BIASISWA ENDOWMEN UTM SESI 2011/2012
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian sepenuh masa di UTM bagi sesi pengajian 2011/2012.
SYARAT PERMOHONAN – KELAYAKAN AKADEMIK
- STPM: Lulus dengan sekurang-kurangnya mendapat 2A dalam subjek Sains atau Matematik
- Matrikulasi KPM / Asasi Sains UTM: PNGK > 3.75
- Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Ko-kurikulum.
SYARAT-SYARAT LAIN
- Pemohon memasuki tahun pertama dan mengikuti pengajian sepenuh masa bagi Program Ijazah Sarjana Muda di UTM bagi sesi pengajian 2011/2012.
- Lulus dalam temuduga pemilihan yang akan dijalankan.
NILAI BIASISWA
RM 10, 000 setahun.
TARIKH TUTUP
19 September 2011
CARA MEMOHON
Klik SINI untuk memohon dan untuk maklumat lanjut. Atau boleh lawati laman web rasmi UTM : www.utm.my
Kongsi maklumat biasiswa UTM 2011 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.