BEST KE BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG? BILA BOLEH KAYA?

BEST KE BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG? BILA BOLEH KAYA?

Pernah tak anda ditanya atau terjumpa dengan soalan di atas?. Soalan ni aku jumpa di dalam komen satu blog post tu. Tak ingat blog post kat blog yang mana satu. Tapi, aku sendiri pernah diajukan soalan tentang buat duit dengan blog ni (Nuffnang) oleh bukan blogger (housemate aku).

Masa aku cakap dekat dia dengan muka yang happy sangat dapat duit dari Nuffnang ni, 25 sen untuk 1 iklan selama seminggu, memang dia buat muka je. “Bila boleh kaya macam tu?“. Tu lah soalan yang diajukan semula pada aku.

Erk! Bila boleh kaya?. Aku nak kaya dengan Nuffnang ke?. Aku jawab  “ada je orang yang dapat beribu-ribu setiap bulan dari Nuffnang ni je”. Hakikatnya, aku pun bukannya berniat nak jadi kaya raya hanya dengan Nuffnang ni.

Earning dari Nuffnang ni sebagai duit poket tambahan je lah untuk aku, di samping aku seronok-seronok berblog mengisi masa lapang yang ada. Daripada aku dok surfing yang bukan-bukan tak tentu hala, baik aku buat blog.  Sekurang-kurangnya ada yang dapat manfaat dari blog aku ni. InsyaAllah.

Walaupun aku tahu blog aku ni tak best mana dan tak famous mana pun, tapi bukan glamour yang aku kejar. Blog ni dah jadi sebagai sebahagian dari hidup aku. Itu je.

Berbalik semula kepada soal buat duit dengan Nuffnang, best ke tidak, kalau tanya aku memang aku jawab best ler. Ketuk-ketuk keyboard buat entri pun boleh je dapat duit. Memang aku tak expect nak dapat banyak sangat pun dari blog ni. So, dapat cash out beberapa kali pun kira OK lah kan, siapa nak kasi?. Sekurang-kurangnya tiap-tiap hari ada duit masuk walaupun beberapa ringgit, Alhamdulillah, aku senyum je juga.

Bukannya apa, buat apa aku nak paksa diri sangat kalau nak berhempas pulas pun untuk dapatkan duit banyak-banyak dari Nuffnang. Aku tahu ada banyak cara lagi untuk buat duit dari internet, amnya dan buat duit dari blog, khususnya.

Malas nak mengharap sangat dengan Nuffnang sebenarnya, kalau terlebih mengharap karang frust pula. Silap-silap haribulan, berhenti berblog terus. So, apa yang aku buat sekarang ni, just update je blog ikut suka hati aku. Ada BE Nuffnang nak bagi, Alhamdulillah. Aku terima dengan senyuman manis. Kalau takde pun, takpe, esok lusa adalah tu nanti.

Erm…sekarang ni kalau tengok earning yang tertera, jumlahnya memang dah boleh cash out, tapi kena tunggu BE tu gugur jadi Metered lah. Hehe.. tangan aku ni memang gatal, pantang tengok dah cecah RM50 je, mesti sibuk nak cash out. Tapi of course lah aku tetap suka kalau iklan-iklan BE tu joget lama-lama dalam blog aku. Lagi lama dia joget, lagi banyak lah aku boleh kaching!. 😀

Kalau nak buat duit dari blog memang memerlukan kesabaran. Kalau nak happy berblog,  tak boleh fikirkan sangat pasal duit. Nanti boleh cepat down!. Tapi ramai je orang yang dah berjaya buat duit dengan blog, tu kena banyak belajar dari mereka-mereka yang dah berjayalah. Nothing imposibble. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, tak semestinya kena ikut highway je. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. 😀

p/s: Selain dari Nuffnang, boleh juga buat duit dengan jawab survey. Boleh tambah-tambah lagi duit poket. Dengan Churp Churp pun boleh dapat duit juga.

BUAT DUIT DENGAN JAWAB SURVEY

BUAT DUIT DENGAN JAWAB SURVEY

ipanelonline

Mari-mari kawan semua kita berkenalan dengan iPanelonline.  Boleh dapat duit dengan hanya menjawab survey di iPanelonline ni. Tapi sebelum tu, jom kita berkenalan dengan iPanel.

Apa itu iPanel?

Ipanel telah ditubuh pada tahun 2004. Kami adalah sebuah syarikat kaji selidik yang profesional. Dalam masa yang singkat, melalui usaha kami, iPanel telah mempunyai ahli dari China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, Philippines, Vietnam dan lain-lain.

Kiranya, iPanelonline ni dah lama lah wujud, sejak 2004 lagi. Mungkin aku terlambat tahu, tapi better late than never, lah kan. Bagi yang dah lama tahu dan dah lama join, tahniah! Tapi, bagi yang belum tahu atau baru ni tahu, takpe, tak menjadi masalah. Masih belum terlambat untuk join iPanelonline. Nak join, klik je SINI.

Cara daftar senang je.

1. Klik link NI.

2. Isi borang pendaftaran. Mudah je, dalam 5 minit dah boleh siap daftar.

3. Selepas lengkap mengisi borang permohonan dan hantar, anda akan menerima 1 emel jemputan dari iPanelonline (di emel yang anda gunakan untuk mendaftar). Anda dikehendaki mengaktifkan akaun anda melalui jemputan emel tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran anda.

4. Login semula ke iPanelonline, di Homepage iPanel, jawab 2 kaji selidik di bahagian ‘survey ahli‘.

klik survey ahli

klik survey ahli untuk memilih senarai survey yang ada

Klik je mana-mana tajuk survey yang menarik minat anda. Boleh rujuk gambar di bawah.

cara jawab survey di iPanelonline

Klik je mana-mana tajuk survey yang anda minat untuk jawab

Senang je kan. Setiap kaji selidik yang anda jawab, anda akan mendapat mata ganjaran. Kumpul banyak-banyak mata ganjaran ni, dah banyak, boleh lah tebus dengan wang tunai.

Cara nak tambah points

So, jawablah semua survey yang ada di ruangan ‘survey ahli’ tu kalau nak dapat mata yang banyak dengan cepat. Tajuk survey yang berwarna merah je yang dapat mata ganjaran, ya.

Anda juga akan menerima tawaran survey dari iPanel untuk anda jawab ni bahagian ‘survey saya‘. Jawab survey yang ni, lagi besar mata ganjarannya, contohnya 650 points (RM6.50) dan sebagainya.

So, apa tunggu lagi. Jom join iPanelonline dan dapatkan bayaran untuk survey yang anda jawab. Senang-senang je survey dia. Ada yang hanya mengandungi 5 soalan je, 1 minit je pun boleh siap jawab survey tu.

p/s: Free je daftar ni. Tak kena bayar pun. Sebaliknya, iPanel yang akan bayar kita melalui Paypal. Kan best tu 😀

p/s: Kalau takde akaun paypal pun takpe. Daftar je dulu. Nanti bila dah cukup point untuk cash out, boleh daftar akaun paypal. Asalkan anda warganegara Malaysia dan berumur 14 tahun ke atas, boleh je daftar iPanelonline ni.

Pesanan: Selepas mandaftar, jangan lupa untuk menjawab 2 survey dari mana-mana tajuk survey di ‘survey ahli‘. Ini penting bagi menunjukkan anda adalah ahli yang aktif, selain daripada peluang untuk anda tambah mata dengan lebih cepat.

BUAT DUIT DENGAN CHURP CHURP PUN BOLEH JUGA.

PEMINAT PERODUA BOLEH DAPAT RM10RIBU KALAU MENANG CONTEST NI!

Kongsi peluang keemasan ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

error: Content is protected !!