LELAKI KACAK BROFRAMESTONE MENCARI BLOGGERS UNTUK PROJEK 100 BLOGGERS
Lelaki kacak bernama Broframestone kini sedang mencari 100 orang bloggers untuk diketengahkan. Tengok banner di atas tu, betapa seriusnya muka Broframestone membuat penilaian setiap blog yang berdaftar untuk menyertai Projek 100 Bloggers ni.
Secara asasnya, Projek 100 Bloggers yang dianjurkan oleh blogger lelaki kacak ini bertujuan untuk mengetengahkan 100 blog untuk menjadi medium pengiklanan produk-produk klien bro. Jadi, setiap blogger yang terpilih akan menerima sponsor post.
Setakat ni, aku baru sekali ke merasa sponsor post. Bukan dari syarikat pengiklanan, tapi dari blogger Great Teache Onizuka (Eyriqazz.com). Masa tu aku join program sponsor post beliau. Hehe..so sikit-sikit tu aku tahu jugalah apa rasanya buat sponsor post ni. 😀
Berikut ialah kriteria blog yang Bro cari:
1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya adalah warganegara Malaysia.
2. Trafik 500 uv dan ke atas (bukti statistik blog amat diperlukan)
3. Blog berbahasa Melayu atau English.
4. Blog yang berkualiti (bukan copy & paste dan setiap post mendapat feedback yang menggalakkan dari pembaca).
5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog diupdate.
6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
7. Dan sanggup memberi komitmen dalam menjayakan projek 100 bloggers.
Dah ramai blogger yang join program ini dan dah ramai juga yang berjaya terpilih. Walaupun aku tahu projek ni pada awal projek ni dilancarkan, tapi agak lambat sikit aku buat entri ini dan seterusnya mendaftar dengan bro sebab aku cuba berusaha untuk memenuhi beberapa kriteria yang bro tetapkan. Nak dapatkan sesuatu perlulah berusaha, kan. Hehe 😀
Ok lah, kepada rakan-rakan blogger yang lain, jomlah join projek ni. Projek ni sangat bagus untuk pendedahan kepada blogger-blogger tentang dunia pengiklanan di blog. Boleh memberikan pengalaman kepada blogger dalam usaha untuk menepati citarasa pengiklan selain dari dapat duit poket. Nak buat duit dengan blog ada banyak cara, bukan setakat dengan memasang banner iklan dari Nuffnang, Innity, Advertlets, 701 panduan dan macam-macam syarikat pengiklanan sahaja.
Kalau berblog saja suka-suka je tanpa target utama untuk mendapatkan duit dari blog pun boleh juga join program ni. InshaAllah, banyak manfaat yang boleh dapat dari projek ni. Aku pun tak tahu akan terpilih atau tak, tapi belum cuba belum tahu, kan?. Yang penting dah cuba dan dah berusaha. 😀 Ya lah kan, jadi blogger syok sendiri pun kadang-kadang tak boleh.
p/s: Sekarang ni keyword lelaki kacak menjadi rebutan ramai blogger-blogger Malaysia. Tak kiralah blogger itu kacak atau blogger itu lawa.