PULANGAN PELABURAN MELEBIHI 2000% SETAHUN
Pulangan pelaburan melebihi 2000% setahun?. Biar betul?. Ada ke pelaburan yang boleh berikan kita keuntungan sebanyak 2000% setahun?. Skim cepat kaya ke apa ni?.
Persoalan ini mungkin bermain di minda anda. Pernah tak terfikir untuk mendapatkan pulangan pelaburan 2000% setahun?. Ia kelihatan seperti tidak logik, tetapi sebenarnya ramai je orang yang dah buat keuntungan lebih dari 2000% setahun. Keuntungan infiniti pun ada.
Kalau betul-betul anda dapat pulangan pelaburan melebihi 2000% setahun, nak tak?. Suka tak?.
Memandangkan aku pernah melihat dengan mata kepala sendiri dan merasai sendiri pelaburan yang memberikan pulangan melebihi 2000% setahun, maka besarlah hati aku nak kongsikan dengan para pembaca syaisya.com sekalian. Pelaburan apakah itu?. Teruskan membaca sampai habis….
1) Pelaburan saham
Ya, pelaburan saham. Jika anda perhatikan ada beberapa instrumen pelaburan yang boleh memberikan pulangan kepada pelabur.
Contoh pelaburan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
ASB – Sekitar 8% setahun
Tabung Haji – Sekitar 7-8% Setahun
Simpanan Tetap – 3.5% Setahun
Tetapi pelaburan saham di Bursa Malaysia dapat memberikan keuntungan yang lebih lumayan berbanding instrumen pelaburan lain. Aku berikan anda contoh satu saham yang dibeli oleh saudara Zulhilmi baru-baru ini.
Nampak tak?. Dalam 6 hari sahaja dah dapat pulangan keuntungan RM 420 ( ROI = 46 % )
* ROI = Return of Investment.
Itu dalam masa 6 hari sahaja, untuk 1 kaunter. Kalau ada beli beberapa kaunter?. Kalau setahun?. Dah berapa dah kan?.
Yang ni kisah yang simpan dalam masa 6 hari, ada juga yang beli pagi, petang dah dapat untung dah. Tapi yang ni, perlukan ilmu yang lebih advance.
Nampak indah, kan?. Tapi sebenarnya, tak seindah yang disangka kerana ramai juga orang yang rugi dalam pelaburan saham. Pernah dengar orang kata begini? – ” Jangan main saham, RUGI!”. Pernah dengar?
Kalau ‘main’ saham memanglah rugi. Perkataan ‘main’ itu sendiri dah menunjukkan anda seolah-olah ‘main-main. Sedangkan perkara yang sepatutnya ialah melabur saham.
Sebenarnya, dalam pelaburan saham ini, banyak perkara kita perlu tahu. Macam mana nak tahu apa yang kita perlu tahu?. Caranya tak lain dan tak bukan, perlu belajar dan menuntut ilmu. Of course, setiap apa pun yang kita nak buat, kita perlu ada ilmu terlebih dahulu.
Aku mula terlibat dalam pelaburan saham sejak Jun 2013. Memang baru sahaja terlibat dalam pelaburan saham ni, baru je setengah tahun. Aku mula mengetahui tentang saham ini sejak menghadiri seminar yang diadakan oleh Richwork (Company Dr. Azizan Osman). Dalam seminar tu, pagi, belajar pasal FB Marketing oleh Bryan, petang, belajar pasal kewangan dengan Mekanik Wang, Abang Abu.
Dalam sesi akhir, Abang Abu menjemput Tuan Haji Asri, mentor saham no. 1 di Malaysia untuk memberikan sedikit briefing tentang saham. Ketika itulah mata aku terbuka pasal saham ni. Kemudian, aku mengambil keputusan untuk menghadiri kelas seminar saham yang diadakan. Bayaran, RM 1, 500 dan boleh hadiri kelas ini untuk berapa kali yang aku mahu.
Ada lebih 1000 kaunter di Bursa Malaysia yang dijamin oleh Suruhanjaya Sekuriti dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia boleh anda labur. Yang penting perlu ada ilmu dan mentor. Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu pelaburan saham daripada mentor saham yang berpengalaman, saya syorkan anda mendapatkan DVD Saham ini –> http://syaisya.com/BelajarSahamDariPakar. Ia murah sahaja, jauh lebih murah. Tidak semahal seminar yang saya hadiri. Sekarang ni anda bernasib baik kerana boleh belajar saham dari rumah sahaja dengan panduan yang terdapat dalam DVD ni.
2) Pelaburan Ilmu
Yeah, tidak dapat disangkal lagi. Pelaburan ilmu semestinya adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk anda lakukan. Cari ilmu terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara sekalipun. Ia bagi mengelakkan daripada anda “Sudah terhantuk, baru nak terngadah”.
Contohnya, dalam pelaburan saham. Ada Lebih 1000 kaunter di Bursa Malaysia. Kaunter mana yang anda nak beli?. Berapa banyak nak beli?. Macam mana nak beli?. Jika anda hentam keromo sahaja, bantai beli je sembarangan kaunter, anda mungkin akan membakar duit anda begitu sahaja (kerugian teruk).
Oleh yang demikian, pelaburan ilmu adalah perlaburan yang sangat menguntungkan anda. Malah anda mampu untuk mendapatkan keuntungan melebihi 2000% setahun. Ambil masa untuk belajar betul-betul, fahamkan betul-betul, kemudian baru lah boleh mula melabur. Ingat ya, MELABUR, bukan MELEBUR!. jangan dah rugi baru nak terkedek-kedek mencari ilmu. Pada masa tu, lebih banyak lagi duit yang perlu anda laburkan.
p/s: Pelaburan saham sebenarnya adalah antara cara buat duit dengan goyang kaki jika anda benar-benar tahu caranya. Tetapi, jika anda tersilap langkah, tak sempat nak goyang kaki, TETAPI anda tak boleh tidur malam memikirkan saham yang anda beli. Hehe… Ini bukan ugutan tetapi AMARAN!… Sebab saya dah terlibat dalam pasaran saham ni, jadi saya tahu keadaannya bagaimana :).
Nasihat saya, jangan kedekut untuk melabur dalam mencari ilmu untuk kebaikan anda sendiri. Malah, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling anda juga akan dapat manfaat dari ilmu yang anda perolehi.
Nak ada ILMU jangan berkira untuk memilikinya. Jika anda takut melabur untuk ilmu, tak perlu dapatkan DVD ini kerana ia khas untuk mereka yang nak berjaya sahaja! Hanya jika anda benar-benar serius untuk tambah pendapatan pasif melalui pelaburan saham dan nak belajar dari pakar saham, anda boleh dapatkan DVD ini melalui pautan link ini –> http://syaisya.com/BelajarSahamDariPakar.
Klik like untuk kongsi info ini dengan rakan-rakan anda di FB, mungkin dapat membantu rakan-rakan anda yang mahu membiakkan duit dengan cara yang betul.