by syaisya | Jan 1, 2013 | Contest, Dunia blogging
Tibalah masa untuk cek emel, nak lawan rasa mengantuk dan keletihan dah petang-petang ni. Tengok-tengok ada emel reply komen dari Eyriqazz.com. “Tahiah! Sya salah seorang pemenang”. Wow!. Alhamdulillah rezeki. Teruja juga nak tahu menang hadiah apa, segmen/contest/GA yang mana 1, sebab ada banyak contest kat Eyriqazz aku join. Hehe…
Sya Isya tersenarai sebagai pemenang ke-3 dan hadiahnya ialah Peluang Beriklan Percuma di Eyriqazz.com. Waah… best tu. Lepas ni kena lah rangka entri untuk produk yang nak diiklankan di blog Eyriqazz. InsyaAllah, akan cuba disiapkan dalam masa yang dekat.
Tahun ni aku berazam untuk tak nak tangguh-tangguh kerja. Nak berdisiplin dalam melakukan kerja-kerja. 😀 Moga bukan hangat-hangat tahi ayam, InsyaAllah. Bukan senang nak berubah, tapi ianya tidak mustahil!. 😀
Terpandang projek menarik INI. Nak join juga. Mencuba nasib. Haha… aku memang kaki segmen, contest, GA… apa lagi… 😀 Hahaha…
by syaisya | Sep 14, 2012 | Contest
Masih belum terlambat lagi rasanya untuk aku publish entri duit raya dari Eyriqazz dan bonus Aidilfitri dari Denaihati memandangkan kita masih lagi di bulan Syawal. Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati dah tamat. Keputusan tak rasmi pemenang Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun dah dikeluarkan. Sekarang ni tengah tempoh bertenang. Sebarang bantahan atau tak puas hati boleh dikemukakan kepada penganjur. Ada sesiapa yang nak bantah?.
Berbalik kepada tajuk di atas (dah macam surat rasmi pula bunyinya), macam mana aku boleh dapat duit raya dari Eyriqazz ni?. Sebenarnya, sekali lagi komen aku di eyriqazz.com terpilih sebagai komen terbaik. Makanya, aku dihadiahkan RM10. 😀 Aku pun tak kira dah berapa kali Eyriqazz bank in RM10 ke dalam akaun Maybank aku. Tapi yang pastinya adalah beberapa kali. Cuma belum cukup 10 kali je. 😀
duit raya dari Eyriqazz
Kadang-kadang, ada juga aku nampak pengumuman untuk komen terbaik di entri-entri yang berkaitan di FB Eyriqazz, tapi kadang-kadang aku pun tak tinggalkan komen. Bergantung pada keadaan semasa. Kalau entri tu aku baca sekali lalu je, kalau tak menghayati entri tu, memang susah sikit aku nak tinggalkan komen. Tak mudah juga sebenarnya nak menang komen terbaik ni. Komen tu mestilah ada value dimata tuan punya blog, barulah komen akan terpilih. Terima kasih Cikgu Iman kerana berkenan pada komen-komen Sya 😀 InsyaAllah.
Selepas beberapa hari Eyriqazz bank in RM 10, dapat pula RM 100 bonus Aidilfitri dari Denaihati apabila keputusan Bonus Aidilfitri diumumkan. Balik dari marhaban sempat buat entri 10 entri terbaik Denaihati dari kategori blogging – SEO blogging. Semangat nak jadi 20 yang terawal. Dapat lah juga jadi 20 terawal, tapi Alhamdulillah, semua blogger yang menyertai dapat RM100 tu. Fuhh… 63 blogger x RM100!. Memang Hidup Untuk Memberi ni. Terima kasih saudara Amir Hassan.
Moga rezeki bro Iman dan Amir Hasan semakin melimpah ruah :D.
p/s: Bila dah dapat RM100 ni, boleh lah bayar PTPTN lagi 😀 Lama-lama langsailah hutang PTPTN aku, hasil dari blogging ni. Memang niat nak bayar PTPTN guna duit blogging. Tahun depan boleh lah habis bayar.
by syaisya | Aug 31, 2012 | Contest, Eyriqazz vs Denaihati
eyriqazz vs denaihati
Eyriqazz vs Denaihati Nama Contest SEO diberi,
Lebih 100 blogger keluarkan ilmu SEO yang ada dalam diri,
Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati melabuhkan tirai malam ini ,
Last-last minute ni barulah aku terkial-kial nak buat entri.
😀
Hadiah lumayan jadi rebutan peserta,
Tapi ada juga yang kata tak menang pun tak apa,
Yang penting banyak ilmu SEO boleh ditimba,
Kalah menang adat bertanding kata mereka.
😀
Banyak entri Eyriqazz vs Denaihati dibuat ikut kreativiti peserta,
Namun begitu boleh hantar link 1 entri sahaja,
Ikutlah syarat dari penganjur kalau nak turut serta,
Masukkan semua link penaja dihujung entri jangan pula dilupa.
😀
Eyriqazz vs Denaihati aku tak tahu nak bandingkan apa,
Dah macam-macam perbandingan yang dibuat oleh para peserta,
Jika nak dibandingkan dari segi paras rupa,
Antara Eyriqazz dan Denaihati..hmmm nak pilih siapa ya?.
😀
Tak payah pening fikir nak pilih siapa,
Dua-dua pun sudah bergelar bapa,
Masing-masing ada ramai pengikut dan pembaca setia,
Memang tak salah kalau nak gelar Eyriqazz dan Denaihati ni ‘hot bapa‘.
😀
Tengah perah otak nak cari isi dan karang pantun,
Tiba-tiba kompang dipalu nyanyian dialun,
Latihan kompang untuk majlis perkawinan esok mengurangkan idea untuk berpantun,
Nak buat macam mana semangat kejiranan memang penting pun.
😀
Tiba-tiba malam ni aku blank tak tahu nak taip apa,
Cukuplah entri Eyriqazz vs Denaihati ni yang tak seberapa,
Tu lah suka sangat tangguhkan kerja,
Tak sempat nak buat entri bagus-bagus padanlah muka!.
Huhuhu…
” Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama , ,,,, ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com ,
BloggerSentral.com , Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com, kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.Com, Muhasabahtrading.Com, Bluedianthus.Com , PanduanServisBlog.Com, faizalpj.com ,
ladfeamir.com dan Syaisya.com
by syaisya | Jul 31, 2012 | Contest
Eyriqazz vs Denaihati
Eyriqazz vs Denaihati sana sini. Kenapa Eyriqazz ni nak lawan Denaihati?. Sekarang ni pergi mana-mana blog, rata-rata berbicara tentang Eyriqazz vs Denaihati sempena contest SEO menggunakan keyword Eyriqazz vs Denaihati yang dianjurkan oleh Great Teacher Onizuka, bro Eyriqazz.
Bila dah sana sini blogger buat entri yang berkaitan dengan Eyriqazz vs Denaihati, ini menunjukkan yang contest SEO ni mendapat sambutan ramai. Selepas
Contest SEO Lelaki Kacak mendapat sambutan 100 orang blogger, kini contest SEO Eyriqazz vs Denaihati pula menjadi tumpuan.
Walaupun Contest SEO Lelaki Kacak mendapat mendapat
kritikan dari Ariff Shah, tapi penganjur punyai stand point yang tersendiri untuk menetapkan syarat penyertaan dalam pemilihan pemenang. Apa pun, aku pasti, matlamat penganjur Contest Seorang Lelaki Kacak dalam memperkenalkan dan menyedarkan rakan-rakan blogger tentang apa itu SEO, memang tercapai.
Buktinya, ramai yang dah tahu, macam mana nak menawan hati pak cik google dalam permainan SEO. Bagaimana nak dapatkan ranking pertama dalam enjin carian Google. Bagaimana nak kekal berada dalam 1st page untuk sesuatu keyword yang sedang hangat diperkatakan. Kepentingan SEO memang tidak dapat disangkal.
Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati memang wujud hasil dari idea Contest SEO Lelaki Kacak. Memang kacak pemikiran bro Eyriqazz menganjurkan contest sebegini. Pepatah Melayu memang ada mengatakan “Yang Baik Dijadikan Teladan, Yang Buruk Dijadikan Sempadan”. Tak salah kan, kalau kita nak ikut perkara / perbuatan yang baik-baik ni?.
Apa pun, aku kagum dengan kegigihan para peserta bermain dengan SEO. Suatu ketika dulu, aku juga rasa ghairah dalam belajar dan bereksperimentasi dengan ilmu SEO yang dipelajari. Ilmu SEO bukan sekadar hanya perlu dibaca, tapi perlu turut dipraktikkan dan dikaji sendiri keberkesanan setiap step atau tip SEO yang dipelajari.
Dulu-dulu pun aku suka join contest SEO. Sikit-sikit tu tahu jugalah macam mana nak naikkan entri, tapi aku bukanlah jaguh dalam permainan SEO ni. Pernah menang 2 kali je dalam contest SEO ni, itupun sebab otai-otai SEO tak join. Hehe 😀 Kalau otai-otai join, memang tak merasalah aku nak menang. Sekarang ni, contest pun dah jarang join, blog pun dah jarang update. Uhuhu… 🙁
Apa pun, jauh di sudut hati, hasrat untuk menyertai Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati ni ada juga. Cuma rasanya tak boleh nak bagi komitmen sangat. Dah lama tak mengkaji SEO. Contest SEO Lelaki Kacak sebelum ni pun aku join last minit. Menjadi peserta ke dua terakhir. Hehe… Bab-bab jadi peserta terakhir join contest ni memang kepakaran aku lah. Pernah juga dapat hadiah sebab berjaya jadi yang terakhir. Nak jadi yang terakhir perlukan skills juga tu. Hehe 😀 Ada pula gitu Sya Isya ni, ek. 😛
Kedudukan setakat ini, pakar SEO masih gah dikedudukan no. 1. Walaupun beliau sibuk (entri yang sangat pendek telah membuktikan kesibukan beliau), tapi beliau steady je stabil di tempat pertama. Ya, beliau sibuk, tapi toyol-toyol beliau juga sibuk bekerja naikkan entri beliau dan kekalkan entri beliau di tempat pertama. Tak percaya, baca reply komen di
entri beliau.
Apa pun, dalam sesebuah penganjuran contest SEO, semestinya wujud win-win condition. Penganjur untung, peserta pun untung tak kiralah menang atau kalah, penaja pun dapat untung juga. Seperti yang dinyatakan dalam entri
Contest SEO: Faedah Kepada Penganjur dan Peserta. Hehe.. InsyaAllah, aku juga mungkin nak jadi penganjur. 😀
Ok, sekian sahaja pandangan seorang blogger picisan tentang Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Good luck kepada semua peserta!. Jia Yo! (Chayok!)
Giveaway
JebengOtai ditaja oleh
Earncent.com,
Sjiehan,
Puan Bee,
Nurmisnan,
Kartikel,
Akhiyy,
Budak Felda,
Cik Tom,
Hati Putera,
Shaharil,
PapaMifz,
Bumilangkawi.com dan
Langkawihomestay.net.
by syaisya | May 29, 2011 | Dunia blogging, Uncategorized
Ehehe…tiba-tiba je aku terbaca pasal SEO fight and challenge di blog Puanbee. Puanbee fight dengan Cikgu Dahlia. Nak tahu resultnya siapa yang menang?. Klik sini.
Masa baca komen-komen yang terdapat kat entri puanbee tu, tiba-tiba pula aku tersenyum-senyum, mulalah idea nakal terbit kat kepala ni. Nak try lawan dengan Eyriqazz lah. Haha…
Hah! Nak sangat lawan dengan dengan GTO yang dah fames amos ni!. Hamik kau. Padan muka aku, kan dah kalah. Hak2…Eleh, tak payah tengok result pun dah tahu sebenarnya, dah sah-sah lah mesti aku yang kalah, kan. Kalau aku menang memang menda ni tipulah kan.
Tapi kekalahan ini memang kekalahan yang serius teruk ni. Eyriqazz menang 79 point, aku 5 je. Tak agak-agak. Kalah teruk namanya ni. Hik2.
Korang nak try fight SEO korang dengan sesiapa tak? Try fight kat SINI, ya. Good luck!.
p/s: Ni saje je suka-suka. Saja nak ceriakan dunia blog aku ni 😀 Hehe..