DOMAIN 1 MALAYSIA UNTUK ANDA MILIKI
Jam di pergelangan tangan asyik-asyik dipandangnya. Letak duduknya juga sudah tak menentu. “Hish, mana pula akak ni pergi”, getus hati Lisa. Rasa geram semakin hangat membara. Tahap kesabaran sudah semakin menipis. Orang sekeliling yang lalu lalang tidak dihiraukan. Biasalah, hari minggu, orang ramai di pusat membeli-belah macam ni.
Lisa memanjangkan lehernya, terjenguk-jenguk sekeliling. Manalah tahu kelibat orang yang dinanti-nantikan mungkin kelihatan. Sejam dah Lisa menunggu, namun bayang-bayang Mona masih tak kelihatan. Arghhh! Lisa mula bosan.
Rasa marah membukit dalam hatinya. “Mona ni memang nak kena, ni. Janji pukul 3, sampai sekarang tak nampak batang hidung”, gerutu hati Lisa. Jam tangan di belek lagi. “Hmmm..dah pukul 4 dah”.
Haaaah! Terdengar satu sergahan dari arah belakang. “Opocot!” latah Lisa dek kerana terperanjat dengan sergahan itu. Lisa menoleh kebelakang. Kelihatan Mona tersengih-sengih sambil merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya sambil mengucapkan ‘sorry, sorry’.
Lisa bengang dan tarik muncung sedepa. “Adik ingat, kalau lagi 10 minit akak tak muncul-muncul juga, adik angkat kaki je terus”, luah Lisa tak puas hati. “Alaa..sorry lah dik, akak kemaskini blog akak tadi. Blog akak ada masalah sikit. Jadi, akak baru je tukar hosting”, jelas Mona sambil buat muka mohon simpati.
“Hmmm… akak ni lain takde, blog, blog, blog!. Blogging je lah kerja akak. Sampai adik akak yang seorang ni pun akak buat macam tunggul” balas Lisa melepaskan marah yang masih bersisa.
Mona senyum je dengan telatah Lisa. Ala..Lisa memang macam tu, mudah marah, tapi mudah juga sejuk hatinya. Mona masih lagi tersenyum. Lisa yang melihat senyuman Mona berasa perasaannya diperlekehkan.
Mona usap bahu Lisa untuk menenangkan perasaan adiknya itu. “Tenang dulu Lisa, akak tahu Lisa marah. Jangan lah marah-marah. Duit dari blog tu jugalah akak gunakan untuk tolong adik belajar, tau. Lisa, akak sempat juga beli satu domain baru tadi. Domain dot com dot my. Sekarang Exabytes tengah buat offer domain 1 Malaysia ni. Murah je dik, RM 45 sahaja,” ujar Mona sambil senyum dan menaikkan kening sebelah kanannya.
“Ermm..bagus ke domain tu, kak?”, soal Lisa ingin tahu.
Mona senyum lagi. Yes! Hati adiknya dah mula terpujuk. “Bagus, apa pula tak bagusnya?”, balas Mona ceria.
“Yelah, selalu kan orang gunakan dot com aje”, Lisa menyuarakan pendapatnya.
“Ala, Lisa, apa salahnya kita gunakan domain negara kita. Sekarang ni kan konsep 1 Malaysia. Banyak jer website yang menggunakan dot com dot my”, balas Mona bersahaja tetapi yakin.
“Exabytes juga satu syarikat hosting yang berprestij dan telah lama ditubuhkan. Akak yakin akan kemampuan syarikat ni”, ujar Mona lagi.
Kelihatan Lisa mengangguk tanda setuju dan faham. Lisa sendiri mempunyai blog, tapi sekadar berblog ibarat menulis diari sahaja. Kadang-kadang terdetik juga di hatinya untuk serius berblog seperti kakaknya yang dah berjaya buat duit dari blog.
“Kak, kalau Lisa nak domain dot com dot my tu, boleh tak?”, soal Lisa ingin tahu.
“Boleh, beli je dengan Exabytes. Promosi sehingga 30 Jun. Sempat lagi kalau Lisa nak beli. Harga asal RM80 tau. Rugi kalau tak rembat sekarang” jelas Mona.
“Ok lah kak, kalau macam tu. Akak tolong lah belikan 1 untuk Lisa. Ala..boleh lah kak, kan. Ni kira denda sebab akak lambat sejam tadi”, rengek Lisa manja.
“Oh, jadi akak lah kena belanja Lisa ni?. Hmmm…takpe lah, boleh je. Demi adik kesayangan akak yang seorang ni” balas Mona sambil mencuit hidung mancung Lisa.
******
Entri ini adalah entri contest yang dianjurkan oleh Exabytes sempena Ulang Tahun Exabytes yang ke-10.
Pelbagai hadiah menarik disediakan termasuk iPad2.
Nak join, senang je. Ikut langkah-langkah seperti yang tertera di bawah ini: