BAUCER BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA, IPTS, POLITEKNIK & TINGKATAN 6
Seramai 1.3 juta penuntut yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah di tingkatan enam layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260 juta untuk diagihkan kepada penuntut-penuntut tersebut yang dikategorikan sebagai aktif.
PELAJAR YANG LAYAK
Katanya, pemberian baucar tersebut diberikan tanpa mengira penuntut itu mengikuti pengajian pada peringkat diploma, sarjana muda, sarjana mahupun Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa atau pun sebaliknya.
Semua pelajar warga Malaysia yang aktif dan berdaftar dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan di institusi pengajian awam dan swasta (IPTA / IPTS), politeknik, matrikulasi/asasi mahu pun di peringkat pengajian persediaan layak menerima dengan syarat daftar sebelum hujung Mac.
CARA MENUNTUT BAUCER RM200
Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan mereka hanya dibenarkan membeli buku akademik, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Baucar buku RM200 ini akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelak ia dipalsukan. Pelajar boleh membuat tuntutan baucer RM200 ini di IPT masing-masing.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
Tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.
Sehubungan itu, katanya, penuntut boleh menebus baucar itu di mana-mana kedai buku yang menyertai program tersebut namun dilarang menebus dengan wang tunai.
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
p/s: Alhamdulillah, dapat juga merasa dapat baucer buku RM200 ni. Memang sangat membantu. Kena fikir baik-baik ni nak beli buku apa. 😀
Sumber: berita harian
>> SENARAI KEDAI BUKU YANG MENERIMA BAUCER BUKU RM200 <<
Kongsi cara tuntut baucar rm200 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.