Tutorial Cara Blast Wasap Ke 1000 Nombor Tanpa Kena Ban

Tutorial Cara Blast Wasap Ke 1000 Nombor Tanpa Kena Ban

Kali ini Sya nak kongsikan kepada awak yang berniaga online menggunakan WhatsApp mengenai satu software WhatsApp Blaster yang bagus ni. Nama software ni Waboost.

Waboost ni senang sangat nak guna. Waboost ni boleh blast whatsapp direct personal, boleh blast ke group-group WhatsApp dan yang bestnya, boleh extract nombor telefon dari group-group WhatsApp. Nak join group WhatsApp pun boleh. Auto je.

Memang berbaloi sangat guna Waboost ni. Senang nak buat marketing kat WhatsApp. Memang jimat duit tak payah keluar duit buat iklan berbayar. Hari-hari blast je WhatsApp.

Boleh tonton video di bawah ini sehingga habis untuk tengok bagaimana Waboost boleh membantu awak buat marketing secara auto.

 

TEKAN SINI UNTUK INFO LANJUT WABOOST

Kelebihan Utama Waboost

Kegunaan utama software Waboost ini adalah ia boleh hantar mesej whatsapp kepada banyak nombor dalam satu-satu masa secara automatik. Tak perlu tekan WhatsApp manual satu persatu. Lagi best, nombor telefon yang kita tak save pun boleh blast juga.

Biasanya, kita kena save dulu nombor yang kita nak WhatsApp kan? Itu kalau 1 nombor, kalau 10 nombor, kalau 100 nombor, macam mana anda nak save nombor dan tekan send whatsapp ke banyak nombor macam ni? Boleh patah jari. Sales tak dapat, jari yang patah. Haduiii…

Jadi, di sini lah kegunaan Waboost dan ianya sangat membantu peniaga-peniaga online jimat masa buat marketing.

Tapi, tu kalau anda ada banyak database nombor telefon prospek atau customer.

Kalau tak ada database / nombor telefon customer macam mana pula?

Soalan ni ramai yang tanya. Berita baiknya, walaupun awak tiada database, awak boleh buat database sendiri dengan Waboost. Ya betul. Sya tak tipu.

Awak boleh kumpul database sehingga 1000 pengguna whatsapp dalam masa kurang dari seminggu. Silap-silap hari bulan, 3 hari pun boleh. Tak jadi masalah. Sebab, Waboost ni boleh extract nombor telefon orang dalam group. Haa… dah dapat nombor telefon ni, blast lah guna Waboost.

Tonton video di bawah macam mana Waboost extract nombor telefon prospek dari group WhatsApp :

 

 

Satu lagi, ni berita baik untuk awak Sya nak bagitahu.

Kalau awak dapatkan software Waboost ni kat sini, awak akan dapat PERCUMA 1000 nombor telefon. Bukan setakat 1000 database nombor telefon, awak akan dapat juga lebih 1000 link group WhatsApp iklan. Senarai link group WhatsApp ini memang untuk beriklan. Awak boleh beriklan sepuasnya di dalam group ini.  Database ini sendiri bernilai RM90. Tapi awak dapat FREE je.

Haa… best kan? Kalau awak nak cari sendiri 1000 group iklan, entah bila lah nak dapat tu kan? Nak dapat 100 pun jenuh. Sempat demam 10 kali.

Untung betul dapatkan Waboost ni. Dah lah nak blast WhatsApp pun senang, dapat pula tu 1000 nombor telefon, dapat pula lagi 1000++ link group iklan. Ish ish… nikmat apa lagi yang nak didustakan?

.

Ok Sya, Saya nak lah Waboost ni. Berapa Harga Waboost ni?

Masa Sya beli Waboost ni dulu, dia ada offer lifetime. Beli sekali, boleh pakai seumur hidup. Tapi sekarang offer tu dah tamat. Sekarang,  Waboost ni RM365 untuk setahun. Maknanya, sehari, kos yang awak keluarkan untuk blast WhatsApp ke 1000 nombor cuma seringgit sahaja. Huiiii… murah amat tu. Kalau nak buat iklan FB ads, mana lah dapat seringgit untuk sehari kos marketing untuk buat iklan, kan.

So, sebelum harga dia makin naik, lebih baik beli cepat.

.

Macam mana nak dapatkan Waboost ni?

Tekan je link di bawah ni untuk dapatkan Waboost sekarang :

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN WABOOST SEKARANG

Ada Tutorial Ke?

Ada. Ada group support kat Facebook. Dalam tu ada tutorial step by step. Kalau tak faham, atau ada apa-apa soalan, tanya je dalam group tu. Nanti ada lah yang akan jawab. Group support ni sepanjang hayat tau.

Disebabkan support yang diberikan adalah sepanjang hayat, dan software ni sentiasa diupdate untuk jadi lebih baik, jadinya RM365 ni memang sangat-sangat berbaloi.

Tak percaya, boleh cuba sendiri.

.

Nak Join Group Whatsapp Pun Automatik

Contohnya,  awak bisnes baju. Awak target ibu bapa.  Awak boleh join group whatsapp ibu bapa dan yang sewaktu dengannya. Nak join group ni, guna Waboost je untuk search group, lepas tu, boleh join.

Tak perlu cari group secara manual dan join satu-satu. Jenuh!. Autokan je kerja guna Waboost. Dapat jimat masa, dapat jimat tenaga. Awak dah boleh buat kerja-kerja bisnes lain yang lebih penting.

Sya bagi contoh lain pula ye. Bagi awak lebih nampak. Contoh awak tinggal di Kuala Lumpur dan bisnes anda target area Kuala Lumpur. Search je dekat Waboost, Waboost akan berikan link-link group WhatsApp ni. Lepas tu,  awak boleh join group whatsapp di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Nak join group ni pun, tekan je Waboost. Uiishhh… memang senang kerja lah.

Haa. Best kan?

Fungsi search group dan join group ni memang Sya suka. Senang sangat nak jumpa lubuk prospek. Kalau nak cari satu-satu secara manual, ahaiiii… sampai kiamat lah tak habis kerja mencari tu. Orang bisnes kan ada banyak kerja nak buat. Takkan nak buat kerja cari group wasap je kan.

.

Nak Blast ke WhatsApp Group Yang Dah Join Boleh Ke?

Mestilah boleh. Contohnya awak ada join 50 whatsapp group. Guna je Waboost untuk blast ke semua 50 whatsapp group ini dengan automatik.

Tapi sebelum blast tu, awak sediakanlah siap-siap copywriting yang sesuai. Bukan setakat boleh blast tulisan copywriting je, gambar pun boleh masukkan tau. So, awak sediakanlah sekali gambar iklan yang awak nak blast tu. Semua ni boleh setting kat Waboost.

Jangan risau, setting dia senang je. Ikut je tutorial yang dah disediakan. Dah ada copywriting dan gambar, blast je lah ke group yang awak nak blast.

Memang senang kerja awak lepas ni. Takdelah asyik nak kena mengadap WhatsApp je, sampai nak pi toilet pun kena tahan. Lepas tu nak spent masa dengan family pun tak ada masa.

Adanya Waboost, memudahkan awak untuk terus menjana sales dan keuntungan. Tak payah lagi nak blast satu-satu group.

Larat ke nak buat satu-satu? Penat uii.

.

Nak Blast PM Personal Ahli Dalam Group Boleh Ke?

Ya, memang boleh. Awak boleh extract nombor orang-orang yang dalam group guna Waboost. Lepas tu, blast lah WhatsApp kepada mereka. Klik-klik je kat Waboost, dah setel. Tutorial ada disediakan. Follow je tutorial.

.

Boleh Letak Button di Mesej WhatsApp

Ni function terbaru Waboost. Funtion ni memang best. Awak boleh masukkan button dalam mesej wasap yang awak blast. Penerima WhatsApp boleh tekan button tu, dan pergi ke link yang awak set.

Boleh tonton video di bawah untuk faham bagaimana fungsi button ni.

.

.

PESANAN PENTING – Dapatkan Nombor Baru

Kalau awak memang serius dan nak pergi jauh dalam whatsapp marketing, awak memang perlu ada nombor baru. Khas untuk buat blasting. Sebaiknya jangan campur nombor peribadi dengan nombor bisnes. Jadi, kalau kena ban atau apa-apa jadi kat nombor blasting ni, nombor personal awak masih selamat.

Sebenarnya, ada cara supaya nombor wasap tak kena ban. Jika awak dapatkan Waboost, ada tutorial tunjukkan macam mana nak buat supaya nombor tak kena ban.

DAPATKAN WABOOST DI SINI

.

Kekurangan Waboost Dan Penambahbaikan

.

Boleh Guna Kat Laptop Sahaja

Disebabkan Waboost adalah software, jadi hanya boleh digunakan di laptop sahaja. Tak boleh guna hadnphone.

.

Setting Interval Yang Tak Terlalu Agresif

Kalau anda gunakan setting yang terlalu cepat, ataupun interval yang terlalu pantas, ada kemungkinan yang no whatsapp anda akan di banned. Bererti, anda tidak boleh gunakan lagi no tersebut. Setting yang tidak terlalu agresif adalah sangat bersesuaian dengan keadaan tertentu.

Jangan risau, kerana ada caranya supaya anda boleh blast sehingga 1000 nombor sehari. Semuanya ada dalam tutorial.

Invalid Number Sebenarnya Valid

Apabila buat blasting, biasanya akan keluar 2 mesej. Pertama adalah “SUKSES” dan yang kedua adalah “INVALID NUMBER”.

Sukses bermaksud, mesej whatsapp awak berjaya dihantar kepada orang yang awak nak blast.

“Invalid Number” pula bermaksud, penerima tidak terima mesej awak atas pelbagai faktor dan kemungkinan besar, nombor tersebut tiada Whatsapp.

Akan tetapi, apabila cuba blast sekali lagi ke Invalid number tu, kadangkala ianya berjaya. Ini adalah antara setting yang perlu untuk Waboost perbetulkan pada masa akan datang.

Jadi, jika lepas ni anda gunakan Waboost, dapat result “invalid number”, Sya cadangkan awak cuba blast sekali lagi untuk yang invalid number sahaja.

Ini sahaja kekurangan Waboost bagi Sya. Yang selebihnya, Sya memang suka Waboost sebab memudahkan kerja-kerja marketing Sya. Menjimatkan masa Sya. Lepas setting Waboost setiap pagi, Sya dah boleh buat kerja-kerja yang lain macam biasa. Best!

> Beli Waboost dapat lagi 7 BONUS FREE. Tengok kat SINI <<

.

Review Jujur Sya Tentang Waboost

Secara keseluruhan, walaupun Waboost ada kekurangan sikit, tapi bagi Sya, dengan harga RM365 setahun (bersamaan seringgit je sehari), Waboost ada banyak fungsi yang memudahkan hidup Sya sebagai peniaga online.

Jika awak tanya Sya berbaloi ke guna Waboost ni?

Of course lah berbaloi, awak. Berbaloi sangat tau. Waboost ni memang WhatsApp blaster yang bagus.

Dengan Waboost ni, lagi mudah nak bina database, kalau awak tak ada database. Database yang Sya maksudkan ni ialah nombor telefon. Guna Waboost je wak, untuk korek database. Dah ada banyak database ni, insyaAllah, boleh bertukar menjadi duit.

Jadi, kalau awak nak bisnes jadi lebih automasi, lebih laju, dan awak boleh ada banyak masa dengan family, Sya sarankan awak gunalah Waboost ni.

Boleh cuba guna dulu untuk setahun ni. Kalau tak suka, tak apa. Tak payah renew untuk tahun kedua.

Memang kene keluarkan modal lah kan, tapi kalau ada kebaikan tak salah ambil. Lagipun seringgit je sehari. Mana nak dapat kos marketing ciput macam ni. Dah lah auto je. Takde lah jenuh nak taip satu-satu.

Overall, memang sangat bagus Waboost ni untuk long term investment kepada bisnes awak.

DAPATKAN WABOOST DI SINI

DAPATKAN WABOOST DI SINI

 

Ucap Satu Perkataan Ini Untuk Hilangkan Rasa Malas

Ucap Satu Perkataan Ini Untuk Hilangkan Rasa Malas

Pernah tak rasa malas je nak buat kerja? Rasa macam nak lepak je, baring je, bermalas-malasan sambil layan Drama Korea, Drama China. Lepas tu start buat kerja, susahnya lah hai. Hmm… 

Ok, dah jangan malas-malas lagi. Start buat kerja. Kalau rasa susah juga nak start buat kerja, amalkan baca lafaz ni : 

لاحول ولا قوة إلا بالله 

“La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”. 

Bermaksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

InsyaAllah hilang rasa malas tu. Penerangan lanjut bagaimana lafaz La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah ini boleh hilangkan rasa malas, boleh tonton video di bawah sampai habis. 

 

5 Kelebihan melazimi bacaan “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”

 

1. Pembuka Rezeki

“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah”

(Hadis Riwayat: At-Tabrani)

2. Ubat Kepada 99 Penyakit 

Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”

(Hadis Riwayat: At-Tabrani)

3. Menanam Pokok Di Syurga

Telah berkata Abu Ayyub al Ansari bahawa pada malam Israk, Rasulullah saw berlalu melintasi Nabi Ibrahim as lalu Nabi Ibrahim bertanya,

“Siapakah org yg bersamamu itu wahai Jibril?

Ini Muhammad, jawab Jibril.

Nabi Ibrahim lalu berkata,” Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyakkan menanam pokok disyurga.

Maka Nabi saw bertanya, “Bagaimana menanam pokok disyurga?

Nabi Ibrahim menjawab,” Ucapkan kalimat La hawla wa la quwwata illa billah

(HR Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

4. Salah Satu Perbendaharan Syurga

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata:

“Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW,

lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga?

Aku berkata: Mahu ya Rasulullah.

Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata:

“Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga?

Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah.

Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

5. Membawa Kemuliaan

Membaca “La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah” setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.

Siti Aisyah r.anha menceritakan:

“Nabi s.a.w. adalah orang yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t dalam setiap waktuNya”.

(Al-Hadith)

Dapat manfaat?

 

Boleh share artikel ini kepada rakan-rakan kalau rasa ilmu ini bermanfaat.

Nak lebih banyak tip berkaitan motivasi kehidupan? Join channel telegram ni bawah :

.

5 Tip Lulus Ujian Psikometrik SPA

5 Tip Lulus Ujian Psikometrik SPA

Ramai calon yang dipanggil menduduki Ujian Psikometrik SPA tertanya-tanya bagaimana nak lulus Ujian Psikometrik SPA. Ramai juga calon yang dah ambil ujian psikometrik ini tetapi tak pernah lulus. 

Haa.. dalam artikel ini, Sya nak kongsikan 5 tip lulus ujian psikometrik SPA. 

5 tip lulus ujian psikometrik spa calong berjaya

Tip Lulus Ujian Psikometrik SPA ini dikongsikan oleh calon-calon yang telah berjaya lulus ujian Psikometrik SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). 

Tonton video di bawah sampai habis untuk dapatkan tip-tip yang berharga ni. Ye lah, calon yang dah berjaya yang kongsikan, kan. Mestilah tip-tip ni betul, kan. 

Selain dari tip-tip di atas, kebanyakan calon yang lulus Ujian Psikometrik mereka dah biasakan diri menjawab soalan-soalan psikometrik. 

Jadi, untuk membantu anda membuat persediaan ujian, Sya dah kongsikan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik. Tekan butang di bawah untuk cuba jawab contoh soalan ujian Psikometrik : 

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Dapatkan 200+ Contoh Soalan Psikometrik Di Sini

.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Ramai calon yang dipanggil menduduki Ujian Psikometrik SPA tercari-cari contoh soalan Ujian Psikometrik. Tahniah kerana anda telah sampai ke tempat yang betul. 

Dalam artikel ini, Sya akan kongsikan 10 soalan ujian psikometrik SPA. 

1. Saya suka bantu rakan yang dalam kesusahan

A) Sangat Kerap
B) Kerap
C) Tidak Pasti
D) Tidak Pernah
E) Kadang-kadang

2. “Ulat dalam batu pun boleh dihidup”

A) Setuju
B) Sangat Setuju
C) Tidak Setuju
D) Sangat Tidak Setuju

3. Saya suka menghadiri perjumpaan-perjumpaan politik.

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti
D) Tidak Pernah

4. Apabila peluang ada di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha.

A) Setuju
B) Sangat Setuju
C) Tidak Setuju
D) Sangat Tidak Setuju

5. Ketika zaman sekolah, kadang-kadang saya didenda

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pernah
D) Tidak Pasti

6.Idea saya banyak tetapi ramai orang tak faham apabila saya ceritakan idea saya.

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti

7. Apabila peluang baik ada di depan mata, kita perlu ambil semua peluang yang ada.

A) Setuju
B) Sangat Setuju
C) Tidak Setuju
D) Sangat Tidak Setuju

8) Saya suka menghadiri perjumpaan-perjumpaan agama.

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pasti
D) Tidak Pernah

9) Saya tidak pernah didenda ketika zaman sekolah.

A) Ya
B) Tidak
C) Tidak Pernah
D) Tidak Pasti

10. Idea saya banyak tetapi sukar mengeluarkannya.

A) Setuju
B) Sangat Setuju
C) Tidak Setuju
C) Sangat Tidak Setuju

.

Bagaimana? Dapat jawab soalan-soalan di atas?. Nampak senang kan? Tapi ramai calon yang gagal. 

Sebenarnya ada banyak perangkap dalam ujian psikometrik SPA ni yang calon tak sedar. Jadi, anda perlu biasakan diri dengan menjawab banyak soalan-soalan psikometrik sebagai latih tubi. Jadi, bila ujian nanti, anda tak terperangkap.  

Untuk membuat latih tubi, anda boleh dapatkan koleksi 200+ soalan ujian psikometrik, boleh terus dapatkan dengan tekan butang di bawah:

Saya nak 200+ Contoh Soalan Psikometrik

Saya Nak 200+ Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

 

Ujian Psikometrik SPA | Tujuan & Markah Lulus

Ujian Psikometrik SPA | Tujuan & Markah Lulus

Ujian psikometrik yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) bukan sekadar ujian. Malah ia merupakan kompas yang menunjukkan potensi individu dalam dunia profesional, terutamanya di sektor perkhidmatan awam Malaysia.

Apa itu Ujian Psikometrik SPA tujuan dan markah lulus

Apa Itu Ujian Psikometrik SPA?

Ujian Psikometrik SPA merupakan kaedah penilaian yang digunakan terutamanya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Ujian ini menilai personaliti, aptitud, dan kecerdasan individu, untuk memastikan calon sesuai untuk kedudukan jawatan tertentu dalam sektor awam.

Dengan pendekatannya yang tersusun, ia menawarkan pandangan yang tidak berat sebelah terhadap potensi, keupayaan, dan kesesuaian calon untuk jawatan tertentu.

Asal Usul dan Kepentingan Ujian Psikometrik SPA

Konsep ujian psikometrik bukanlah sesuatu yang baru. Sejak awal abad ke-20, ujian ini telah digunakan di pelbagai sektor di seluruh dunia.

Di Malaysia, SPA mengadaptasi kaedah ini untuk memastikan pemilihan calon terbaik untuk jawatan kerajaan.

Dengan visi Malaysia untuk memiliki perkhidmatan awam yang dinamik, cekap, dan bertaraf dunia, Ujian Psikometrik SPA sangat penting.

Komponen Ujian Psikometrik

Ujian Personaliti: Menilai corak tingkah laku, kecenderungan, dan reaksi dalam pelbagai situasi.
Ujian Aptitude: Menilai potensi individu untuk melakukan tugas tertentu tanpa latihan atau pengalaman terdahulu.

 

Persediaan untuk Ujian Psikometrik SPA

Seperti mana-mana ujian, persediaan adalah kuncinya. Biasakan diri anda dengan jenis soalan yang akan ditanya.

Perbanyakkan menjawab soalan latih tubi, dan fahami konsep asas di sebalik penilaian personaliti.

Yang paling penting, jadilah jujur kerana ujian ini direka untuk menilai keupayaan semula jadi anda, bukan respons yang diulang-ulang.

Saya Nak 200+ Contoh Soalan Psikometrik

Manfaat Ujian Psikometrik SPA

 

Lebih daripada sekadar alat pemilihan, Ujian Psikometrik SPA menawarkan pandangan mengenai personaliti peribadi dan kesedaran diri.

Calon dapat memahami kekuatan dan bidang yang perlu ditingkatkan, membuka jalan untuk kerjaya yang berjaya dalam sektor perkhidmatan awam.

Tambahan pula, kaedah yang standard memastikan proses pengambilan yang adil dan telus.

Markah Lulus Ujian Psikometrik SPA

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia tidak menyatakan skor minimum spesifik untuk “lulus” dalam ujian psikometrik mereka. Ujian psikometrik adalah alat penilaian yang bertujuan untuk mengukur aspek-aspek tertentu dari kemampuan kognitif, personaliti, dan ciri-ciri individu lain yang berkaitan dengan jawatan.

Hasil ujian psikometrik biasanya dibandingkan dengan norma atau kriteria tertentu, atau bahkan dengan responden lain, untuk menentukan kedudukan atau penilaian relatif seorang calon. Oleh itu, apa yang dianggap “berjaya” atau “lulus” mungkin bergantung pada keperluan spesifik jawatan yang dipohon, serta bagaimana calon lain melaksanakannya dalam batch atau sesi yang sama.

Jika anda dipanggil menduduki ujian psikometrik SPA atau memerlukan informasi lebih spesifik tentang skor dan kriteria kelulusan, Sya sarankan anda tonton video di bawah sampai habis agar lebih jelas pemahaman anda mengenai Ujian Psikometrik SPA.   

Lebih 200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik

 

Sekiranya anda ingin dapatkan leboh 200 koleksi soalan ujian psikometrik mengikut format SPA, anda boleh terus dapatkan dengan tekan butang oren di bawah ini:

Saya Nak 200+  Soalan Ujian Psikometrik
.

.

Kesimpulan

 

Ujian Psikometrik SPA lebih daripada sekadar peperiksaan – ia merupakan alat yang memastikan pertumbuhan dan dinamisme sektor perkhidmatan awam Malaysia. Dengan memahami nuansa dan persediaan yang sewajarnya, calon-calon yang bercita-cita menjadi penjawat awam boleh mencari jalan mereka ke arah kerjaya yang memuaskan.

Saya Nak LULUS Ujian Psikometrik

 

10 Kelebihan Selawat Yang Ramai Tak Tahu

10 Kelebihan Selawat Yang Ramai Tak Tahu

Ini 10 kelebihan selawat yang ramai tak tahu. Rugilah kalau tak berselawat setiap hari. Sebab sebenarnya bukan 10 sahaja kelebihan selawat, tapi selawat ni memang banyak sangat kelebihannya.

Kelebihan untuk orang yang selalu berselawat bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat juga. Best kan?

Selawat ni simple, tapi dahsyat. Bak kata Ustaz Kamal Said, “Selawat ni simple tapi miracle”.

Tonton video di bawah mengenai 10 kelebihan berselawat yang dikongsikan oleh Ustaz Kamal Said. Lepas dah tahu kelebihan selawat yang amat dahsyat ni, jadikan selawat sebagai amalan setiap hari dan istiqamah. InsyaAllah, anda akan dapat menikmati kelebihan selawat ini, di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Mujib Ya Razzaq.

Rasa info ini bermanfaat? Kongsikan dengan rakan-rakan anda.

error: Content is protected !!