MAKSUD JUMLAH PENDAPATAN ISI RUMAH UNTUK MEMOHON BANTUAN RM500 BR1M

MAKSUD JUMLAH PENDAPATAN ISI RUMAH UNTUK MEMOHON BANTUAN RM500 BR1M

wang bantuan rm500

Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah dan memperoleh pendapatan kasar isi rumah kurang RM3,000 dikategorikan sebagai isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ia merangkumi individu berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas berusia lebih 60 tahun yang sebatang kara.

Katanya, setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.

maksud isi rumah bawah RM3000 untuk mohon bantuan rm500

Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan hanya ketua isi rumah saja yang layak memohon.

ilustrasi pendapatan isi rumah kuram RM3 ribu untuk yang bujang

 

Kerja Part-Time Di Rumah
Suri rumah, pesara, pelajar & sesiapa sahaja yang ingin bekerja dengan keselesaan di rumah sendiri. Join Sekarang!

 

TEMPAT PENYERAHAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN RM500 YANG TELAH DIISI

Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji bagi yang berkenaan dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN RM500 SECARA ONLINE

TARIKH PEMBAYARAN WANG BANTUAN RM500

Sumber maklumat: berita harian, Sumber ilustrasi: harian metro 

Kongsi ilustrasi maksud jumlah pendapatan isi rumah kurang RM3000 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!