CARUMAN KWSP BAHAGIAN MAJIKAN NAIK 1 PERATUS MULAI GAJI JANUARI 2012

CARUMAN KWSP BAHAGIAN MAJIKAN NAIK 1 PERATUS MULAI GAJI JANUARI 2012

logo KWSP caruman KWSP naik 1% mulai januari 2012

Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan dinaikkan daripada 12 kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari 2012. Kenaikan satu peratus itu akan memberi manfaat kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, dengan 92 peratus atau kira-kira 4.9 juta pekerja adalah ahli aktif KWSP, bagaimanapun caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Selain itu, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat apabila majikan diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa enam peratus, manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Oktober lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi meningkatkan simpanan hari tua, kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan dari-pada 12 kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup selepas bersara, malah kajian menunjukkan hampir 70 peratus pesara menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

Sementara itu, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Sumber: BHarian Online

Kongsi info Kenaikan caruman KWSP 1% Bahagian Majikan ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!