AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

aku anak malaysia merdeka bendera malaysia

Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia merdeka!

Mudah untuk dilaungkan.

Tapi apakah maknanya?.

Apakah erti kemerdekaan?.

Adakah anak muda kini benar-benar faham erti kemerdekaan?.

Cukupkah sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! sambil pacak bendera di basikal, atau motor dan ronda 1 kampung?.

Benarkah mereka Anak Malaysia Merdeka?
Benarkah kita Anak Malaysia Merdeka?

Benarkah Aku Anak Malaysia Merdeka?

Merdekakah kita sekarang ini?

Jom hayati sajak kemerdekaan yang dideklamasikan oleh pelajar SMK Tandek dalam Majlis Sambutan Kemerdekaan ke-49:

Entri Aku Anak Malaysia Merdeka ini adalah sempena Contest SEO yang dianjurkan oleh De Zaman Cottage sempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-54.

 Tema hari kemerdekaan yang ke-54 pada tahun 2011 ini ialah:
“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”  
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!

MENANG CONTEST SEO & ACCIDENT LAGI

MENANG CONTEST SEO & ACCIDENT LAGI

contest

Malam ni sebenarnya, aku dengan mak bercadang nak ke bandar. Aku nak beli buku, mak pula ada banyak urusan dan nak beli macam-macam. Tapi kan, tak sempat keluar dari kawasan perumahan pun, aku dah accident. Langgar batu. Kereta ternaik atas batu dengan tayar-tayar sekali naik atas batu tu.

Aku tak jadi teruskan perjalanan ke bandar, tapi sebaliknya parking di tepi jalan untuk melihat kecederaan yang kereta aku alami. Aku budget kereta calar-calar je lah. Tapi surprise apabila melihatkan tayar kereta aku yang leper habis (tayar pecah) dan kereta aku kemek di bahagian bawah. Kemik banyak, ya. 🙁

Punca kejadian, tak fokus ketika memandu. Aku toleh memandang mak, tangan pula terus paut stereng, tu yang ternaik atas batu tu. Aku tahu kalau sampai kat kawasan situ, nak belok memang kena makan jalan sikit, kalau tak ni lah jadinya. Tapi dah tadi aku tak fokus, kan. So, jadi lah gitu.

Takde siapa yang perlu dipersalahkan, baik batu tu, mak aku mahupun aku. Bagi aku perkara dah nak jadi. Pengajaran untuk aku agar lain kali fokus ketika memandu. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin Dia mahu menegur aku atas kesilapan yang aku lakukan.  Bulan 2 hari tu aku accident, ni bulan 8 accident lagi. Perlu bermuhasabah diri ni. 🙂

Berpatah balik ke rumah, setelah tayar kereta diganti dengan tayar spare. Jadi, hari ni, aku belajar cara-cara untuk tukar tayar kereta. Jangan kata perempuan je tak tahu tukar tayar kereta. Adik aku yang lelaki pun tak reti. Minta tolong kawan dia yang laki pun tak reti. Last-last minta tolong abang kawan adik aku tu. So, dapatlah aku perhatikan cara menukar tayar kereta dengan betul. Sekejap je dia buat. Beres!. (orang reti, sekejap jelah, kalau dah tak reti, 10 jam pun tak setel. Ye dak!):D

Tiba di rumah, aku pun on lappy. Bukannya apa, aku memang perlu selesaikan 1 perkara yang penting malam ni juga. Tangan gatal pi buka blog pula. Tengok ada SPAM. Rupanya result untuk contest SEO Aku Seorang Blogger dah keluar.

 

Aku dapat tempat ke-6. Huhu….sebenarnya baru 3 hari ni aku jatuh ke tangga ke-6. Masa 2 haribulan, aku ditangga ke-5. Tapi dipintas oleh mohdisa pada 4 haribulan. Penganjur pula check kedudukan di search engine pada 5 haribulan. Takpelah, menang juga kan.

Sebenarnya, masa aku join contest ni, aku tak berharap pun untuk menang, sebab aku join lambat sangat, sejam terakhir sebelum contest tamat. Tapi sebab memang aku nak join, so aku buat juga entri Aku Seorang Blogger ni. Memang tak budget pun boleh menang. Selepas entri dipublish, aku tengok aku berada di page 4 di google. So, dapat masuk front page pun sebenarnya dah cukup surprise untuk aku. Serius, aku tak sangka, sebab persaingan sengit dan penyertaan terlalu banyak. Aku join pun sekadar nak amalkan ilmu SEO yang aku pelajari.

Apapun, pengalaman yang indah join contest SEO ini. Contest SEO Aku Seorang Blogger ini merupakan contest SEO ke-2 yang aku menangi. Sebelum ni, pernah menang top-5 untuk keyword Nak Kurus Ingat Joegrimjow, dapatlah tempat ke-2. Contest SEO pertama yang aku join ialah Berita Sukan Terkini. Tapi aku tak tahu main SEO time tu, blur, tak tahu nak buat apa.

Sekarang tahulah sikit-sikit, tapi masih banyak yang perlu aku pelajari dan pertingkatkan lagi.

error: Content is protected !!