TEMPAT MAKAN SEDAP & HOTEL DI LANGKAWI

TEMPAT MAKAN SEDAP & HOTEL DI LANGKAWI

Alhamdulillah, akhirnya entri tentang tempat menarik di Langkawi yang aku sekeluarga lawati dah tiba ke penghujungya dan aku jadikan Tanjung Rhu sebagai tempat terakhir untuk siri Tempat Menarik Di Langkawi.

 

Dah jadi kebiasaan kami sekeluarga bercuti dengan budget yang terhad. Datang dari Selatan ke Utara, kami memilih jalan darat. Penat memang penat, tapi best juga, jelajah dari 1 negeri ke 1 negeri. Bila singgah RNR tu, bertukar-tukar loghat bahasa aku dengar. Dah nama pun percutian budget, jadi, kebanyakan tempat yang kami lawati ialah FOC (Free OF Charge). Hehe…

 

Tempat yang kena bayar cuma Cable Car, Underwater World dan Aktiviti Islad Hopping. Untuk aktiviti Island Hopping, kami sekeluarga (7 orang) menyewa 1 bot, RM200 sahaja. OK lah tu, kan. Kami sewa bot untuk kami sekeluarga je, tak campur dengan orang lain.
Aku tak buat entri untuk tempat makan yang best, sebab kami sekeluarga agak tak berpuas hati dengan tempat makan di sana. Hanya 1 tempat je yang memuaskan hati dan kami makan 2 kali di sana. Murah pun murah, sedap pun sedap. Bagi tekak kami, sedaplah. Tekak orang lain, aku tak tahulah, sebab sedap ni adalah perkara yang subjektif. Ikut lidah yang merasa.

 

 

Gulai Panas

 

Ulam

 

Kailan Ikan Masin

 

Sebagai entri penutup, ni serba sedikit pemandangan dari Hotel yang kami sewa selama 3 hari 2 malam, Hotel Bella Vista (RM300++).
Hotel Bella Vista

 

Pemandangan dari Aras 4

 

Pemandangan zoom dari aras 4

Alhamdulillah, akhirnya, siap 1 siri. Lepas ni nak siapkan entry Penang dan Beijing pula.

error: Content is protected !!