BRIDAL MASK CERITA KOREA YANG BEST
Bridal Mask
Baru je habis tengok cerita drama bersiri Korea, Bridal Mask ni. Mula-mula tengok cerita ni ada 28 episod, takut juga nak tengok. Sebab tahu nanti banyak lah masa yang aku akan gunakan untuk tengok cerita ni. Beberapa hari jugalah baru habis tengok. Bridal Mask ni bukan drama baru. Ni drama tahun lepas.
Bridal Mask ni cerita pasal balas dendam. Si abang (Kang San) bunuh orang-orang yang bunuh bapanya, yang merupakan satu organisasi yang nak memerintah Korea dan juga negara-negara Asia yang lain. Bila nak bunuh orang je, dia pakai topeng. Si adik (Lee Kang To) pula polis. Sangat bersemangat nak bunuh Bridal Mask ni tanpa tahu yang Bridal Mask ni sebenarnya abang kesayangan dia.
Shin Hyun Jun sebagai Lee Kang San dan Bridal Mask 1
Kang San ni pura-pura terencat akal untuk meneruskan misi balas dendam ni. Mak dia pun tak tahu yang dia sebenarnya normal. Tapi satu hari tu dia kantoi juga. Masa mak dia tahu tu juga, Kenji ( abang kepada kawan baik Lee Kang To), juga merupakan seorang polis yang benci Lee Kang To, muncul. Sebab dia dapat agak yang Bridal Mask tu Kang San. Dia suruh Kang San mengaku, dan arahkan pistol ke arah mak dia. Tapi mak berkorban, tak bagi Kang San mengaku. Kenji tak sengaja tertembak mak dia.
Kang San sedih dan marah. Selepas baringkan mayat mak dia, dia cari Kenji dan cuba bunuh Kenji dengan berpakaian Bridal Mask. Tapi Kang To pula tembak dia. Memang dia nak sangat bunuk Bridal Mask. Bridal Mask melarikan diri dan pulang semula ke rumah. Kang To follow. Baru lah dia tahu Bridal Mask tu abang dia. Bridal Mask mati.
Joo Won sebagai Bridal Mask 2 dan Lee Kang To
Selepas dapat tahu kenapa abang dia jadi Bridal Mask, Kang To pula jadi Bridal Mask untuk balas dendam kematian abang dia dan sambung perjuangan abang dia. Kang To dapat bunuh Kenji, tapi adik Kenji nampak dia. Adik Kenji ni kawan baik Kang To (Shunji). Haaa… Gitu lah ceritanya. Shunji pula balas dendam atas kematian abangnya. Beriya nak bunuh Bridal Mask, tanpa tahu yang Bridal Mask tu kawan baik dia.
Park Ki Woong sebagai Kimura Shunji
Drama ni berlatarbelakangkan Korea pada era 30-an. Era di mana Korea dijajah oleh Jepun. Jadi, selain dari kisah balas dendam, sekali dengan kisah rakyat Korea bangkit memperjuangkan kemerdekaan. Dalam cerita ni juga ada unsur-unsur cinta tiga segi. Bukan antara 3 orang, tapi 3 segi antara Kang To – Shunji – Mok Dan, Rara – Kang To – Katsuyama. Ehehe… Tapi cinta yang berbalas hanyalah antara hero dan heroin iaitu Kang To dan Mok Dan. Mok Dan ni anak pemberontak (Dam Sari), yang memperjuangkan kemerdekaan Korea.
Jin Se Yun sebagai Oh Mok Dan Boon Yi Esther
Ok, ni cerita aksi, ditambah unsur percintaan. Oleh yang demikian, ada banyak scene lawan-lawan. Ok, of course aku skip bila tiba part lawan-lawan. Tengok sikit-sikit je nak tahu siapa yang mati, Bridal Mask cedera tak…. Kalau tak, lambat lah nak habiskan 28 episod. Selalu cerita Korea dalam 24 episod je, atau kurang.
Anyway, cerita ni memang best. Jelas menunjukkan yang balas dendam ni hanya akan menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban. Selain dari tu, cinta tak boleh dipaksa. 😀 Ada banyak part yang touching.
Siapa yang nak tengok boleh lah tengok. Tapi aku bagi amaran awal-awal lah. Cerita ni panjang. 28 episod. Ada banyak pergerakan yang slow juga, macam tenung orang lama-lama sebelum nak mulakan dialog.. Hehe.. Sudah tentulah aku banyak kali skip.
Drama Bridal Mask (juga dikenali sebagai Gaksital) menang Drama of The Year dalam 13th Republic of Korea National Assembly Awards, 2013. Selain dari itu, Hero (Joo Won) dan heroin ( Jin Se-Yeon) banyak juga menang award untuk drama ni.
Ok. Kebelakangan ni banyak juga cerita Korea yang aku layan. Lepas satu, satu aku layan. Tengok drama korea ni online je, kat epdrama.com. Sebenarnya, mula-mula aku nak tengok Protect The Boss. Hish…… Lepas ni stop sekejap. Siapkan thesis. Hehe.. Kejar deadline yeop!