
GAMBAR PERNIKAHAN NOH HUJAN DAN MIZZ NINA
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27 telah selamat diijabkabulkan dengan penyanyi Mizz Nina (nama sebenarnya Shazrina Azman), 31 setelah 8 bulan bertunang.
Majlis pernikahan berlangsung di rumah kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang. Pasangan tersebut selamat dinikahkan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Pernikahan ini diwalikan oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim. Bapa Noh pula, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias menjadi saksi kepada kedua-dua pengantin. Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.
Wang hantaran sebanyak RM 11,111.11 dan mas kahwin sebanyak RM 888.88 berserta tujuh dulang hantaran (sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak) diserahkan kepada Mizz Nina.
Noh juga turut menerima 7 dulang hantaran (sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin).
Noh bersyukur kerana pernikahan ini berjalan dengan lancar dan berdoa agar perkahwinan ini akan kekal sehingga akhir hayat. Noh dan Nina merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu dan menganggap percutian ini sebagai masa rehat mereka memandangkan jadual kerja begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah).
APAKAH JENIS SMARTPHONE YANG SESUAI DENGAN PERSONALITI ANDA? KLIK KALAU NAK TAHU.
Bagaimanapun Nina belum memikirkan untuk memperoleh anak dalam masa terdekat. “Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya. Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak,” ujar Nina.
Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane.
Resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan, 3 Julai nanti.
MACAM MANA NAK DAPAT HADIAH RM 1 RIBU AHAD NI? KLIK KALAU NAK TAHU.
Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini. (Mungkin inilah sebabnya kad kahwin mereka berbentuk kimono).
Majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.
Menyingkap kembali sejarah percintaan mereka, pasangan ini bertemu ketika sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurnia ciptaan Noh pada 2008 dan cinta mula berputik setahun kemudian.
Jom baca: MIZZ NINA DAN NOH HUJAN BERKAHWIN
Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.