
ROAD SHOW ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) KE-26 PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU
Semalam aku berpeluang menonton road show Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru. Sekali-sekala nak berhibur ni, kan. Saja je nak tengok artis-artis ni secara live.
Oleh kerana aku datang lambat (show start pukul 2, tapi dekat pukul 4 baru aku tiba), so agak susah lah aku nak mencari tempat yang strategik, untuk melihat para artis membuat persembahan di pentas. Lambat punya pasal (sebab aku dari kampung), so tempat yang paling clear penglihatan ialah di tepi pentas, tepi escalator. So, bila aku nak ambil gambar, gambar-gambar yang terhasil pun disebalik cermin escalator lah. Ada bayang-bayang, gitu.
Manusia memang ramailah kan. Memang crowded habis lah. Yelah, penonton bukan setakat warga Johor je, warga Singapura pun ada juga.
ARTIS YANG HADIR ROAD SHOW ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) KE-26 DI PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU
Alyah, Aizat, Hazama, 3 suara, Ning Baizura, Shila Hamzah, Jaclyn Victor, Projek Pistol dan Hafiz adalah antara artis yang hadir. Faizal dan Sheryl Samad kekal sebagai pengacara.
Hafiz menyanyikan lagu Ombak Rindu dan Awan Nano.
Aizat mendendangkan lagu Sungai Lui.
Hazama dengan lagu Pokok. Penonton pun sakan bernyayi lagu Pokok ni bersama-sama Hazama.
Selepas menyanyi sebagai 3 Suara, Jaclyn Victor tampil secara solo pula.
Giliran Shila Hamzah pula tampil secara solo. Paling susah aku nak shoot gambat Shila Hamzah ni sebab dia asyik berdiri di sebalik tiang tu. So, aku nampak tangan dia je. huhu…
Ning Baizura yang sempoi dengan t-shirt putih sajaha juga ada tampil secara solo selepas bersama dengan 3 suara, tapi aku tak dapat snap gambar dia, sebab kedudukanku di belakang. Ning Baizura ada baling 4 helai t-shirt kepada penonton semasa membuat persembahan, tapi aku tak dapatlah t-shirt tu. Macam mana nak sambut t-shirt tu, dah aku berdiri di sebalik escalator. Huhu.. Takdak rezeki naaa..
Alyah tampil comel dengan gaun torquisenya. Kecil je rupanya Alyah ni. Hehe… Masa snap gambar Alyah ni, aku dah mara ke hadapan sikit. Takdelah ambil gambar dari balik escalator lagi. Tapi time ni orang pun dah berkurang, sebab Alyah artis ke-2 akhir membuat persembahan.
Artis terakhir yang buat persembahan ialah Projek Pistol. Tapi masa tu aku pun dah bergerak menuju ke kedai buku Badan Cemerlang. Nak cari novel. 😀
Sempat juga aku rakamkan beberapa buah lagu dan semestinya aku cuma rakam lagu-lagu kegemaran aku je lah. Ada juga rakaman Alyah bersama peminat ciliknya. Tapi videonya belum sempat upload lagi. Akan di upload kemudian. 😀
Ada juga booth The Cube. Promosi! Promosi!
Kongsi gambar-gambar sekitar road show Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 di Plaza Angsana, Johor Bahru ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.