsisten untuk semua soalan ini!.
Maksudnya, jika jawapan anda “Tidak” untuk 1 soalan, anda perlu jawab “Tidak” untuk kesemua soalan ini. Barulah anda tidak menjadi seperti lalang, yang tidak mempunyai pendirian yang teguh!. 😀
Cara Menjawab Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 yang Bakal MEMBUNUH Anda!
Ramai yang kata “yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun”.
Ya, pernyataan di atas ada benarnya, tetapi ramai yang salah faham dengan kenyataan di atas. Ramai yang buat kesimpulan macam ini;
“Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!”
Bahagian ‘jangan tinggal satu pun’ itu betul TETAPI jangan hentam/tembak.
Sebabnya, perbuatan menghentam ini akan membunuh anda!.
Kenapa?
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tip yang paling penting adalah KONSISTEN dan saya telah pun berikan kepada anda contoh 5 soalan yang jawapannya sama.
Apa jadi jika anda berikan jawapan yang tak konsisten?.
Markah anda akan terjejas dan sifat diri anda yang tidak mempunyai pendirian yang teguh juga akan terbongkar!.
Jangan risau dengan waktu kerana dalam masa seminit, banyak soalan yang anda boleh jawab!. Sebab soalan pendek-pendek.
Apa yang penting, KONSISTEN dan tonjolkan nilai positif dalam diri anda.
10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik Kastam

Soalan Psikometrik

Soalan Psikometrik W41

Soalan Psikometrik SPA

Contok Soalan Ujian Psikometrik Gred W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam W41

Soalan Psikometrik Pegawai Kastam W41
Ok, cukup 10 contoh soalan ujian psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 yang saya kongsikan untuk anda, para calon peperiksaan 6 September ini.
Sebenarnya, ada dalam 50 contoh soalan ujian psikometrik yang boleh anda dapati dari Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.
Selain dari itu, anda juga boleh download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam dalam bentuk pdf di sini. Selepas download, terus mulakan study. Persediaan awal untuk exam adalah lebih baik berbanding study last minute!. 😉
Jangan lupa, persaingan sangat sengit. Mungkin SPA panggil berpuluh ribu calon untuk menduduki peperiksaan ini!. Jadi, anda perlu bersaing untuk menjawat jawatan Penguasa Kastam Gred W41 ini.
All the best!
Peringatan : Soalan-soalan yang terdapat di sini hanyalah sebagai contoh dan panduan untuk calon membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada 6 September ini, bukan soalan bocor peperiksaan Penguasa Kastam W41. Tiada soalan bocor dikeluarkan kerana soalan-soalan peperiksaan adalah SULIT dan hak milik SPA dan ia dijaga rapi oleh pihak SPA. Soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam W41 HANYA akan diketahui pada hari dan masa peperiksaan sahaja. Harap maklum.
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, Klik Like dan share artikel ini. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke exam Penguasa Kastam 6 September ini. Jadi, anda telah membantu rakan-rakan adna secara tak langsung 😀
by syaisya | Sep 28, 2024 | Uncategorized
Kurang sebulan lagi, umat Islam akan menyambut Aidiladha yang dijangka jatuh pada 15 Oktober akan datang. Hari Raya Haji atau Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah s.w.t.
Kelebihan Melakukan Korban
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a..)
Hukum Ibadah Korban
Hukum ibadat korban ialah Sunat Muakkad iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama terutama di kalangan yang memenuhi syarat-syarat berikut :
- Muslim
- Baligh atau berakal
- Bebas atau merdeka
- Berkemampuan, iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyrik.
Ibadah Korban di Kemboja
Ibadah itu pula bergantung kepada keperluan semasa dengan mengutamakan saudara seagama walau dipisahkan dengan budaya dan lokasi. Menyedari kepentingan ibadah korban untuk dikongsi antara golongan yang berkemampuan dengan kumpulan yang kurang berada, eQurban telah menjalin kerjasama dengan masyarakat di Kemboja melalui Koperasi Muslim Kemboja (CMC) (koperasi pertama milik umat Islam di Kemboja). eQurban telah bekerjasama dengan CMCselama 4 tahun.
eQurban bukan hanya melaksanakan Ibadah Qurban & Aqiqah serta sumbangan semata-mata tetapi eQurban telah membantu di dalam meningkatkan sosio ekonomi dan pendidikan dikalangan masyarakat Islam di sini.
Marilah kita berkongsi rezeki dengan menyalur ibadah korban kepada umat Islam di Kemboja yang lebih memerlukan. Pihak eQurban akan mengagihkan hasil sembelihan dengan adil dan berdasarkan pengalaman, kemahiran dan kecekapan kumpulan yang terlibat mengendalikan korban di sana. InsyaAllah, ibadah yang kalian lakukan akan sampai kepada golongan yang selayaknya.
Nota : Tempahan Qurban pada tahun ini akan ditutup pada 07 OKTOBER 2013. Jangan tunggu saat-saat akhir, tempah sekarang dengan klik link ini :-
Tempahan Qurban Secara Online