by syaisya | Dec 17, 2011 | Novel
NOVEL DINGIN SALJU INDIANA NURULSHAM SAIDIN
REVIEW NOVEL DINGIN SALJU INDIANA
Sebelum ni, aku ada buat entri mengenai Sinopsis Novel Dingin Salju Indiana ini. Setelah membaca komen dan saranan dari pihak penerbit novel ini, aku tertarik untuk membacanya. Tambahan pula aku ada menyimpan hasrat untuk belajar di luar negara. Sedikit review dari aku untuk Dingin Salju Indiana ni.
Novel berkisarkan kehidupan pelajar-pelajar Malaysia di Indiana berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang menyaksikan kejatuhan anak bangsa kita di negara orang, dan tak kurang juga, sebenarnya ramai lagi pelajar kita yang berjaya survive di luar sana.
Secara jujurnya, novel ni antara novel yang cepat aku khatamkan. Walaupun wayak Kak Icon dikatakan misteri, tapi aku lebih tertarik untuk mengetahui perkembangan Murni, yang berubah 100% apabila berada di negara orang.
Rasa seram juga baca novel ni. Memang di luar negara sana banyak cabarannya. Tak dinafikan, persekitaran memang memberikan pengaruh yang kuat. Kecekalan Jannah yang tak putus asa mentarbiyahkan rakan-rakannya patut dicontohi.
Apapun, novel ini menarik untuk dibaca kerana jalan ceritanya dan susunan watak-wataknya dapat digarap dengan baik. Sangat sesuai dijadikan panduan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di negara orang 😀
Novel ini telah diadaptasi ke Drama Dingin Lavenda, tv3. Aku tengok juga drama ni, dan sememangnya ada perbezaan antara drama dan novel. Tu normal lah tu, kan :D. Layan je.
PELAKON & SINOPSIS DRAMA DINGIN LAVENDA
SINOPSIS NOVEL DINGIN SALJU INDIANA
Kongsi Review Novel Dingin Salju Indiana ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.
Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.
by syaisya | Dec 2, 2011 | Novel
Membaca sinopsis dan review dari yang pakar mengenai novel Dingin Salju Indiana karya Puan Nurulsham Saidin membuatkan aku rasa teruja untuk membaca novel ni. Walaupun novel ni dilancarkan tahun lepas, tapi sebab baru ni aku tahu mengenai novel ni, jadi aku rasa teringin pula untuk mendapatkannya secepat mungkin. Kebelakangan ni hobi lamaku ketika di universiti dulu yang suka membaca novel telah kembali. Haish! Mungkin sebab aku dah jadi student semula 😀
Drama Dingin Lavenda, Slot Zehra tv3 merupakan drama yang diadaptasi daripada novel Dingin Salju Indiana ini. Jom baca sinopsis dan review dari mereka yang pakar mengenai novel melayu yang tidak klise ini.
Dingin Salju Indiana Nurulsham Saidin
Tajuk : Dingin Salju Indiana
Penulis : Nurulsham Saidin
Mukasurat : 376
SINOPSIS NOVEL DINGIN SALJU INDIANA
Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan. Murni menyentak rasa dengan sikap dan egonya. Malah, segalanya tentang Murni mencemaskan. Jannah yang tegas, pernah mengaku kalah di tengah jalan, namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan. Masalah teman serumah, Nana, cukup memeningkan. Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya. Sikap prihatin melampau Kak Zai mengundang rencah rasa. Dalam masa yang sama, dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Siapakah yang jodohnya Allah tentukan buat Jannah?
REVIEW NOVEL DINGIN SALJU INDIANA
Saya amat menyarankan kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pengajian ke bumi asing, bacalah DSI sebagai pedoman. Banyak tarbiah di dalamnya yang boleh dijadikan sempadan hidup sepanjang jihad anda menuntut ilmu di perantauan—bagaimana kejutan budaya serta bisikan syaitan mampu meranapkan iman seorang Muslim. Justeru, bakal-bakal pelajar pengajian tinggi sangat wajar membaca DSI agar anda tidak tewas di bumi nan rapuh yang bakal anda jejaki!. Saya kategorikan DSI sebagai ‘MUST READ’!
~ Suraiya Pauzi (Editor Kanan di Jabatan Buku, Galeri Ilmu Sdn. Bhd)
Dingin Salju Indiana mengupas banyak isu sensitif agama. Kupasan dibuat secara diplomasi berlandaskan fakta, sejarah dan logika. Maklumat tentang agama wahyu ditangani dengan penuh hikmah tanpa menghina atau mencaci agama lain. Dengan penguasaan bahasa yang lancar, penulis menggerakkan naratifnya melalui pintu emosi dan situasi yang mempesona. Bahasanya tidak perlu berbunga kerana segalanya datang dari hati, dan apa yang datang dari hati akan menyentuh hati yang lain.
~Dr Amida Abdul Hamid, juri Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2003
Update terkini:
Aku dah habis baca novel Dingin Salju Indiana ni. Jom baca review dariku mengenai novel ini. 😀 REVIEW DINGIN SALJU INDIANA.
Anda peminat novel-novel Melayu?. Jom join FB page Suka Baca Novel ni. Boleh sembang-sembang pasal novel.
Kongsi Sinopsis dan review Novel Dingin Salju Indiana hasil penulisan Nurulsham Saidin ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.