
GAMBAR PERKAHWINAN FAEZAH ELAI DAN HEYKAL HANAFIAH
Faezah Elai telah selamat menjadi isteri kepada pengarah drama Asmara, Heykal Hanafiah dengan sekali lafaz sahaja. Majlis akad nikah diadakan di rumah Faezah Elai di Gelugor, Pulau Pinang. Jom layan gambar perkahwinan Faezah Elai dan Heykal Hanafiah:
Baju pernikahan Faezah Elai adalah hasil sentuhan Hatta Dolmat.
Dengan berwalikan Md Elai Fazil Elai, iaitu bapa Faezah Elai sendiri, pasangan tersebut telah semalat dinikahkan oleh Abdullah Yahya, jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, dengan mas kahwin RM1,001. Walaubagaimanapun, nilai wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua pihak.
Faezah menerima sembilan dulang hantaran iaitu jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita.
Heykal pula menerima 11 barang hantaran seperti, minyak wangi, digital Al-Quran, jam, beg tangan, rantai, cincin dan kamera.
.
KLIK SINI UNTUK TAHU BERAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA SUKA NASI LEMAK
Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang. Faezah Elai dan Heykal akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu pada 4 Disember.
Tahniah, Faezah Elai dan Heykal Hanafiah! Semoga berbahagia sehingga akhir hayat. 😀
p/s: Bulan September ni ramai artis bernikah.
ADAKAH INI FOOTAGE SEBENAR YANG DIAMBIL OLEH ASTRONAUTS KETIKA MISI RAHSIA KE BULAN?
Sumber gambar: Beautifulnara Sumber maklumat: Nurizspace
Kongsi gambar perkahwinan Faezah Elai dan Heykal Hanafiah ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan butang share ini.