Rujukan Contoh Soalan Exam Separa Perubatan Sijil & Diploma September Oktober 2019

Rujukan Contoh Soalan Exam Separa Perubatan Sijil & Diploma September Oktober 2019

Dalam post ini kita berikan rujukan contoh soalan exam khas untuk jawatan Separa Perubatan. Untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sesi September ini kami ucapkan salam sukses. Tahniah kerana dipanggil dan dipilih.

Ramai lagi yang dah isi borang SPA8i tapi masih belum dipanggil. Jadi jangan ambil mudah panggilan ini. Buat sehabis baik dan tak sia-siakan peluang yang datang ini. Gunakan contoh soalan exam untuk persediaan anda.

Pastikan Faham Format Penilaian

Format sentiasa berubah. Contohnya penilaian SEPARA PERUBATAN sesi Mei 2019 yang lalu, ada seksyen penilaian Psikometrik pada SEKSYEN A. Tapi untuk sesi September ini, tiada lagi seksyen Psikometrik. Digantikan dengan SEKSYEN A: Pengetahuan Am!

Jadinya pastikan anda studi rujukan yang terkini dengan huraian format terkini! Sentiasa semak panggilan dan format yang diberikan bersama panggilan anda. Jika anda studi melalui carian di internet, pastikan tarikh perkongsian itu adalah yang terkini dan bukan yang lama. Takut anda tersalah maklumat!

Pastikan Tahu Penilaian Setiap Seksyen

Perkara ini sangat penting. Dapatkan idea yang jelas penilaian setiap seksyen. Contohnya penilaian PENGETAHUAN AM. Ianya bukan sekadar pengetahuan am negara sahaja. Mencakupi juga “pengetahuan am negeri“, “pengetahuan am jawatan” dan “pengetahuan am berkaitan perjawatan/kementerian“. Nampak tak? Banyak pecahan walaupun ianya satu seksyen!

Bukanlah semua ditanya, tapi anda kena pastikan PENGETAHUAN AM itu berkaitan skop yang mana. Gunakan rujukan yang betul. Bukan apa, takut anda terbazir masa ulangkaji benda yang tak masuk dalam skop penilaian. Masa ulangkaji memang tak banyakkan? Tengoklah biasanya exam ditetapkan dalam tempoh 2 minggu selepas diumumkan dan majoriti memang studi ‘last minute’ punya :p

Pastikan Buat Latihan

Masih ingat tak masa kita ambil peperiksaan dulu seperti PMR ke SPM ke. Berapa banyak soalan Latih Tubi yang kita buat? Bukan soalan ramalan atau soalan ‘spot’, tapi latihan untuk mahirkan diri kita dengan soalan dan skop penilaian. Kita buat semaksimum mungkin contoh soalan exam tu. Betul tak?

Itu langkah ‘scorer‘. Itu langkah kita zaman tu kan? yang akhirnya menjadikan kita sukses dalam exam tahun tu. Masih ingat? ?

Benda yang sama kita buat untuk sesi exam kerajaan ini juga. Buat latihan semaksimum mungkin. Tiada pun soalan bocor, tapi objektif kita adalah kita nak buat latihan secukupnya.

Jadi di hari peperiksaan kita nak senyum sebab kita dah tahu bagaimana soalan ditanya dan kita dah buat latihan secukupnya!

Rujukan September 2019

Bukan semua jawatan ada rujukan disediakan. Ini rujukan untuk beberapa sesi exam yang kita berikan contoh soalan exam setiap jawatan.;

contoh soalan exam online separa perubatan diploma 2019

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN CONTOH SOALAN EXAM SEPARA PERUBATAN 2019

.
Rujukan utama ini komprehensif untuk persediaan peperiksaan Separa Perubatan. Ianya mencakupi;
  • 41 Nota Ringkas Pengetahuan Separa Perubatan
  • 67 Nota Ringkas Pengetahuan Am
  • Seksyen A – Pengetahuan Am (157 Soalan & Jawapan)
  • Tip dan panduan menjawab soalan peperiksaan
  • Pengetahuan Am kesihatan di Malaysia
  • Maklumat mengenai format TERKINI 2019
  • 200++ muka surat

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN CONTOH SOALAN EXAM SEPARA PERUBATAN 2019

error: Content is protected !!