PELAKON DRAMA ANNISSA SLOT SAMARINDA TV3

ANNISSA | KESIANNYA ANNA HIDUP-HIDUP DITIPU KAWAN BAIK SENDIRI

Annissa drama samarinda tv3

Korang follow tak cerita Annissa ni?. Pada awalnya aku tak follow cerita ni. Tapi sejak sebulan ni, aku mula follow cerita ni. Sebelum ni, tak nak tengok cerita ni sebab tak sanggup rasa nak tengok Anna ditipu hidup-hidup oleh kawan karibnya sendiri yang dia sangat sayang dan percaya.

Si Balkis, secara senyap jadi madu dia. Si Shila pula songlap duit syarikat. Kesiannya Anna. Bila tengok kebaikan Anna terhadap kawan-kawannya, terutama Balkis (salah seorang dari 5 orang yang paling disayanginya), aku mula terfikir, macam manalah nanti perasaan Anna apabila dapat tahu yang Balkis tu sebenarnya madu dia sedangkan kawan-kawannya semua dah tahu yang Balkis tu madu Anna.

Sara dah lama tahu yang Balkis tu madu Anna. Walaupun Anna menuduh dia yang merosakkan rumahtangganya, tapi Sara rela mengundur diri kerana ingin merawat penyakitnya dan juga kerana terlalu sayangkan Anna.

Shila pula baru tahu yang Balkis berkahwin dengan Farid, tapi tak sampai hati juga nak bagitahu Anna. Lagipun, Shila pun tak boleh pecahkan rahsia Balkis sebab Balkis tahu Shila songlap duit syarikat. Farid pun tahu tentang tembelang Shila.

Kiranya sekarang ni, Anna je lah satu-satunya orang yang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kesian sangat kat Anna. Apalah perasaannya nanti, kan bila semua ni terbongkar?.

Kalau terlepas waktu siaran drama ni kat tv3 tu, aku tonton secara online je kat portal tonton tv3. Tapi, aku tahu ada juga yang tak dapat tengok kat tonton tu. So, untuk yang tak boleh tengok cerita ni kat tonton, boleh cuba download Annissa di SINI.

Bila tengok cerita ni, selalu je soalan ni terpacul di benak fikiran aku “bilalah nak kantoi ni?. Asyik terselamat je walaupun dah nyaris-nyaris kantoi”.

Apa pendapat korang pasal cerita ni?. Yang tak tonton cerita ni boleh lah baca SINOPSIS ANNISSA.

SENARAI PELAKON DRAMA ANNISSA.

Kongsi kisah Annissa ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang share ini.

PELAKON DRAMA ANNISSA SLOT SAMARINDA TV3

SINOPSIS ANNISSA DRAMA TV3 SLOT SAMARINDA

Annissa drama samarinda tv3

SINOPSIS ANNISSA

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka bersemi dalam hubungan ini, adakah mereka akan melepasi godaan dan dugaan dalam hidup?

ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri. Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah menduakannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?. Kesiannya Anna kena tipu  hidup-hidup dengan kawan karib sendiri.

Annissa bersiaran mulai 31 Mei 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

p/s: Best cerita ni. Tak sabar nak tahu macam mana Balkis dan Shila boleh kantoi dengan Anna.

BARISAN PELAKON DRAMA ANNISSA

Sinopsis dari portal tv3.

Kongsi sinopsis ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!