SINOPSIS & PELAKON SOFFIYA SLOT AKASIA TV3 GANTI KASIH ALIA
Drama Soffiya menggantikan drama Kasih Alia di Slot Akasia tv3. Drama Soffiya sebanyak 28 episod ini akan ditayangkan mulai 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Drama bersiri Soffiya arahan Joeza Rasidi dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd ini menggandingkan barisan pelakon yang hebat dengan Tiz Zaqyah sebagai peneraju utama. Sinopsis dan Pelakon Soffiya:
PELAKON SOFFIYA
Tiz Zaqyah (Soffiya)
Fizo Omar (Ilyas)
Izara Aishah (Fiona)
Azhar Sulaiman (Kamal)
Syazwan Zulkifli
Percuma panggilan IDD dengan Maxis Home Broadband
SINOPSIS SOFFIYA
Drama Soffiya mengisahkan seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di dalam penjara.
Tadika percuma untuk anak anda
Soffiya baru mula mengenal erti cinta, namun dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negara. Kemudian, Soffiya berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang. Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.
Saksikan bagaimana Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya dalam Drama Soffiya, drama baru di Slot Akasia tv3.
Sumber: Puanbee
Kongsi Sinopsis Soffiya ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.