
GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN KRIS DAYANTI DAN RAUL LEMOS

Masjid yang dihias sempena pernikahan Kris Dayanti
Kris Dayanti kini sudah selamat dinikahi oleh ahli perniagaan, Raul Lemos di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta setelah diijabkabulkan jam 8.00 pagi tadi.
Raul melafazkan akad nikah dengan lancar.
Raul: “Kepada isteriku tercinta, mas kawin ini berupa seperangkat alat solat, saya serahkan kepadamu tunai, semoga ada manfaatnya.”
Kris Dayanti: “Suamiku tercinta Raul Lemos, saya terima mahar ini, Insya Allah saya akan manfaatkan, semoga redha dan berkat Allah selalu menyertai kita” .
Raul Lemos mencium bibir Kris Dayanti sebanyak 3 kali di hadapan para tetamu sebagai tanda cinta sebaik sahaja selesai akad nikah. Raul juga turut mengucup kening KD dalam majlis tersebut.

Raul Lemos mencium Kris Dayanti selepas nikah
Sehari sebelum majlis pernikahan, satu majlis khatam al-Quran dan tazkirah perkahwinan diadakan di rumah Kris Dayanti.

Majlis bacaan Al-Quran dan tazkirah perkahwinan

Kris Dayanti
KD selepas ini akan mengikut suaminya ke Timor Leste. KD dan Raul akan menghabiskan tempoh bulan madu di Lisbone, Portugal dan bakal berkongsi hidup di sebuah banglo di tepi pantai di Dili.
p/s: Baru aku tahu lafaz akad nikah di Jakarta. Tak sama rupanya dengan di Malaysia.
Kredit gambar: Oh Bulan dan Kosmo!.
TAMBAH DUIT POKET SAMBIL JAWAB SURVEY
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda di Facebook dengan menekan button “Like” ini.