TIPS BLOG 2DAYBLOGGER.COM

TIPS BLOG 2DAYBLOGGER.COM

Kongsi tip blogging 2dayblogger.com

 

Salah satu aktiviti yang aku suka lakukan ketika berblogging ialah membaca tips blogging dari blogger lain.  Bagi aku, tips blog ni bukan newbie sahaja yang perlu baca, blogger yang dah bertahun-tahun berblog pun perlu baca juga untuk sentiasa memantapkan dan memajukan lagi blog.

Terdapat banyak blog di luar sana yang memberikan tip-tip untuk blog. Namun, tak kurang juga banyak blogger yang memberikan tips yang dicopy paste dari blogger lain dan bukannya dari pengalaman dan pengamatan diri sendiri. 2dayblogger.com merupakan salah satu blog yang mengandungi banyak tips blogging yang terhasil dari pengalaman penulis blog itu sendiri iatu saudara Faizal Abdullah.

Di sini, aku akan kongsikan 3 entri tips blog 2dayblogger.com yang sangat berguna dari pelbagai aspek untuk tatapan pembaca sekalian.

 

1. PEMILIHAN TAJUK ARTIKEL

Tajuk artikel selalunya menjadi 1st impression kepada para pembaca kerana kebiasaanya, sebelum membaca sesuatu entri, tajuk yang akan dibaca terlebih dahulu. Tajuk yang menarik boleh menyebabkan pembaca berminat untuk membaca sesuatu entri. Namun, bagaimanakah caranya dan kriteria yang diperlukan untuk menulis tajuk entri yang baik untuk pembaca dan juga untuk search engine?. Temui jawapannya dalam entri Bijak Memilih Tajuk Artikel Boleh Tingkatkan Bilangan Pembaca Blog!

 

2. KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN SEMASA BLOGGING

Sebagai makluk Allah yang menghuni dunia yang fana ini, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang dilakukan kadangkala langsung tidak disedari. Bagi seorang blogger, kesilapan dalam dunia maya, ketika blogging terutamanya, sering berlaku tanpa disedari.

Kesilapan-kesilapan ini mungkin akan mendatangkan kerugian kepada kita terutama sekali dari segi trafik dan juga minat pembaca blog. Jadi adalah baik untuk kita membaca entri 5 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Blogging. Mungkin Korang Selalu Lakukan?.

Setelah membaca entri ini, cuba tanya diri sendiri, adakah anda ada melakukan kesilapan-kesilapan yang dinyatakan?. Jika jawapannya ya, maka bolehlah bertekad dalam diri untuk membaiki kesilapan dan tidak mengulanginya lagi, terutama sekali jika anda ada hajat untuk memajukan diri anda dan blog kesayangan anda.

 

3. BAGAIMANA MENJADI BLOGGER YANG HEBAT

Siapakah dia blogger yang hebat?. Perlu ke, jadi seorang blogger yang hebat?. Kenapa nak jadi blogger yang hebat?. Jawapan kepada semua soalan ini ada dalam diri setiap blogger.

Jika anda serius berblogging dan berhajat untuk menjadi seorang blogger yang hebat, tidak salah mempunyai niat seperti ini. Tiada yang mustahil di dunia ini. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Namun, menjadi seorang blogger yang hebat tidak mudah seperti hanya mengucapkan “aku nak jadi blogger yang hebat”. Segalanya perlu diusahakan. Jika kena pada gaya dan caranya, InsyaAllah, anda memang boleh jadi blogger yang hebat.

Entri Bagaimana Menjadi Blogger Yang Hebat? ada menerangkan cara-cara untuk menjadi seorang blogger yang hebat. Bacalah untuk mengetahui apakah rahsianya. Mudah-mudahan anda akan menjadi seorang blogger yang hebat satu hari nanti.

p/s: Ini adalah entri contest Kongsi Tip Blogging 2dayblogger.com. Nak sertai juga, bolehlah klik link ini: Kongsi tip blogging 2dayblogger.com

 

TIPS BLOG 2DAYBLOGGER.COM

REVIEW BLOG 2DAYBLOGGER

Sejarah aku dan 2Day Blogger.com

Aku mula kenal dengan blog 2Day Blogger ni sejak awal tahun ni (2011). Kira agak baru jugalah aku berkenalan dengan blog ni. Kali pertama aku datang blog ni pun, aku dah jatuh cinta padanya. Sebab? Sebab blog ni punyai keistimewaan yang tersendiri, yang takde pada blog lain.

KEISTIMEWAAN 2DAY BLOGGER

1. Macam-macam ada

Ni lah ungkapan ringkas untuk menggambarkan blog ni. Dalam blog ni, ada berita semasa, politik, hiburan, tips-tips blogging, sukan, tazkirah, kesihatan, kereta, kerjaya, kedai online pun ada. Haa…complete dah aku rasa blog ni. Erm…tak pasti pula kewangan ada ke tak. Tapi, blog ni ada lah juga cerita pasal buat duit dari blog. Penulis blog ni sendiri memang dah banyak dapat duit dari blog. Kira, tiap-tiap bulan, poket dia memang lebat ler. Memang saudara Faisal Abdullah (pemilik blog ni) dah berjaya dapatkan RM 4 angka hanya dari blog. Syiok kan?.

2.  Gaya penulisan

Memang tak dapat dielakkan dan tak dapat disangkal bahawa setiap penulis blog mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Gaya penulisan ni biasanya akan memberikan keselesaan kepada pembaca dan boleh juga mengganggu jiwa pembaca.  Hah?. Macam mana tu?. Iyalah, setiap pembaca juga mempunyai citarasa yang berbeza dan juga mempunyai naluri yang berbeza. Jadi, penilaian tentang gaya penulisan akan menjadi subjektif. Bagi aku, aku suka dengan gaya penulisan saudara Faisal yang humble dan matang. Jikalau beliau menyuntikkan elemen emosi dalam mengulas sesuatu isu pun, beliau masih lagi mengawal gaya bahasa yang digunakan. Bahasa jiwa bangsa!.

3. Kemas + Ringan

Blog ni bolehlah aku kategorikan sebagai blog yang banyak iklan. Kalau tak percaya, cuba tengok gambar kat bawah ni.

 

Baru tengok bahagian atas je, dah ada 3 jenis iklan dah yang dipasang. Tapi, iklan-iklan ni tak mengganggu pembacaan. Kalau ada yang rasa iklan di tepi sebelah kanan tu menutup widget-widget yang ada di sidebar kanan, itu sebab laptop/pc anda kecil atau ada masalah resolution. Blog ni juga ringan dan loadingnyer cepat iaitu 0.06 saat. Hebat bukan?. Walaupun iklan dipasang dimerata-rata tempat, tapi blog ni tetap ringan. Inilah salah satu kehebatan blog 2Day Blogger. Kena menuntut dengan saudara Faisal ni, camne dia buat sampai blog dia jadi sebegini ringan.

 

 

Walaupun banyak iklan, tapi saudara Faisal masih lagi menjaga kekemasan blog. Entri disusun dengan sebaiknya dan teratur. Seperti yang tertera di gambar di atas, tajuk-tajuk entri dalam sesuatu kategori disenaraikan dengan kemas di bahagian home page. Theme yang digunakan oleh saudara Faisal ini menyerupai theme ‘news’. Aku perasan theme macam ni selalu digunakan oleh surat khabar online.

 

Aku tahu saudara Faisal memang mementingkan kekemasan dan theme blog kerana bagi beliau, theme blog merupakan pakaian bagi sesebuah blog. Atas nasihat beliau dan beberapa blogger lain jugalah, aku kini dah bertukar theme, kerana theme sebelum ni terlalu simple dan tak menarik susunannya.

 

4. Tak rugi apa pun

 

Memang rasa tak rugi apa pun kalau datang singgah ke blog 2Day Blogger ni tiap-tiap hari sebab banyak sangat ilmu dan maklumat yang saudara Faisal berikan dalam blog ni. Nak cerita banyak pun tak guna, pi lah terjah blog best yang jadi feature blog Majalah Remaja Jun 2011, Alexa rank 48, 621 dan mendapat UV 10 ribu sehari ni: blog 2Day Blogger.com.

 

p/s: Entri ini adalah entri untuk contest review blog 2Day Blogger.com. Entri last minute ni disebabkan kekangan masa. Harap ianya masih lagi berbaloi untuk dibaca.
error: Content is protected !!