BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2011

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2011

permohonan biasiswa agong 2011

Maklumat ini diperolehi dari web rasmi JPA.

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2011 dibuka dari 11 Hingga 18 Julai 2011. Permohon adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun  2011 bagi mengikuti  pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara.

 

Syarat-Syarat Umum Permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2011


a)  Warganegara Malaysia.

b)  Umur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

 

Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana/ Kedoktoran)


a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.

b)   Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.

c)   Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

d)  Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia.

 

KADAR ELAUN SARA HIDUP YANG DIBERIKAN


Amerika Syarikat: USD 1,923.00

United Kingdom: £ 1,639.50

Australia: AUD 2,070.00

New Zealand: NZD 2,174.00

Malaysia: RM 1,760.00 (Sarjana) RM 2,500.00 (Ph.D)

 

Berhajat untuk memohon biasiswa ini. Boleh lah hantar permohonan secara online di SINI. Panduan permohonan di SINI. Atau, nak lagi senang, lawat je portal rasmi JPA. Semua maklumat ada di situ.

p/s: Macam nak apply sebab amount yang diberikan agak lumayan berbanding biasiswa yang aku dapat sekarang. Tapi tang pointer tu tak lepas lah. Huhu.. bersyukur dengan apa yang ada sekarang je lah. 😀

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

BIASISWA SAITO KOLEJ, ONE FM, FLY FM & HOT FM 2011

BIASISWA SAITO KOLEJ, ONE FM, FLY FM & HOT FM 2011

One FM, Fly FM dan Hot FM dengan kerjasama Saito College menyediakan peluang penajaan pendidikan  bagi pelajar-pelajar yang berkelayakan dan mempunyai daya kreativiti serta prestasi akademik yang membanggakan. Biasiswa ini menyediakan dana kewangan untuk pelajar terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, serta peluang untuk menjalani latihan industri bersama Hot FM, Fly FM atau One FM.

Dengan skim bisiswa ini, (1) pelajar yang terpilih bakal menerima tajaan untuk yuran pengajian mereka untuk kursus-kursus seperti:

  • Diploma Pengiklanan Kreatif
  • Diploma Senireka Grafik
  • Diploma Senireka Multimedia
  • 

Kelayakan Memohon

  • Berminat untuk menyambung pengajian di Saito College
  • Warganegara Malaysia berumur 20 tahun dan ke bawah pada 2011.
  • Pemohon perlu menunjukkan prestasi / keputusan yang baik dan konsisten.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam SPM.
  • Minimum GPA 3.00 dalam 3 subjek di peringkat STPM.
  • Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  • Tidak mempunyai kontrak / terikat dengan syarikat / organisasi lain.
  • Pemohon tidak boleh / pernah menerima biasiswa atau tajaan kewangan daripada organisasi lain.
  • Keperluan kewangan perlu disokong dengan bukti yang kukuh.


Terma dan Syarat:

  • Biasiswa ini hanya untuk pengajian sepenuh masa dan kursus yang ditawarkan di Saito College Malaysia.
  • Penerima biasiswa juga perlu patuh pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Saito College.
  • Keputusan mengenai semua aspek penajaan adalah muktamad. Sebarang bantahan / rayuan tidak akan dilayan.
  • Hot FM, One FM, Fly FM dan Saito College mempunyai hak mutlak untuk mengubah, menukar, menambah atau mengeluarkan sebahagian daripada terma dan syarat dari masa ke semasa.
  • (1) Pemohon yang berjaya perlu menandatangani surat tawaran biasiswa dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Biasiswa Yang Ditawarkan

RM32,100 termasuk yuran pengajian.

Cara Untuk MemohonPemohon perlu melengkapkan borang online ‘Biasiswa One, Fly dan Hot FM’ dan hantarkan dokumen sokongan seperti:

  • Resume terkini – termasuk aktiviti ko-kurikulum, pencapaian pemohon.
  • (1) portfolio mengenai hasil seni pemohon.
  • Borang J / Cukai pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga.
  • Sijil pengajian tertinggi. Contoh: SPM.
  • Gambar berukuran passport.
  • 

Tarikh Tutup

Permohonan online perlu diterima oleh pihak kami sebelum 10 Jun 2011. Permohonan yang lambat tidak akan dilayan.

Kriteria Pemilihan

  • Pemohon yang disenarai pendek perlu menghadiri sesi temuduga untuk pemilihan akhir.
  • Untuk sesi pemilihan, pihak pengurusan akan melihat pada kriteria-kriteria seperti:
    • Potensi / kreativiti pemohon.
    • Latar belakang akademik dan ko-kurikulum.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi SAITO KOLEJ.
Sumber rujukan: http://lol.hotfm.com.my/istimewa/saito/

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 14684160 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/functions.php on line 625