EARTH HOUR MALAYSIA

EARTH HOUR MALAYSIA

Earth Hour merupakan salah satu initiatif yang dilakukan di seluruh dunia sebagai salah satu langkah untuk memberi kesedaran tentang bahaya kesan gas rumah hijau yang mengancam iklim dunia.

Sejarah Earth Hour

Awal tahun 2007:

WWF-Australia, Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami.

2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan di Sydney, Australia memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil tindakan terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.

earth hour malaysia 2012

Earth Hour

2008:

Rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat, Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia.

Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

2011:

Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘matikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.

Dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, diharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.

Baca entri ini untuk tahu >> Ada apa dengan Earth Hour?

Di Malaysia, sambutan program Earth Hour 2012 akan diadakan seperti berikut:

Program Earth Hour 2012 Malaysia:

Hari: Sabtu

Tarikh: 31 Mac 2012

Masa: 8:00 pm – 9:35 pm

Tempat: Pintu masuk utama, Sunway Pyramid

Aturcara Program

8.00 pm: Ucapan selanat datang oleh pengacara majlis
8.05 pm: Ucapan  CEO Sunway Shopping Malls
8.10 pm: Ucapan Pengarah Eksekutif / CEO WWF Malaysia
8.25 pm: Countdown untuk padamkan lampu

8.30 pm: Lampu dipadamkan

8:35pm: Nyanyian SnL

8:50 pm: Tarian in the Dark for Earth Hour (Musik oleh Air Symphony, orang awam dijemput untuk menyertai)

9:05 pm: Ambil gambar untuk  “60” formation
9:15pm:  Formation “60”  oleh pelajar, rang awam dijemput untuk menyertai
9:25pm: Jurucakap dijemput naik ke pentas
9:29pm: Countdown untuk nyalakan lampu
9.30 pm:  Lampu dinyalakan

Yang tinggal berdekatan dengan Sunway Pyramid tu boleh lah hadiri majlis ni. Kalau tak dapat hadir majlis, marilah kita beramai-ramai memadamkan lampu selama 1 jam pada 31 Mac 2012, dari jam 8.30 – 9.30 malam. Selamatkan bumi kita yang sudah semakin tua ini. Cuaca pun dah tak menentu. Panas pun dah lain macam je ni. Terik.

Laman web : http://www.earthhour.org
Facebook : http://www.facebook.com/earthhour
Twitter : https://twitter.com/earthhour

Website WWF Malaysia: Come Join Earth Hour

Beritahu rakan-rakan anda di FB mengenai Kempen Earth Hour ini dengan menekan butang share.

error: Content is protected !!