BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2011
Maklumat ini diperolehi dari web rasmi JPA.
Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2011 dibuka dari 11 Hingga 18 Julai 2011. Permohon adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2011 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara.
Syarat-Syarat Umum Permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2011
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.
Syarat-Syarat Khusus Pengajian di Peringkat Sarjana/ Kedoktoran)
a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
b) Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
c) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
d) Pemohon perlu mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia.
KADAR ELAUN SARA HIDUP YANG DIBERIKAN
Amerika Syarikat: USD 1,923.00
United Kingdom: £ 1,639.50
Australia: AUD 2,070.00
New Zealand: NZD 2,174.00
Malaysia: RM 1,760.00 (Sarjana) RM 2,500.00 (Ph.D)
Berhajat untuk memohon biasiswa ini. Boleh lah hantar permohonan secara online di SINI. Panduan permohonan di SINI. Atau, nak lagi senang, lawat je portal rasmi JPA. Semua maklumat ada di situ.
p/s: Macam nak apply sebab amount yang diberikan agak lumayan berbanding biasiswa yang aku dapat sekarang. Tapi tang pointer tu tak lepas lah. Huhu.. bersyukur dengan apa yang ada sekarang je lah. 😀
Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.