by syaisya | May 8, 2012 | Drama/Movie
Drama Seindah Sakura ditayangkan di kaca tv selepas episod akhir Cinta Buat Emelda. Drama arahan Zul Huzaimy ini diadaptasi dari novel Seindah Sakura karya Liza Zahira.
Pengambaran Seindah Sakura dilakukan di SMK Ahmad, Pahang dan kemudian mengambaran dilakukan di Paris. Wow! Bestnya, bilalah aku nak tengok Eifel Tower secara life ni ek. Huhu…
PELAKON SEINDAH SAKURA
Fasha Sandha – Shaqira
Fahrin Ahmad – Cikgu Airil.
Fimie Don,
Eizlan Yusof – Datuk Walid bapa kepada cikgu Airil
Erynne Eryna – Shaqira masa kecil
SINOPSIS SEINDAH SAKURA
Drama Seindah Sakura mengisahkan seorang pelajar miskin yang bermasalah di sekolah bernama Shaqira. Cikgu Airil, cikgunya menganggap Shaqira berperangai buruk dan dia sering sahaja dihukum di sekolah.
Selepas kematian moyangnya, Cikgu Airil sedar akan kesulitan yang dialami oleh Shaqira. Dulu Cikgu Airil bersangak buruk kepada Shaqira. Tetapi kemudian, dia semakin mengambil berat hal Shaqira hingga menimbulkan rasa sayang. Jeng jeng jeng… hehe 😀
>> Cuba buat macam ni bila traffic jam. Gerenti hilang bosan!<<
Selepas rumah Shaqira musnah terbakar, Shaqira tidak ada lagi tempat bergantung hidup. Datuk Walid, bapa Cikgu Airil bersimpati dengan nasib yang menimpa Shaqira lalu mengambil Shaqira tinggal dan menanggung perbelanjaan persekolahannya.
Di rumah Datuk Walid, Shaqira tak disenangi oleh salah seorang lagi anak Datuk Walid. Anida sedar Airil ada perasaan sayang kepada Shaqira. Dia berusaha untuk membuat Airil bencikan Shaqira. Airil telah berlepas ke luar negara kerana terlalu kecewa.
Semasa Shaqira tinggal dengan keluarga Datuk Walid, dia berjaya dalam SPM dan menyambung pelajaran hingga ke luar negara.
>> Lirik lagu dan video klip Harapan – OST Seindah Sakura <<
>> Hadiah pertama: RM 750 untuk blogger. Klik untuk tahu lebih lanjut. <<
Sumber: Nurizspace
Kongsi Pelakon dan Sinopsis Seindah Sakura ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.
by syaisya | Sep 12, 2011 | Drama/Movie
Drama Cinta Elysa menggantikan drama Ana Lu’lu yang akan ditayangkan mulai 13 September 2011 di tv3.
pelakon utama Cinta Elysa
PELAKON CINTA ELYSA
Johan Ariff Asari – (Aril)
Zila Bakarin
Fasha Sandha
Jalaluddin Hassan
SINOPSIS CINTA ELYSA
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa (Fasha Sandha).
Jasman, bapa saudara Aril, membawanya pulang ke rumah kerana Aril anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman. Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej dari diganggu oleh lelaki. Kira Aril ni jadi bodyguard Elysa lah.
Jasman mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anaknya sebelum dia meninggal dunia dan berpesan kepada Aril supaya menjaga anak-anaknya hingga mereka tamat pengajian. Walaupun Aril seorang samseng dan dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh ibu saudaranya (Zila Bakarin) dan sepupunya (Fasha Sanda), tapi dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.
Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar, dalam diam Aril menaruh hati dan menyintai sepupunya Elysa. Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elysa, Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya. Elysa pada mulanya tak suka Aril, namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputiklah sayang dia pada Aril..
Ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok dan mahu Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Sumber: Puanbee dan Nurizspace
Kongsi sinopsis Cinta Elisa ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.