SINOPSIS & PELAKON NILAPURA SLOT AKSI TV3
Drama Nilapura akan menemui penonton di Slot Aksi bermula 31 Oktober ini, setiap Isnin, jam 9.00 malam menggantikan drama Supermak. Drama arahan Wan Hasliza ini ditunjangi oleh pelakon baru, Amar Asyraf. Drama bersiri epik cinta yang berlatarbelakangkan kurun ke -12 atau ke-13 ini memilih Kellie’s Castle sebagai lokasi penggambaran utama.
PELAKON NILAPURA
Amar Asyraf (Putera Rangga)
Jue Aziz (Puteri Ratna Emas)
Memey Suhaiza
Zarina Zainuddin
Ryzal Jaafar
Hilal Azman
Rosnah Johari
Ramona Zamzam
Gambar terbaru Volkswagen Jetta. Cantik!
SINOPSIS NILAPURA
drama Nilapura (13 episod) ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas yang terpaksa berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura. Memandangkan masing-masing sudah mempunyai kekasih, perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga itu adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kedua buah negara.
Walaupun Puteri Ratna Emas cuba berbaik dengan Putera Rangga, tetapi Putera Rangga suka berfoya-foya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Namun, satu insiden telah membuatkan Putera Rangga berubah. Dia mula mencintai Puteri Ratna setelah melihat isterinya itu banyak bersabar dengan karenahnya.
Walaupun berlatarbelakangkan kurun ke-12 atau 13, drama ini tidak menggunakan Bahasa Melayu lama, sebaliknya hanya menggunakan bahasa baku dan dituturkan secara santai bagi memudahkan penonton memahami cerita ini.
Tiada tajaan untuk baju-baju yang dipakai oleh setiap pelakon. Semua baju adalah baru dan dibuat oleh Nurhayati Abdul Shukor, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Pakaian yang dibuat mempunyai ciri-ciri tradisonal, moden serta sedikit elemen fantasi. Keseluruhan harga pakaian untuk filem ini kira-kira RM30,000.
Sumber: Mummynemo
Kongsi Sinopsis dan Pelakon Nilapura Slot Aksi TV3 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.