BUANG TOKSIN DALAM BADAN
Alhamdulillah, akhirnya hari ni aku berjaya bangun pagi-pagi dengan rasa badan yang segar bugar. Hehe.. Hari ni juga badan rasa ringan dan rasa senang je nak bangun sahur, bangun subuh dan bangun pagi. Ni semua gara-gara malam tadi, sebelum tidur, aku tampal foot patch penyahtoksin ni kat tapak kaki. Dalam erti kata lainnya, untuk buang toksin dalam badan.
Sebelum ditampal di tapak kaki, masih suci warnanya.
Selepas 5 jam setengah
Huhu..jadilah gitu warnanya. Hitam sehitam hitamnya. Kalau nak ikutkan kena tampal selama 8 jam, tapi dah aku tidur pukul 1 pagi, jam 6.30 pagi aku tanggalkan. Masa bangun sahur tu, berjalan berjinjit lah kaki ni. Alaa..jalan tak berapa langkah je. Sepatutnya warna hitam tu sekata dan penuh macam yang sebelum ni, aku tampal bulan Februari lepas.
Sebelum-sebelum ni, badan aku memang rasa cepat sangat letih. Rasa malas dan tak bermaya je. Tu yang aku decide nak tampal foot patch ni. Dan hasilnya, Alhamdulillah, badan terasa segar. Kalau sebelum ni bangun pukul 11 pagi (ahaks! orang tak keje boleh la bangun 11 pagi, kan), Alaa..biasalah kan, habit tak elok yang aku amalkan, iaitu tidur lepas subuh.So hari ni aku berjaya bangun pagi-pagi lagi. Hehe…
Kat office pun aku tak rasa penat macam sebelum-sebelum ni. Tapi aku dah mula rasa bosan. Sebab dah beberapa hari asyik buat kerja yang sama, iaitu isi borang. Haish, ingatkan hari ni boleh settle, sekali je bila aku submit, ada lagi borang yang perlu diisi. Ceh!. So, tak siaplah lagi jawabnya. Kena lah hadap lagi. Tapi aku dah rasa nak muntah dah hadap borang-borang ni . Ermm….
So, kesimpulannya, best lah buang toksin dalam badan ni. Tak caya?, cuba lah. Nescaya anda akan rasa segar dan badan ni rasa ringan je nak buat kerja-kerja seharian. Aku dah cuba 2 kali, dan hasilnya, memang memuaskan. 😀