Bursa Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas Pilihanraya PRU 2013

Bursa Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas Pilihanraya PRU 2013

Bursa Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas Pilihanraya PRU 2013

 

Bursa Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas Pilihanraya PRU 2013

Hari ni aku nak kongsikan sesuatu yang menarik kepada pembaca-pembaca blog Sya Isya Dot Com ni. Info yang aku nak konsikan ni sebenarnya aku tahu semalam, ketika menghadiri Smart Investor Talk, oleh Mohd Asri Ahmad yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam stock market.

Mungkin ada yang sudah tahu tentang apa yang terjadi kepada saham di Malaysia ini selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Tapi aku pasti, ramai yang tak tahu berbanding yang tahu kerana sangat kurang orang Melayu melibatkan diri dalam saham.

Jadi, aku terpanggil untuk kongsikan maklumat ini kepada para pembaca. Kalau tak faham pun, baca je sampai habis. Lama-lama nanti kalau selalu baca pasal saham boleh lah faham. Jom baca dengan gembira 🙂

Sentimen terbesar pasaran saham Bursa Malaysia iaitu Pilihanraya telah berakhir setelah sekian lama dinantikan. Kerajaan telah dapat dibentuk. Pasaran saham yang menunggu sekian lama akhirnya meletop dan naik setinggi 130 mata melepasi 1820 mata pagi selepas hari pilihanraya tersebut berakhir sebelum ditutup dengan kenaikan sebanyak 57 mata.

Apa yang ditakuti berlaku pada tahun 2008 dimana pasaran merudum begitu teruk selepas hari pilhanraya hingga Circuit Breaker terpaksa digunakan dimana Bursa Malaysia digantung selama sejam tidak berlaku. Sebaliknya Bursa Saham naik dengan volum dan kecairan yang begitu tinggi.

Adakah ini satu mainan atau adakah ini satu realiti?

Jawapan – Ia satu realiti. Keputusan pilihanraya adalah seperti yang dijangka para penganalisa dan pasaran boleh bergerak dengan baik kerana sentimen ini telah diambilkira terlebih dahulu.

Kenapa pasaran saham Malaysia naik selepas PRU13?

Kenapa pasaran saham Malaysia naik selepas PRU13

Seperti yang telah dikatakan sebelum ini terdapat banyak kecairan dalam pasaran. Dana asing memasuki pasaran saham Malaysia kerana Bursa Malaysia ketinggalan kalau dibandingkan dengan Bursa-Bursa Serantau jadi ia sedang mengejar Bursa-Bursa yang lain. Dana Institusi Tempatan yang menjual sebelum pilihanraya hinggakan dalam portfolio mereka mempunyai lebihan tunai yang jauh lebih banyak dari kebiasaannya.

Semua ini membawa kepada kenaikan tersebut. Saban hari pada saat ini nilai dagangan melebihi RM2 billion sehari dan pada bulan April yang lepas nilai keseluruhan dagangan ialah RM40.6 Billion. Antara nilai bulanan yang tertinggi pernah dicapai Bursa Malaysia.

p/s: Kalau nak libatkan diri dalam saham, perlu menuntut ilmu saham ni dulu. Jangan semberono je main saham tanpa ilmu kerana ianya akan menyebabkan ada rugi nanti. Bak kata mak aku “Knowledge Is Powerfull” 🙂

Maklumat mengenai Bursa Malaysia Selepas PRU 2013 ini aku ambil dari blog remiser Faizal Yusup.

Kredit gambar : Tradingcritic dan Dreamstime

error: Content is protected !!