GAMBAR NIKAH ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE 20 JANUARI 2012
Dengan 2 kali lafaz, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah selamat dinikahkan dengan Nurfarahin Binti Romli, 22 atau lebih dikenali sebagai Farah Lee tepat jam 10.30 pagi 20 Januari 2011. Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.
Mereka telah dinikahkan oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar, berwakil wali bapa Farah Lee, Romli Bin Ismail dengan mas kahwin berjumlah RM250.
HANTARAN ALLY ISKANDAR
Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada Farah Lee: set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.
HANTARAN FARAH LEE
Farah lee menerima 7 dulang hantaran: gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.
Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee
Baca selanjutnya 5 Fakta Mengenai Farah Lee.
>> Koleksi gambar perkahwinan majlis resepsi Ally Iskandar dan Farah Lee <<
Sumber: Ohbulan, beautifulnara, myartis
Kongsi gambar nikah Ally Iskandar dan Farah Lee ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.