RAHSIA DI SEBALIK DUIT RAYA

RAHSIA DI SEBALIK DUIT RAYA

Aku tertarik dengan artikel khas Ramadhan yang ada di website ikim.gov.my ni. Artikel mengenai beri duit raya kepada kanak-kanak. Tajuk artikel ni “Beri Duit Raya Biar Ikhlas“.

beri duit raya biar ikhlas cara didik anak adab beraya

Apa yang ingin diperkatakan pada kesempatan ini adalah tentang amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak. Memang pada Hari Raya kanak-kanak adalah orang yang paling gembira. Selalunya mereka akan pergi ziarah raya dari rumah ke rumah bersama rakan-rakan. Tujuannya bukan untuk menziarah sangat, lebih bertumpu kepada duit raya yang diberi tuan rumah apabila bersalaman.

Duit raya yang dihulur mungkin merupakan suatu ‘paksaan’ bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah ia mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang dari segi keikhlasannya.

Ada juga yang berniat untuk menunjuk-nunjuk semasa memberi duit Raya kepada kanak-kanak. Niat perlu betul, jangan sampai hangus pahala sedekah yang diberi. Seeloknya dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat oleh orang lain.

adab anak-anak ketika beraya duit raya

Cara Didik Anak-anak Etika Beraya

1) Jangan Memilih Rumah Ketika Berziarah 

Kanak-kanak juga harus diingatkan agar jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya sahaja. Tujuan asal berziarah pada Hari Raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama orang Islam. Oleh itu jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak-anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan. Walau macam mana daif pun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan anak-anak pada Hari Raya.

2) Ajar anak-anak adab beraya di rumah orang

Anak-anak perlu diberitahu adab ke rumah orang agar tidak cacat tujuan ziarah itu sendiri. Tujuan berziarah adalah untuk bermesra bersama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar. Jangan pula tidak makan, tidak minum mahupun berbual, tetapi hanya duduk semata-mata menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah untuk bergaul dan mengeratkan lagi hubungan.

Seperkara lagi ada anak-anak yang mengunjungi sesebuah rumah sehingga dua tiga kali semata-mata untuk menambah duit raya. Tuan rumah selalunya tidak menyedari kanak-kanak itu pernah singgah lantas memberikan duit raya sekali lagi. Jangan pula mengambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya.

Trend Masa Kini : Tutup Pintu Supaya Kanak-kanak Tak Datang Beraya

 

buka tutup pintu pagar

 

Namun sejak akhir-akhir ini didapati semakin ramai yang tidak gemar membuka pintu kepada anak-anak yang datang beraya. Ramai yang ‘tutup pagar’ takut dikunjungi kanak-kanak yang datang untuk beraya di rumah mereka. Ada yang pura-pura tiada di rumah atau ada yang sedang duduk di rumah tetapi hanya buat tidak tahu apabila kanak-kanak memberi salam dan hendak beraya.

Ada yang malas dan takut letih melayan kerenah mereka. Mungkin juga kerana takut ‘terpaksa’ beri duit raya kepada kanak-kanak itu. Tetapi jika kita kurang bersedekah pada masa-masa lain, masa inilah paling sesuai untuk kita bersedekah kepada kanak-kanak yang datang berziarah. Masa inilah juga kita dapat berkenalan sekurang-kurangnya dengan bertanya “kamu ini anak siapa dan tinggal di mana?”

Luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak yang bertandang ke rumah kita. Tidak perlu tunggu ‘rumah terbuka’ baru hendak melayan mereka. Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak-anak yang datang menziarah . Tetamu yang datang berkunjung ke rumah akan menghapuskan dosa-dosa tuan rumah. Apatah lagi apabila dia mendoakan kesejahteraan kita kerana melayannya dengan baik. Hidup kita akan dilimpahi keberkatan.

Kesan Buruk Tak Beri Kanak-kanak Datang Rumah Beraya

 

Jika kita tutup pintu kepada generasi muda ini, mereka akan bertambah jauh dari kita. Maka jangan pula mereka ini disalahkan jika mereka lebih gemar mendengar nasihat rakan sebaya, internet serta lebih banyak menghabiskan masa di depan kaca televisyen yang sememangnya banyak menyiarkan rancangan menarik semasa Hari Raya.

Harus diingat Hari Raya bukanlah hari untuk bersuka ria semata-semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara menyambutnya perlulah mengikut adab dan peraturan agar kita akan mendapat ganjaran dariNya.

Kredit gambar : Utusan.com.my, Indocell.net

DUIT RAYA RM1000 DARI BLOG DENAIHATI 2011

Duit daya! Duit Raya! Duit Raya! Denaihati yang baik hati memang Hidup Untuk Memberi nak beri duit raya RM1000 kepada 10 orang blogger. Jadinya seorang akan dapat RM100, kalau berjaya menjadi peserta yang terbanyak hantar senarai link. Nak tahu macam mana contest ni dijalankan, klik SINI.

Ni je yang aku dapat buat.

1) 10 Malaysia Top Link dan Commentator Mac 2011

2) iPad 2 Pilihan 10 Hati Milik Siapa

3) iPad 2 tahniah

4) iPad 2 Tugasan Khas

5) iPad 2 Malaysia Tips Untuk Dapat Percuma

6) Dan Pemenang iPad 2 Adalah

7) iPad 2 Malaysia

8 ) iPad 2 Pengalaman

9) Samsung Galaxy S II

Okey, InsyaAllah. Kalau ada rezeki aku, dapatlah duit raya RM100 ni. Tak tahu peserta lain dapat berapa banyak link. Ada lagi 1 aku buat, dapat 9 juga. Ramai betul yang mencuba nasib untuk dapat duit raya RM1000 dari Denaihati 2011 ni.

error: Content is protected !!